Bantu Merawat Batu Karang Dengan Jus Peria, Doktor Ini Kongsi Petuanya
Foto: foodiesfeed - freepik

Peria memang banyak manfaatnya dalam mengatasi pelbagai penyakit termasuk merawat batu karang.

Ia terkenal sebagai sayuran pahit yang sering dijadikan ulam dan memiliki seribu satu khasiat buat kesihatan manusia.

Untuk merawat batu karang menggunakan cara semula jadi, ada cara mudah yang boleh anda amalkan.

Salah satunya adalah menggunakan jus peria sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebooknya.

Menurut beliau, petua ini dikatakan mujarab untuk mengatasi masalah batu karang yang bersaiz kecil.

Jadi, pastikan ia dirawat segera untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih teruk di kemudian hari.

IKLAN

Artikel berkaitan: Peria Kaya Dengan Protein Untuk Membina Tisu Badan, Ini kelebihan Peria Yang Mungkin Anda Tidak Tahu!

Artikel berkaitan: Rawat Buasir Berdarah Guna Peria Katak, Ustaz Ini Kongsi Cara Mudah & Mustajab!

BAGAIMANA JUS PERIA MEMBANTU MEMBUANGKAN BATU KARANG

Ini adalah petua orang lama dalam Kitab Perubatan Melayu Lama, bagaimana orang dulu merawat batu karang yang kecil.

IKLAN

Dalam pengalaman saya, petua ini sangat mujarab bagi saiz batu karang yang kecil, atau telah dihancurkan dan dilakukan bersama dengan pengambilan air yang banyak.

Dalam kitab ada menyebut amalkan satu cawan (atau gelas kecil) setiap hari selama 40 hari. Batu yang sederhana besar akan pecah dan keluar bersama air kencing.

Bantu Merawat Batu Karang Dengan Jus Peria, Doktor Ini Kongsi Petuanya
Foto: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

Bagaimana membuat jus peria?

Bahan-bahan:
Ambil satu biji peria yang sederhana panjang. Basuh dan buang bijinya. Boleh guna peria katak sebagai ganti.
– ¼ buah limau atau lemon yang diperah
– 1-2 sudu teh minyak zaitun
– Madu atau gula kabung sesedap rasa

IKLAN

Cara:
– Kisarkan peria, lemon, minyak zaitun dan madu/gula kabung.
– Minum setiap pagi bersama air kosong sepanjang hari selama 40 hari.

InsyaAllah selepas beberapa hari kita akan rasa batu karang yang telah dipecahkan keluar bersama air kencing.

Bantu Merawat Batu Karang Dengan Jus Peria, Doktor Ini Kongsi Petuanya

Subscribe dan tonton video fitness / gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=us_B64a_ZbQ&t=10s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI