Ramai sebenarnya lelaki di luar sana yang menghidap masalah perut buncit. Anda mungkin sudah kawal cara pemakanan anda, tapi berat badan anda masih turun naik. Sebenarnya, anda sedang menghadapi krisis gemuk air. Disini kami tanyakan kepada Kevin Zahri bagaimana anda nak memastikan buncit yang anda hadapi ini adalah gemuk air.
Pernah tak anda bangun sahaja dari tidur terus rasa gemuk? Lemak perlukan masa untuk kumpul menjadi gemuk.Jadi jika anda bangun dari tidur dan berasa lebih gemuk, kemungkinan besar ia bukanlah lemak. Ia adalah air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Bila anda dah start tanya pasal ni, tiba masa untuk anda fikir, apa yang anda makan dalam masa seminggu. Mungkin anda makan hidangan yang mengandungi garam tinggi? Atau anda mengikuti pelan diet rendah karbohidrat tapi tiba-tiba anda mengambil karbohidrat dengan banyuak secara ketara? Sebab-sebab inilah akan menyebabkan pengumpulan cecair lebihan dalam tisu badan, atau gemuk air. Sebab tu perut anda buncit kedepan!
Badan manusia ni pun perlukan rehat juga. Kalau anda seorang yang balik kerja terus ke gym hari-hari, sistem badan anda akan mogok. Ambil masa dua ke tiga hari untuk berehat. Jangan stress ye.
Lemak air ini biasanya akan lebih ketara pada bahagian perut. Jika hari ini perut anda kempis, tapi buncit pada keesokkan harinya, maka ia disebabka kandungan air dalam badan anda. Jika bahagian tersebut seperti lembik, ia juga adalah petanda kandungan air terdapat di bawah kulit anda, jadi tak perlu bimbang.