Dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi, seorang lelaki bertopeng telah menceroboh masuk dan menyerang anggota polis yang bertugas.
Akibat insiden ini telah menyaksikan dua anggota polis telah maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah. Kejadian ini sekali gus menggemparkan komuniti setempat dan juga rakyat Malaysia secara amnya.
Menurut sumber, lelaki bertopeng tersebut memasuki balai polis dengan cara yang tidak dijangka. Setelah berjaya menceroboh masuk, penjenayah itu mula menyerang anggota polis yang sedang bertugas ketika itu.
Dalam serangan tidak bertanggungjawab tersebut, dua anggota polis mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi anggota polis yang turut terlibat dalam serangan tersebut mengalami kecederaan serius dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Keadaan anggota polis yang cedera itu kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan intensif.
Dalam kejadian sekitar 2.54 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pistol dan parang turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.
Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. “Pihak kita sesal dengan kejadian yang berlaku. Siasatan awal mendapati anggota ditetak dan ditembak.
“Siasatan lanjut dijalankan polis,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.
Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke tempat kejadian.
Sebelum itu, seorang anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama seorang rakan setugas telah menerima panggilan kecemasan MERS999 jam 2.54 pagi.
Panggilan daripada seorang lelaki warga tempatan menyatakan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram.
Ekoran panggilan tersebut, sebuah MPV JH896 telah diarahkan ke lokasi kejadian.
Difahamkan seorang konstabel dipercayai telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.
Selain itu, seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.
BACA: Lima Cara Mudah Dapat Bantu Anda Pilih Polisi Insurans Kereta Terbaik Seperti Perlindungan Banjir
Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, manakala yang maut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasatan.
Suspek dipercayai telah ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas daripada pihak penyerang.
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian & Harian Metro
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.