Walaupun berdepan dengan masalah kekurangan peralatan perubatan akibat peningkatan wabak COVID-19, ternyata masih ada lagi rakyat Malaysia yang prihatin.
Buktinya, apabila saban hari pelbagai pihak menghulurkan bantuan sama ada daris egi kewangan ataupun barangan keperluan kepada petugas-petugas kesihatan ini.
Bantuan ikhlas jahit pelindung kepala & kasut
Atas sikap keprihatinan ini, seorang wanita bernama Nurul Izwani Mohamad Yahya menerusi postingnya meminta bantuan ikhlas orang ramai untuk menjahit pelindung kepala dan pelindung kasut bagi kegunaan petugas-petugas Hospital Shah Alam secara percuma.
Posting tersebut mendapat perhatian isteri Atu, Shafeeqa Johari apabila dia berkongsi di laman Instagramnya meminta orang ramai membantunya mencari wanita tersebut kerana ingin menghulurkan bantuan tenaga menjahitkan pelindung kepala dan kasut petugas kesihatan.
Ads
Berjaya hubungi Hospital Shah Alam
“Alhamdulillah… sy dpt dah contact untuk hospital shah alam.. sy hanya mampu bantu ini.. mereka yg berada di frontline lg hebat… kita xmampu bagi wang ringgit puluh ribu 🤣. Sy bg tenaga sy.. sy seru suri rumah tangga yg boleh menjahit, kita tolong jahit mana yg mampu… fabric ni sy x tahu nk cari kat mana, ni hospital yg bagi.. klo ada siapa2 contact, boleh bg tahu.. ad ramai yg contact sy boleh jahit… model si kecik… mne tahu nnt boleh jadi doctor 🤣🤣🤣. Terima kasih semua.. sama2 kita duduk rumah diam2 supaya terhapus virus durjana ini”
Bantuan tenaga yang dihulurkannya itu merupakan salah satu usahanya demi membantu frontliner dalam merawat pesakit-pesakit COVID-19.
Ads
Malah beliau juga menyeru mana-mana suri rumah yang boleh menjahit untuk sama-sama menghulurkan bantuan tenaga.
Ternyata sikap murni dan keikhlasannya dalam membantu petugas-petugas Hospital Shah Alam mendapat pujian daripada netizen.
Selain bantuan kepada petugas-petugas frontliner, janganlah kita lupa untuk membantu golongan yang terjejas sumber ekonomi mereka kerana mereka juga memerlukan bantuan kewangan dan keperluan makanan.
Di zaman moden ini segalanya agak sukar dan mencabar. Walau susah manapun dugaan yang bakal dihadapi, sebagai manusia, kita tetap akan mengharunginya dengan hati yang tabah serta usaha yang tidak berbelah bahagi.
Jika dahulu kita boleh menyara keluarga dengan hanya satu kerja sahaja dan perbelanjaan tidak sesukar hari ini. Namun, realitinya sudah berubah pada hari ini kerana sudah ramai orang yang sudah mula membuat 2 kerja dalam satu masa semata-mata mahu menyara keluarga.
Hari ini tidak pelik jika kita lihat orang kerja sebagai penghantar surat di siang hari, malam pula mengambil upah hantar makanan. Ini semata-mata mahu menyara anak dan keluarga.
Begitu juga dengan seorang graduan di sebuah universiti yang terkemuka di United Kingdom di mana dia sanggup bekerja sebagai tukang cuci. Dia melakukan sedemikian kerana semata-mata mahu membelikan tiket penerbangan untuk ibu bapanya melihat dia menggenggam segulung ijazah di negara asing.
Ikuti kisah perjalanan hidup Mohd Afiq yang diceritakan oleh rakannya Khairul Aiman Hamdan daripada bergelar seorang pemandu lori serta penternak kambing hinggalah graduan kelas pertama di UK.
“Tak payah bohong, cakap je aku dah tau Kelantan, kuat bau budu”. Satu bilik gelak.
Afiq berseloroh, dia tahu dia ‘kantoi’ dan aku tahu dia bercanda. Jarang sekali aku dengar, orang asal Subang, tapi bahasa Inggeris nya berloghat Kelantan. ?
Dan seperti biasa, aku suka untuk tahu latar belakang serta kisah anak-anak Malaysia yang belajar di luar negara. Semua orang ada kisah sendiri. Tambahan kisah-kisah inilah, yang buatkan hidup ini menarik. Ini mungkin cerita biasa bagi kalian, tapi bagi aku, kisah ini istimewa. Perlu aku kongsikan kisah anak muda ini dengan kalian.
Afiq, budak Kuala Krai dari Kampung Batu Mengkebang adalah legenda hidup yang aku bertuah dapat kenali. Umum, mungkin kerana aku asal bandar, bila dimomok cerita anak kampung berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidup adalah satu cerita klise. Mungkin selama ini aku sendiri tak pernah jumpa, maka penyebab aku tak pandang sebelah mata.
