Ramai sebenarnya lelaki di luar sana yang menghidap masalah perut buncit. Anda mungkin sudah kawal cara pemakanan anda, tapi berat badan anda masih turun naik. Sebenarnya, anda sedang menghadapi krisis gemuk air. Disini kami tanyakan kepada Kevin Zahri bagaimana anda nak memastikan buncit yang anda hadapi ini adalah gemuk air.
Bangun tidur terus rasa gemuk?
Pernah tak anda bangun sahaja dari tidur terus rasa gemuk? Lemak perlukan masa untuk kumpul menjadi gemuk.Jadi jika anda bangun dari tidur dan berasa lebih gemuk, kemungkinan besar ia bukanlah lemak. Ia adalah air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Ads
Macam mana boleh dapat lemak air?
Bila anda dah start tanya pasal ni, tiba masa untuk anda fikir, apa yang anda makan dalam masa seminggu. Mungkin anda makan hidangan yang mengandungi garam tinggi? Atau anda mengikuti pelan diet rendah karbohidrat tapi tiba-tiba anda mengambil karbohidrat dengan banyuak secara ketara? Sebab-sebab inilah akan menyebabkan pengumpulan cecair lebihan dalam tisu badan, atau gemuk air. Sebab tu perut anda buncit kedepan!
Ads
Tapi saya makan secara sihat, bersenam pun hari-hari
Badan manusia ni pun perlukan rehat juga. Kalau anda seorang yang balik kerja terus ke gym hari-hari, sistem badan anda akan mogok. Ambil masa dua ke tiga hari untuk berehat. Jangan stress ye.
Ads
Memang bahagian perut je ke?
Lemak air ini biasanya akan lebih ketara pada bahagian perut. Jika hari ini perut anda kempis, tapi buncit pada keesokkan harinya, maka ia disebabka kandungan air dalam badan anda. Jika bahagian tersebut seperti lembik, ia juga adalah petanda kandungan air terdapat di bawah kulit anda, jadi tak perlu bimbang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalu kita dengar pekerja wanita sahaja diberi cuti rehat selepas bersalin, tapi usaha yang dilakukan oleh Syarikat perabot dari Sweden, IKEA ini patut di contohi dan diberi pujian.
Ikea baru-baru ni memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji kepada kakitangan lelaki syarikat berkenaan di seluruh Asia Tenggara. Perkara ini diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.
“IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah. Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.”Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song
Tambah Lydia, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.
Sumber : Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154 g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.
EPAL HIJAU JUGA SANGAT EFEKTIF UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN,JIKA MAKAN SEBIJI EPAL YANG BERUKURAN SEDERHANA 15 MINIT SEBELUM MAKAN BOLEH MENGAWAL NAFSU MAKAN YANG TINGGI.
JADI APA ITU DIET EPAL HIJAU?
KELEBIHAN EPAL HIJAU
Mengandungi Karbohidrat
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.
MAKANAN TINGGI SERAT
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.
KAYA DENGAN SUMBER MINERAL DAN VITAMIN
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.
Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.. Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.
Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet saya dengan epal hijau.
CARA DIET EPAL HIJAU
( Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak 4 kilo dalam masa sebulan dengan diet ini. ) SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk
Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau
Lunch: Jus Epal Hijau
Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau
Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur, Nasi (sikit je tau)
10 malam sebelum tidu : Jus Epal Hijau
* MINUM AIR MASAK AL LEAST 3 LITER SATU HARI. ANDA AKAN MENGALAMI PENURUNAN 1 @ 2KG SEMINGGU.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.Marah dan manusia memang tidak akan pernah terpisah. Emosi sering menggangu gugat manusia, malah mampu mengubah sifat manusia dalam sekelip mata.
Ini beberapa panduan cara mengawal serta memulih kemarahan dengan cepat. Ye lah, lagi-lagi pada bulan puasa ni. Tak elok jika kita marah-marah, nanti kurang pahala.
1. Jangan Melepaskan Amarah Pada Barang-Barang
Kadang kala, kita merasakan dengan menumbuk bantal, menghempas barang-barang adalah suatu kepuasan yang dapat melegakan amarah. Walhal, sebuah kajian yang dilakukan telah mendapati reaksi itu sama sekali tidak membantu untuk mengurangkan marah seseorang. Bahkan, ia sebenarnya meningkatkan lagi kebencian.
