Jakel sekali lagi memperluaskan operasi perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan baru di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Perasmian pembukaan gedung pakaian terbesar itu diadakan pada 27 Mac dengan tawaran Harga Runtuh sehingga 85 peratus buat pelanggan-pelanggan yang hadir.
Apa yang lebih menarik lagi, kain-kain raya edisi 2018 dibawa masuk mendahului cawangan-cawangan lain ke dalam gedung ini secara eksklusif. Jakel BTHO yang mempunyai keluasan 30,000 kaki persegi ini menempatkan kepelbagaian fabrik di setiap atas mengikut kategori.
IKLAN
Aras bawah sekali menempatkan koleksi kain washable, kain bermeter baju melayu, koleksi pakaian siap lelaki dan wanita, dan banyak lagi. Di aras 1 pula lebih kepada koleksi kain fabrik sutera korea, fabrik plain, fabrik baju melayu songkit dan banyak lagi. Aras 2 pula menghimpunkan ratusan koleksi kain langsir, cadar penggantin dan cadar harian.
IKLAN
Bila kami bertanya kepada Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpula Jakel, lokasi BTHO ini dipilih bersesuaian dengan mereka-mereka yang tinggal berhampiran contohnya seperti di Cheras, Kajang, Balakong dan banyak lagi. Walaupun kawasannya tidak begitu meriah, dan padat, namun kawasan ini lebih selesa kerana kawasannya yang lapang dan kawasan parkir yang luas.
IKLAN
Di samping itu, pelanggan boleh turut menikmati 10,000 pasang kain secara percuma sepanjang tempoh minggu pertama pembukaan gedung. Kepada anda yang masih tidak mempunyai kain untuk Aidilfitri yang bakal menjelang ni, anda boleh Waze Jakel BTHO dan bolehlah dapatkan kain bermutu di gedung Jakel BTHO ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penjenamaan BONIA yang kini tidak hanya tertumpu kepada produk seperti beg diteruskan dengan pengenalan kedai konsep terbaru mereka.
Kali ini, BONIA meluaskan empayar jenama mereka dengan pembukaan kedai konsep di pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall Putrajaya.
Jenama yang terkenal dengan hasil tangan yang berkualiti tinggi sejak 1974 ini menampilkan kedai konsep dengan seni bina yang cukup menarik.
Dilancarkan pada 15 September lalu, kedai konsep BONIA terbaru ini mendapat sentuhan rekaan dari firma seni bina dan rekaan yang pernah memenangi pengiktirafan antarabangsa iaitu Spacemen Studio.
Rekaan dalamannya diserlahkan dengan menyelitkan bahasa reka bentuk organik bentuk berliku-liku dan materialiti sentuhan serta mempersembahkan estetika minimalis yang mencerminkan falsafah reka bentuk BONIA.
Persona ketenangan ambiens dalamannya diperhasulsi dengan tona hijau, dinding beralun dan siling bersalut stuko bertekstur.
ELEMEN ALAM
Elemen pencahayaan lembut mengalir ke seluruh, kedai direka bentuk untuk meniru alam semula jadi dan persekitaran organik, membolehkan pelanggan mengalami satu bentuk pelarian visual semasa membeli-belah.
Penggunaan material dan kemasan dalaman turut dihiasi siri perabot berdiri bebas dan unit paparan rona pic matte, muka depan kedai bergalur di dalam terracotta dan lantai berkarpet terracotta yang mewah.
Pada bahagian sudut dinding pula terdapat paparan rekaan berbentuk amoeba dan meja kaca berbentuk organik menyemai ruang dengan ukiran kepekaan manakala kaunter marmar merah jambu Norway menambah sedikit kewanitaan dan kontras dengan ton warna lebih kedap.
Kedai konsep terbaru BONIA di IOI City Mall Putrajaya juga bakal menampilkan koleksi-koleksi terkini yang cukup eksklusif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengeluar jenama jam tangan Omega baru-baru ini memperkenalkan aksesori terkini yang direka khas untuk peminat filem James Bond iaitu Jam Tangan Edisi Terhad Seamaster Diver 300M.
Jam tangan ini dilengkapi dengan tali getah berwarna hitam dan ditempa khas Plat Emas 18 Karat di bahagian tepi jam. Pemilik jam tangan ini juga bakal menerima ukiran khas nombor siri edisi terhad jam tangan tersebut.
Menurut laman web Firstclasse, jam tangan eksklusif ini hanya menawarkan sebanyak 7007 unit sahaja.