Bila aku teliti, pemegang biasiswa JPA ini punya cerita unik sendiri yang mahu aku tuliskan. Anak pasangan Ismail bin Abas dan Norma binti Abdullah ini merupakan seorang insan biasa, lahir di kampung biasa. Dengan ayahnya punyai kebun kelapa sawit dan kambing sebagai ternakan. Si ibu, suri rumah sepenuh masa dan kadangkala buat kerja sampingan jualan kain di kampung.
“Berapa adik beradik kau?”
‘Dua bang, tapi abang saya kelainan upaya. Kaki dia tak kuat macam kita. Jadi saya seorang yang tolong baba jaga kebun dan kambing”.
‘Saya dari kecik sekolah asrama bang. Sekolah pondok. Dari darjah empat, jauh sekolah saya, baba hantar untuk saya belajar elok. Boleh ubah nasib keluarga”.
‘Masa saya tingkat 1, saya masuk sekolah agama swasta. Baba nak bagi terbaik, dia bayar mahal. Yuran sebulan rm300. Dia kerja keras nak bagi segala yang termampu. Cuma masa saya PMR, saya kena keluar sekolah tu, sebab keputusan saya tak dapat ikut capaian minimum”.
“Berapa kau dapat?”
‘4A 4B 1C, masa tu saya sedih sangat. Tak dapat nak banggakan baba dengan umi. Saya anak harapan tapi tak dapat bagi apa-apa. Baba dengan umi ok je, tapi sayalah yang sedih’
“Habis tu, macamana kau boleh sampai sini (UK)?”.
‘Pulun bang, saya pindah sekolah lain, dapat masuk kelas akaun. Dari situ saya dapat rasa, saya minat nombor. Saya tengok matematik saya suka, kira kira saya suka. Bila peperiksaan percubaan saya dapat 9A, semua orang pandang. Masa tu memang saya tak pandang belakang bang. Saya usaha sehabis baik lagi, alhamdulillah SPM saya dapat 10A1B”.
“B apa?”
‘Bahasa Arab’ aku dengan dia gelak sama-sama. Orang kita, bukan ditanya 10A tu apa, tapi tanya yang B tu dulu.
Dia ada cerita dengan aku, zaman remaja dia memang banyak dibesarkan dengan kerja kebun dan jaga kambing. Asal ada masa cuti sekolah, jarang sekali dia jadi macam remaja lain, bercuti atau ke kelas tambahan. Dia tahu tanggungjawab dia adalah dengan keluarga, susah senang dengan keluarga.
Kalau biasanya, dia akan makan singgang sebagai makanan kegemaran dan lauk ayam bukanlah suatu yang biasa. Bukan kerana tak mampu, tapi dah jadi kebiasaan untuk berjimat, makan biasa atau bukan bermewah. Selalunya cuma nasi lauk sayur dengan ikan kering pun dah cukup lega bagi mereka sekeluarga.
Selepas keputusan SPM yang cemerlang, dia ditawarkan pengajian A level kelolaan Intec di Shah Alam, selesai A level terus ke University of Essex dalam pengajian Akaun dan Kewangan.
“Lepas kau tahu kau terbang kau buat apa?”
‘Ba paling bangga bang, dia tumbang lembu seekor dan kambing seekor. Setakat ni tak ada lagi anak kampung saya terbang gi UK. Senyum sungguh dia. Alang alang dah nazar, saya botakkan kepala’
“Tak bang, tapi dah nazar. Sebab tu masa dekat Intec, saya pakai kopiah. Langsung saya kena panggil budak kopiah. Bila rambut dah panjang, saya free hair ??”.
Aku gelak besar. Ada saja akal budak sekolah agama ni. Ketika belajar di Essex, Afiq bekerja Part time sebagai tukang cuci di Universiti.
“Aku tengok banyak jam kau kerja ni. Dah macam staff sepenuh masa, kenapa?’
” Saya nekad bang, alang alang saya tak balik dua tahun, saya nak umi dengan baba datang masa saya graduation. Bila saya terima ijazah, saya nak umi dengan baba ada ketika itu. Saya harap mereka bangga dengan saya. ”
” Maksud kau dengan kerja banyak jam ni?”
” Yalah, saya nak pulun lah kerja banyak bang. Dapat duit. Umi dengan baba tak pernah naik kapal terbang. Saya nak bayar tiket mereka naik flight datang sini, sebagai hadiah buat mereka yang besarkan saya sampai saya berjaya tamatkan pelajaran bang. Seumur hidup, saya hanya nak bagi hadiah terbaik buat mereka. Bukan setakat senggengam ijazah, tapi pengalaman berharga buat mereka untuk dapat tengok anak sendiri terima ijazah”‘.
Aku terdiam. Hadiah apa yang aku pernah bagi untuk mak ayah aku?
Hari ini, hari paling gembira buat kedua umi baba Afiq. Dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur dengan bas, singgah dirumah saudara sebelum terbang buat pertama kali di dalam 54 tahun hidup mereka. Dari KLIA pula transit ke Abu Dhabi, lalu Ke Heathrow, hinggalah ke Colchester. Perjalanan paling panjang dari hidup mereka.
