Pernah tak anda alami situasi di mana anda tidur awal, cukup 7 ke 8 jam, tapi bila bangun keesokan paginya badan tetap rasa letih dan tidak bertenaga?
Mata berat, kepala serabut, dan sepanjang hari rasa mengantuk walaupun malam tadi tidur nampak macam cukup.
Ini bukan masalah masa tidur semata-mata, tapi mungkin kerana anda tidak masuk ke dalam fasa deep sleep fasa tidur paling penting untuk pemulihan tubuh dan minda.
Foto : Alodokter
Apa Sebenarnya Deep Sleep?
Deep sleep atau tidur nyenyak adalah fasa tidur paling dalam dalam kitaran tidur manusia.
Ia berlaku dalam fasa Non-REM (Non-Rapid Eye Movement), di mana otak memperlahankan aktivitinya ke tahap paling minimum.
Dalam keadaan ini, tubuh berada dalam keadaan sangat relaks, degupan jantung perlahan, pernafasan menjadi tenang, dan otot-otot berada dalam keadaan rehat penuh.
Waktu inilah badan mula membaiki tisu, menghasilkan hormon pertumbuhan, dan sistem imun mula bekerja dengan aktif.
Ads
Kenapa Deep Sleep Susah Nak Dicapai?
Foto : Mehmed Aezhad
Dalam dunia moden yang serba sibuk ini, ramai orang susah nak dapat deep sleep tanpa sedar.
Salah satu punca utama ialah stres yang tak berkesudahan otak kita sukar untuk ‘shutdown’ bila terlalu banyak fikir.
Selain itu, tabiat seperti melihat skrin telefon atau laptop sebelum tidur juga mengganggu penghasilan melatonin, hormon semula jadi yang bantu kita rasa mengantuk.
Tidur yang tidak konsisten, makan lewat malam, serta pengambilan kafein atau minuman berkafein seperti kopi, teh, atau minuman tenaga selepas waktu petang juga boleh mengganggu kualiti tidur dan menghalang tubuh untuk masuk ke fasa tidur nyenyak.
Ads
Bagaimana Nak Bantu Badan Dapat Deep Sleep?
Untuk bantu tubuh capai deep sleep, anda perlu wujudkan suasana tidur yang kondusif.
Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari boleh latih jam biologi badan agar lebih teratur.
Elakkan skrin sejam sebelum tidur, dan gantikan dengan aktiviti santai seperti membaca buku, mandi air suam, atau dengar muzik tenang.
Ads
Amalkan juga gaya hidup sihat seperti bersenam secara berkala dan mengurangkan kafein selepas jam 2 petang agar tubuh lebih bersedia untuk tidur malam.
Hakikatnya, tidur yang nyenyak bukan sekadar untuk rasa segar, ia adalah satu keperluan penting untuk kesihatan fizikal, mental dan emosi.
Jadi, jangan abaikan deep sleep. Dalam dunia yang tidak pernah berhenti bergerak, tidur nyenyak adalah ruang istimewa untuk kita berhenti sejenak dan sembuh dari dalam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hospital pemulihan swasta pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital ReGen Rehab menjadi tuan rumah kepada bengkel “Resipi Untuk Pemulihan” yang pertamanya demi memperkenalkan langkah-langkah penting untuk hasil pemulihan yang terbaik.
Foto: Hospital ReGen Rehab di Petaling Jaya.
“Resipi Untuk Pemulihan ini mencerminkan komitmen kami untuk “Bringing You Back” kepada keadaan diri anda yang terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab, Hanafi Salehuddin
“Dengan adanya perkadaran tertinggi ahli terapi dengan latihan sub-kepakaran di hospital rehabilitasi, kami akan terus meningkatkan kualiti penjagaan pesakit kami, menlangkaui jangkaan pemulihan.
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab, Hanafi Salehuddin.
“Saya amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh ReGen Rehab dalam menerajui amalan pemulihan yang terbaik di Malaysia untuk manfaat pesakit dan juga penjaga,” tambahnya.
Dengan adanya pelbagai rangkaian perkhidmatan untuk pesakit dalam, pesakit luar dan pemulihan harian, ReGen Rehab secara konsisten mengangkat piawaian baharu bagi perkhidmatan pemulihan dan memperoleh pengiktirafan sebagai perintis inovasi dalam penjagaan pesakit holistik.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan dan Pakar Perunding Pemulihan ReGen Rehab, Datin Dr Lydia Abdul Latif, penganjuran “Resipi untuk Pemulihan ini bertujuan mendidik orang ramai agar dapat memahami dengan mendalam tentang proses pemulihan dan pelbagai aspeknya.
“Rehabilitasi ialah proses dinamik yang merangkumi langkah-langkah yang berbeza – kepakaran perubatan, pendekatan terapeutik atau panduan pemakanan, semuanya digandingkan dengan harmoni untuk menghasilkan pengalaman pemulihan yang transformatif,” jelas Dr Lydia.
Foto: Ketua Pegawai Perubatan dan Pakar Perunding Pemulihan ReGen Rehab, Datin Dr Lydia Abdul Latif
“Apabila semua faktor tersebut diambil kira, para pesakit akan menjalani proses pemulihan yang lebih cepat dengan hasil yang lebih baik, mengoptimumkan kualiti hidup dan kesejahteraan mereka, seterusnya menjadikan kos keseluruhan bagi perubatan dan sosial lebih rendah”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Rehabilitasi dan peranan ReGen Rehab dalam “Resipi Untuk Pemulihan” anda, layari laman web atau laman media sosial Facebook dan Instagram.
