Setiap kali menjelang Syawal, antara topik yang sering menjadi perdebatan hangat bagi suami isteri yang berkahwin entah untuk apa, asyik bergaduh sahaja memanjang, biasanya sering melibatkan persoalan, “Raya tahun ni balik rumah mak ayah saya atau balik rumah mertua?”
Mujur lelaki ini ada 9 akal untuk berfikir macam-macam dan 1 nafsu sahaja untuk wanita iaitu isteri yang dicintai, disayangi dan digerami bila kena goda, maka lelaki sering tampil dengan keputusan yang rasional.
Sehubungan itu, meneliti perdebatan yang tidak berkesudahan ini, Maskulin ingin kongsikan 5 sebab kena setiap kali Syawal, anda semua kena rileks & cool kerana :
1. Adil dan saksama
Hidup berpasangan ini harus adil. Jika tahun lepas sudah beraya hari pertama di rumah mak dan ayah, apa salah kalau kali ini, isteri ikut beraya di rumah mak ayah suami pula. Kena pula kalau memang hari-hari duduk dengan mak ayah isteri.
2. Ada yang perlu dijaga
Mak ayah suami pun masih hidupkan. Lainlah sudah meninggal dunian dan suami sudah tidak ada sesiapa untuk dikunjungi, nampak kejam tetapi itulah realitinya, waktu itu suami pasti akan beri fokus 100 peratus pada keluarga pihak isteri.
3. Saling memahami
Jika perkara kecil begini pun tak boleh difahami, agaknya isteri itu bukan pilihan suami kot. Kena kahwin paksa ker? Dalam rumah tangga, sikap saling faham-memahami ini perlu ada. Kalau tidak, itu yang boleh berlaku curang tu.
4. Dua-dua bahagia
Rayakan sebulan, suami pun tidaklah kejam kalau balik rumah mak ayah sampai seminggu. Biasanya malam raya, raya pertama dan raya kedua sahaja. Masuk raya ketiga sampai hujung Syawal, semua masa ikut isteri. Nak apa lagi?
5. Jangan terasa hati
Bagi mak ayah suami atau isteri atau yang bergelar mertua ini, tak usahlah terasa hati. Hentikanlah terikut-ikut dengan perangai manusia jalang dalam drama Melayu petang-petang tu. Asyik ikut emosi kata syaitan tu dah kenapa? Ada jer yang tak kena. Anak-anak dan menantu dan try bagi the best, bersyukurlah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI