Bayangkan seharian anda sibuk dengan pelbagai tugasan kerja. Keluar pagi pulang senja. Andakah mandi sahaja sudah cukup untuk mejaga kesihatan kulit wajah?
Tahukah betapa berminyaknya kulit muka anda selepas sehari terdedah dengan pelbagai kondisi sekeliling?
Anda seharusnya tahu bahawa kotoran yang melekat pada wajah itu jika tak dibersihkan sebelum tidur boleh menyebabkan masalah kulit wajah.
Inilah antara punca mengapa jerawat dan pelbagai kondisi masalah kulit wajah berlaku. Bayangkan senario seperti ini. Anda keluar bersama rakan-rakan lepak di kedai mamak menikmati teh tarik. Atau bermain futsal sampai satu badan berpeluh.
Jadi semestinya anda perlu mencuci wajah anda seselum tidur, bukan?
BERSIHKAN WAJAH
Ads
Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.
HALANG BAKTERIA
Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!
Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.
BANTU REGENERASI
Ads
Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.
KEKALKAN KELEMBAPAN
Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.
Tip MASKULIN:
Jika anda rasa terlalu penat letih untuk cuci wajah setiap malams ebelum tidur, anda boleh lakukannya lebih awal sekitar jam 7 hingga 8 malam. Lebih baik daripada langsung tidak buat langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak berdepan dengan orang ramai pun rasa malu dan hilang keyakinan diri, apatah lagi apabila orang yang hampir sebaya dengan anda memanggil anda ‘abang’ atau ‘pakcik’.
Sesuatu yang perlu anda berikan perhatian jika kulit wajah yang sepatutnya tegang, kini nampak kusam, penuh kedutan dan garis-garis halus.
Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini.
Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
1. Cahaya matahari yang berlebihan
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
2. Perubahan dalam badan
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
3. Gangguan tekanan
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
4. Posisi tidur yang salah
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
5. Tidak cukup tidur
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
6. Terdedah pada pecemaran
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
7. Merokok dan menghidu asap rokok
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
8. Berat badan berlebihan
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Bakar lemak berlebihan dengan senaman mudah hanya 3 minit ini hanya di Youtube MASKULIN
Tip 10 Minit Penjagaan Kulit Lelaki
Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar anda memiliki pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan.
Bagi memastikan kulit wajah sentiasa bersih, sihat dan rapi, luangkan 10 minit untuk melakukan rutin penjagaan kulit ini.
1. Tinggalkan sabun
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya. Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan dalam amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih lagi basah. Tempoh Masa: 2 minit
2. Sental pun penting
Gunakan krim penyental harian bagi tujuan untuk membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda sekali gus menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan penyental pada hujung jari dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit
3. Jangan lupa mandi
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga apabila anda memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit
4. Sapuan penting pada kulit
Kulit perlu sentiasa lembap dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi vitamin E dan krim perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penjagaan rambut di kalangan lelaki pada zaman sekarang ini sudah menjadi satu perkara yang sangat penting. Bukan sahaja untuk penampilan lebih menarik tetapi ia juga penting bagi membina keyakinan diri.
Selain itu melakukan potongan rambut secara rutin boleh memastikan kesihatan kulit kepala dan rambut dapat dijaga dengan sebaik.
Salah satu jenis gaya potongan yang cukup popular di kalangan lelaki ialah ‘crew cut’. Ia merupakan salah satu gaya rambut klasik cukup trendy di kalangan lelaki.
Gaya ini mudah untuk dirawat dan memberikan penampilan yang bersih dan rapi. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa langkah untuk mendapatkan gaya rambut crew cut:
Peralatan yang Diperlukan:
Gunting rambut
Alat cukur rambut (clippers) dengan pelbagai saiz penjaga
Sikat
Cermin
Pengepit rambut
Produk penataan rambut
Langkah-langkah:
Bersiap Sedia: Pastikan rambut anda bersih dan kering. Rambut yang lembap boleh membuatkan proses cukuran menjadi lebih sukar.