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon lelaki dengan bayaran paling tinggi di dunia ini. Daripada seorang selebriti dunia wrestling dia menggegar Hollywood dengan bakat lakonannya.
The Rock atau pun nama sebenarnya Dwayne Johnson menerusi satu hantaran di laman Instagramnya telah berkongsi sekeping gambar ‘mirror selfie’ memaparkan belakang badannya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan bekam .
“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulisnya.
Malah, pelakon berusia 49 tahun itu mengakui sering mencari pelbagai alternatif baru bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.
Sebenarnya, teknik bekam ini telah wujud sejak dahulu lagi. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cawan atau mangkuk kaca telah digunakan untuk tujuan berbekam. Manakala, orang Cina pada zaman kuno pula berbekam menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah kotor dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di negara Barat hingga sekarang.
Sumber Gambar : dbfitnessinjuryclinic
4 Kelebihan Terapi Bekam
1. Kesegaran Tubuh Badan
Terapi bekam dilakukan bertujuan untuk memanas dan melancarkan aliran tenaga dalam darah, sekaligus mampu membuatkan tubuh seseorang kembali segar dan bertenaga. Darah yang keluar menerusi kulit hasil daripada rawatan bekam adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah ini yang mendorong pelbagai penyakit dalam tubuh badan seseorang.
2. Kurangkan Migrain dan Senggugut Pada Wanita
Berbekam juga mampu mengurangkan migrain dan masalah senggugut pada wanita, serta melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat pada badan, dan terapi bekam akan melancarkan kembali peredaran darah tersebut.
3. Rawat Kulit Bermasalah
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan juga resdung, terapi bekam boleh dilakukan bagi merawat masalah berkenaan. Bekam juga mampu melancarkan aliran darah pada bahagian wajah agar kelihatan awet muda. Kulit muka yang bermasalah berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka. Apabila bekam darah dilakukan, kesemua bakteria tersebut akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat.
4. Buang Angin Dalam Badan
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan, bekam pada kawasan leher, bahu dan otot mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan. Kebiasaannya, selepas berbekam, seseorang itu akan sendawa dan banyak angin akan keluar daripada badan, hasilnya badan akan terasa lebih ringan.
Untuk info, terapi bekam ini terdiri daripada dua jenis teknik iaitu bekam kering dan juga bekam basah. Namun, mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi 3 jam selepas menjalankan bekam.
Keracunan makanan adalah perkara yang serius dan kesakitannya sangat menyakitkan. Ia tidak berlaku secara segera selepas makan, tetapi akan mengambil masa untuk muncul. Ketika sakit itu mula menyerang, mangsa akan menjadi lemah. Mereka akan mengalami sakit perut yang teruk, muntah-muntah, dan cirit-birit yang berterusan, menyebabkan kekurangan air dalam badan.
Jika berlaku keracunan makanan, segera ke hospital untuk rawatan. Sebagai alternatif sementara, enam bahan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala.
1. Teh
Bancuh teh dengan sedikit madu, daun pudina atau daun basil. Anda bukan sahaja rasa sedikit nikmat malah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa sakit sekali gus melindungi perut anda dari terkena penyakit.
2. Halia
Minuman halia yang dicampur dengan madu dan dihidangkan ketika panas. Minuman ini berupaya meredakan sakit akibat keracunan makanan yang masih berada pada tahap yang ringan. Cara penyediaannya adalah dengan ambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia. Formula ini dipercayai berupaya mencegah masalah radang dalam perut sekali gus menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan.
3. Gula merah
Campurkan empat sudu teh gula merah ke dalam air suam. Kacau dan minum perlahan-lahan. Gula merah dikatakan mampu memberikan lebih tenaga yang diperlukan untuk sementara dan amat perlu dicuba sewaktu tubuh semakin lemah
4. Daun basil
Selain disebut sebagai daun selasih, daun basil boleh meredakan gejala keracunan makanan terutamanya jika anda an mual dan muntah-muntah. Caranya, rendam daun basil dalam air dan minum atau masukkan ke dalam masakan untuk dimakan. Anda boleh menjadikan daun basil ini sebagai jus dan untuk impak yang lebih cepat, minumlah ketika perut masih kosong.
5. Biji jintan
Rawat perut anda yang sakit dengan mencampurkan satu sudu teh biji jintan yang telah ditumbuk halus ke dalam sup yang masih panas. Cara ini membantu anda untuk meredakan radang yang berlaku pada bahagian perut sekali gus mengurangkan rasa sakit yang dirasai.
6. Yogurt
Jika anda rasa mual atau muntah-muntah disebabkan keracunan makanan, maka anda digalakkan untuk mengambil yougurt. Kandungan mikroorganisma di dalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekali gus melegakannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Persediaan lelaki bujang sebelum mengahwini seorang janda. Dalam masyarakat moden hari ini, perkahwinan antara lelaki bujang dan wanita yang berstatus janda bukanlah sesuatu yang luar biasa.