Yup! Dan kalau anda nak tahu, jika anda gemar benar melenting tidak tentu pasal, ia sebenarnya meningkatkan risiko untuk anda terkena serangan jantung! Eee takut…
2. Tarik Nafas Dalam-Dalam Sebanyak 3 Kali
Jika anda sedang mengamuk, keseluruhan badan anda sebenarnya sedang tegang. Menarik nafas dalam-dalam sebenarnya bisa bantu menurunkan meter kemarahan anda. Tak percaya? Cuba tarik nafas dalam-dalam sebanyak tiga kali. Ianya cukup untuk melegakan amukan anda itu tadi 🙂
3. Fahami Kemarahan Anda
Cuba selami diri anda, ketahui situasi, kenali orang lain serta apa sahaja punca yang mungkin menjadi dalang kepada kemarahan anda. Sebaik sahaja anda memahami kelemahan diri anda, cuba mengelak darinya. Jika anda tidak dapat mengelak, sekurang-kurangnya anda dapat menjangka bila kemarahan anda akan tiba. Berwaspadalah.
4. Jangan Biarkan Ia Menguasai Diri
Siapa yang marah, mereka sebenarnya adalah loser paling nyata. Marah akan membuat anda kelihatan seperti seorang individu yang jahat, tidak kiralah apa puncanya sekalipun. Cuba rakam wajah anda ketika marah dan mainkan semula rakaman itu berulang kali. Pasti anda ngeri melihat riak wajah bengis anda dan tidak mahu berkelakuan begitu lagi.
Apa kata selepas ini, jika anda mahu marah, cuba cari jalan untuk membalas respon lawan secara lebih profesional kerana marah itu BUKAN TINDAKAN PROFESIONAL!
5. Bersiar-Siar
Jika anda marah pada seseorang atau sesuatu, jauhi diri anda darinya buat seketika. Ambil masa selama beberapa minit untuk bergerak, bersiar-siar sambil menghirup udara segar atau buat apa sahaja perkara yang bisa memberi ketenangan.
6. Amalkan Rutin Bertenang Ini
Duduk dengan lurus dan selesa di atas kerusi, sofa atau lantai. Letak kaki anda secara rata dihadapan anda. Relaks. Kemudian, luruskan kedua belah tangan anda dan letakkan tapak tangan di atas peha. Pastikan siku anda berada di sisi berdekatan pinggang dengan selesa.
Gerak-gerakkan bahu anda supaya otot dan sendi di kelilingnya turut relaks. Tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Lalu, pejamkan mata sambil anda melakukan teknik pernafasan yang sama seperti tadi.
7. Bubarkan Situasi Tegang Dengan Gelak Tawa
Jika anda dan individu rapat sedang berada dalam situasi tegang, salah seorang dari anda perlu bertindak untuk membuat lawan anda ketawa.
Ini adalah salah satu cara untuk menghentikan pergaduhan dengan segera. Why so serious?
8. Jangan Gambarkan Kemarahan Melalui Wajah
Kerana ia tidak dapat melegakan amarah anda pun, sebaliknya membuatkan orang menjadi takut/meluat terhadap anda. Marah bukanlah senjata emosi mahupun cara berkomunikasi yang baik. Tahu?
Jadi jika anda marah, jangan tunjukkan kemarahan melalui riak wajah anda kepada orang lain, terutamanya terhadap anak-anak. Kemarahan anda adalah masalah anda, bukan masalah anak-anak anda atau orang sekeliling anda yang tidak bersalah. Behave!
9. Tulis Surat Minta Maaf Atau Email
Jika anda tidak mahu memaafkan seseorang secara terang-terangan, anda boleh menulis luahan hati anda yang telah lama terbuku di atas kertas mahupun email. Jika anda masih mahu menjalin hubungan baik dengan individu tersebut, tekanlah butang “send” atau hantar surat itu kepadanya. Jika tidak, simpan sahaja untuk diri anda.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Hope College di Michigan, apabila seseorang memikirkan tentang seseorang yang membuatkan mereka marah, kadar degupan jantung dan otot anda semuanya bakalan tegang.
Akan tetapi, jika seseorang itu membayangkan bahawa mereka sedang atau telah memaafkan orang tersebut, tekanan darah seseorang serta fungsi badannya tidak akan berubah langsung! Ianya kekal tenang… Hebat kan?
10. Kongsi Dengan Orang Lain
Kongsi disini bukanlah bermaksud meluahkan kemarahan anda pada seseorang. Maksudnya merujuk kepada bercakap sambil menghilangkan tekanan bersama dengan seorang rakan atau individu yang neutral (tidak menyebelahi mana-mana pihak) supaya si pendengar bisa memberi perspektifnya mengenai situasi tersebut secara adil dan tidak berat sebelah.
Selamat beramal!
SUMBER : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.