Pilih Panjang Rambut: Pilih saiz penjaga pada alat cukur rambut anda. Untuk gaya crew cut klasik, biasanya panjang rambut di bahagian atas kepala adalah sedikit lebih panjang berbanding dengan sisi dan belakang kepala.
Mulakan Potongan: Mulakan potongan dari bawah kepala, naikkan mesin rambut atau alat cukur rambut anda dengan perlahan-lahan mengikut bentuk kepala. Lakukan gerakan yang konsisten dan rata.
Sisi Kepala: Cukur sisi kepala dengan arah yang sama. Pastikan untuk mengangkat alat cukur rambut apabila anda mendekati bahagian atas kepala untuk mencipta gradien yang halus.
Cukur Bahagian Atas: Gunakan gunting dan sisir untuk mencukur bahagian atas kepala. Sisir rambut ke atas dan gunakan gunting untuk memotong rambut ke panjang yang diinginkan. Pastikan panjang rambut di bahagian atas kepala sedikit lebih panjang daripada sisi dan belakang.
Ratakan dan Sempurnakan: Gunakan alat cukur rambut sekali lagi untuk meratakan dan menyempurnakan bahagian sisi dan belakang kepala. Pastikan semua bahagian telah dicukur dengan rata dan simetri.
Cuci dan Keringkan: Cuci rambut anda untuk menghilangkan rambut yang telah dipotong dan keringkan rambut dengan tuala atau pengering rambut.
Penggayaan: Gunakan produk penataan rambut jika diinginkan untuk memberikan bentuk dan penampilan yang lebih tegas.
Periksa Semula: Gunakan cermin untuk memeriksa dari semua sudut dan pastikan cukuran rambut anda rata dan simetri.
Penyesuaian Akhir: Buat penyesuaian akhir jika perlu, dan pastikan anda berpuas hati dengan hasilnya.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda seharusnya dapat mencapai gaya rambut crew cut yang rapi dan bergaya.
Jangan lupa untuk merawat rambut anda dengan produk penjagaan rambut yang baik untuk menjaga kesehatan dan kilau rambut anda.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai di antara anda mungkin sudah lama menggunakan perfume. Bahkan mungkin ada di kalangan anda juga merupakan pengumpul tegar dan sering bertukar-tukar wangian mengikut keselesaan dan juga mood.
Sama ada anda setia dengan satu atau dua jenama, ia sebenarnya bergantung kepada pilihan individu. Namun tidak salah jika sesekali anda mencuba sesuatu yang baru.
Deria bau merupakan deria yang sangat sensitif. Bahkan berani MASKULIN katakan ia merupakan deria yang paling sensitif. Dengan bau sahaja kita boleh teringat kepada seseorang. Atau terkenang dengan momen-momen lampau ketika bersama.
Bagi lelaki antara beberapa kategori perfume yang popular adalah dari jenis fresh, woody, oriental (sedikit spicy) dan juga floral.
Pada suku pertama tahun 2021, cuaca seperti sekarang sangatlah panas. Jadi kami ingin kongsi beberapa perfume pilihan MASKULIN yang mampu bangkitkan kesegaran tidak kira dalam apa jua situasi dan keadaan.
HUGO Boss The Scent Pure Accord
Calvin Klein ETERNITY For Men
VERSACE Eros Pour Homme Eau De Toilette
JO MALONE Lime Basil & Mandarin Cologne
TOM FORD Ombré Leather Eau de Parfum
COACH Platinum Eau de Parfum
BVLGARI AQVA Pour Homme Eau De Toilette
DIOR Sauvage Parfum
MOSCHINO Toy Boy Eau De Parfum
MONTBLANC Legend Spirit Eau De Toilette
Kesemua perfume yang MASKULIN nyatakan di atas memiliki karakteristik tersendiri. Namun setiap satunya membawa persamaan ciri-ciri bau yang boleh menyebabkan wanita tertarik dengan anda. Malah boleh menyebabkan mereka berasa cemburu dengan keharuman anda bila di sisi mereka.
Seleksi 10 perfume MASKULIN senaraikan di atas boleh didapati di pasaran dan menerusi laman sesawang ini pada harga yang cukup menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.