Rekaan jam tangan ini dipacukan oleh teknologi Omega Co-Axial Master Chronometer Calibre 8800 dan berupaya untuk kekal berfungsi selama 55 jam.
Antara ciri-ciri khas lain yang menarik adalah, terdapat nombor rahsia 50 yang akan timbul di dalam simbol bulatan jam pukul 10. Ianya adalah bersempena ulangtahun ke-50 filem James Bond siri ‘On Her Majesty’s Secret Service’ yang dilakonkan oleh George Robert Lazenby pada tahun 1969.
Selain itu, jam ini juga turut menggunakan font nombor asal untuk nombor tujuh yang mana ia adalah logo yang digunakan untuk setiap filem James Bond.
Jam tangan jenama Omega sudah dipakai oleh pelakon watak James Bond sejak dari filem GoldenEye pada tahun 1995 yang mana watak Bond telah menyarung Seamaster Diver 300M.
Sumber: Firstclasse
Kredit gambar: Omega
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dapat dinafikan pertandingan pencarian bakat muda Hero dan Dewi Remaja sememangnya jenama yang cukup utuh dan berwibawa dalam mengetengahkan muka-muka baharu dalam industri hiburan tempatan.
Mencecah usia 38 tahun sejak diperkenalkan pada tahun 1985, Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah jenama yang tidak perlu lagi diperkenalkan dengan lebih lanjut kepada umum. Ia kini menjadi salah satu program penanda aras yang cukup dinantikan oleh pemerhatui dan peminat.
Kini penganjuran edisi baharu telah tiba dengan sedikit kelainan apabila buat pertama kali Pencarian Hero dan Dewi Remaja dijalankan secara serentak.
Selepas dua bulan melalui proses uji bakat, 16 orang finalis telah pun diumumkan semalam.
Kesemua finasli ini diperkenalkan menerusi satu sidang media berlangsung semalam di Astro, Bukit Jalil. Setiap seorang finalis diperkenalkan satu-persatu kepada rakan media dan penonton yang mengikuti kemas kini menerusi aplikasi media sosial Majalah Remaja.
Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir beliau menjadi juri tetap adalah pada edisi Hero Remaja 2021.
Pemilihan Scha Alyahya dianggap tepat kerana beliau merupakan seorang selebriti serba boleh dan terkenal serta merupakan antara alumni Dewi Remaja paling berjaya.
UJI BAKAT TELITI
Pemilihan 16 orang finalis (8 lelaki & 8 perempuan) pada edisi kali ini dilakukan dengan sangat teliti mengambil kira potensi dan bakat yang mereka tonjolkan ketika proses uji bakat dijalankan.
Setiap seorang finalis memiliki kelebihan tersendiri dan mempunyai potensi tinggi untuk dijulang sebagai wajah baharu yang mewakili remaja Malaysia dalam industri hiburan tanah air mahupun lapangan lain yang mereka ingin ceburi.
Sebanyak empat sesi uji bakat dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya. Pada edisi kali ini seramai lebih 850 peserta hadir untuk sesi uji bakat. Menariknya, sepanjang empat minggu uji bakat berlangsung, siaran video di media sosial telah berjaya mencapai lebih 30 juta tontonan.
Menurut Ketua bahagian New Gen dan Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 dijangka akan memberi impak berbeza disebabkan kelainan yang dipersembahkan buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran jenama ini.
“Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah legasi ulung yang dicetuskan oleh Majalah Remaja. Berevolusi dari dunia cetak ke dunia digital, dua pencarian ini terus berkembang seiring zaman.
“Sepanjang penganjurannya selama lebih 38 tahun, ramai permata industri seni dilahirkan. Antara generasi baharu pertandingan ini yang kini menjadi bualan hangat seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Anna Jobling, Shaza Bae, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Tracie Sinidol.
“Apa yang menarik, edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi. Semestinya bakal memberikan perspektif baharu dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik. Diharapkan finalis tahun ini memberikan usaha mereka sepenuhnya dalam perjalanan bergelar juara.
“Selain penampilan mereka selama lapan episod di kaca televisyen menerusi Astro Ria, para finalis juga akan ditampilkan di setiap platform media sosial Majalah Remaja menerusi pelbagai kandungan dan aktiviti yang bakal diadakan. Menariknya kami akan turut memberi peluang kepada para peminat mereka kelak untuk menyertai aktiviti yang telah kami susun,” tambah Fiezreen lagi.
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran episod yang ditayangkan, 16 finalis terpilih juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.