(Oh ya, umi baba afiq tak boleh berbahasa Inggeris. Apatah lagi ini kali pertama mereka ke luar negara. Naik kapal terbang pun tak pernah. Jadi Afiq, tumpangkan umi baba nya terbang bersama ibu rakan Afiq yang turut terbang ke mari untuk majlis graduasi. Risau dia kalau nak lepaskan umi baba terbang sendirian).
Hari ini akhirnya semua jasa umi baba nya terbalas bila dapat tengok anak harapan di atas pentas dengan Ijazah Kelas Pertama. Afiq juga akan mula bekerja di salah satu syarikat perakaunan terbesar di negara (Big Four). Perasaan bangga bukan kepalang. Gugur air mata kedua ibu bapa ini. Moga Afiq terus berpijak di bumi yang nyata dan dapat terus menggembirakan kedua umi dan babanya.
Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu. Aku tumpang bangga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dunia kini seakan lumpuh apabila kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan kerana ingin mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Di beberpa negara yang memiliki jumlah rakyat yang ramai serta padat berdepan dengan cabaran yang sangat besar bagi memastikan pergerakan orang awam terkawal.
Disebabkan itulah usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi kerana mereka mengharapkan seberapa banyak bantuan yang ada. Sebagai contoh di India yang mempunyai seramai kira-kira 1.39 billion penduduk dengan beberapa bandar utamanya seperti New Delhi dan Mumbai berkepadatan tinggi.
Melihatkan keadaan semakin meruncing bintang Bollywood legenda, Shah Rukh Khan tampil memberikan bantuan. Memetik laporan India Today, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan telah menawarkan ruang pejabat berupa bangunan empat tingkat milik syarikat mereka untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.
Shah Rukh Khan & isteri, Gauri Khan memainkan peranan mereka membantu negara dalam keadaan meruncing.
Perkara ini disahkan oleh Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) yang mengucapkan terima kasih kepada dua figura besar industri lakonan di India kerana menyumbangkan bangunan empat tingkat sebagai langkah memperluakan lokasi kuarantin dan stor simpanan keperluan perubatan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Shah Rukh Khan & Gauri Khan yang menawarkan ruang pejabat empat tingkat dan membantu meluaskan kapasiti kuarantin terutamanya untuk wanita, kanak-kanak dan golongan tua.
“Tindakan yang mulia di saat yang sangat memerlukan!”
Terdahulu, Shah Rukh Khan turut mengumumkan sumbangan kepada PM-CARES Fund, Chief Minister’s Relif Fund if Maharashtra, Delhi and West Bengal. Malah menteri kabinet Maharashtra turut mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Shah Rukh Khan menerusi Twitter di atas sumbangan besar beliau.
Inilah dia betul-netul hero bukan hanya di layar perak sahaja. Semoga menjadi teladan buat kita semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja Amazon pastinya cukup ramai yang mengenali jenama ini. Apa tidaknya ia kini berada ditangga ketiga jenama paling berharga di seluruh dunia.
Jadi tidak hairanlah logonya juga cukup dikenali ramai dan sentiasa muncul di skrin komputer dan juga peranti pintar milik kita semua. Tapi tahukah anda maksud di sebalik logo jenama Amazon?
Foto: Getty Images
Segalanya bermula dengan pengasasnya yang kini merupakan manusia ketiga terkaya di dunia iaitu Jeff Bezos. Mengimbas kembali penubuhan syarikat ini pada tahun 1994, Jeff Bezos merancang untuk mencipta kedai buku terbesar di dunia.
Bermula dari situ dia mula mencari idea untuk memberikan nama dan logo yang sesuai. Pada awalnya, Jeff Bezos dikatakan ingin menamakan syarikatnya dengan nama ‘Cadaver’, seperti dijelaskan oleh penulis teknologi terkenal, Brad Stone menerusi bukunya, ‘The Everything Store’.
Namun selepas melihat beberapa kemungkinan Jeff Bezos membukan halaman kamus pada seksyen huruf ‘A’. Di situ dia tertarik dengan perkataan ‘Amazon’. Jelas Brad lagi, nama Amazon itu sendiri cukup hebat kerana ia bukan sahaja sungai terbesar di dunia malah berkali ganda lebih besar dari sungai seterusnya.
Ia merupakan nama yang dilihat cukup sesuai buat syarikatnya dan berharap untuk menjadikan platform buku di atas talian mampu memberikan tawaran besar secara simbolik seperti sungai tersebut.
Bak kata orang, ‘the rest is story’. Sejak penubuhannya Amazon kini menjadi gergasi dunia dengan mengembangkan tawaran produk pelbagai kategori. Malah boleh dikatakan apa sahaja jenis produk terlintas di fikiran pasti ada di Amazon.
Lihatlah pula pada logonya. Sekali imbas ramai akan ingat terdapat bentuk senyuman di bawah logo ‘Amazon’. Namun tahukah anda ia adalah anak panah yang merujuk daru huruf ‘a’ ke huruf ‘z’?
Ia melambangkan pengguna mampu mencari apa sahaja produk tersenarai dari A sampai Z.
Sekarang anda tahu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.