PERASAAN GEMBIRA DAPAT SELAMATKAN NYAWA
Satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila kita berjaya tolong para doktor selamatkan nyawa orang lain. Darah yang anda derma akan dibahagikan kepada pelbagai komponen berdasarkan kepada keperluan pesakit. Setiap komponen boleh digunakan oleh penerima yang berbeza untuk pelbagai tujuan. Setiap kali anda menderma darah, anda dapat membantu dari 3 ke 4 penerima setiap seorang.
MENDERMA DARAH BOLEH KURANGKAN RISIKO KANSER
Derma darah secara konsisten dikaitkan dengan dapat kurangkan risiko kancer termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Siapa yang tak nak kurangkan risiko kanser kalau dah diberi peluang kan?
BAGUS UNTUK KESIHATAN
Ia dapat kurangkan jumlah iron (zat besi yang berlebihan) di dalam badan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Berdasarkan kepada kajian yang telah dicetak dalam American Journal of Epidemiology
, blood donors are 88% less likely to suffer a heart attack. Ini kerana setiap kali penderma menderma darah, zat besi akan dikeluarkan dari sistem, dan secara tidak langsung dapat menghindarkan dari risiko sakit jantung.
PEMERIKSAAN (CHECK-UP) KESIHATAN
Anda hanya boleh menderma jika anda sihat secara keseluruhan. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, anda akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan dan ianya percuma untuk para penderma. Itulah kelebihan yang anda akan terima. Contohnya, anda akan mengetahui jika tekanan darah anda tidak normal dan ianya dapat membantu mereka mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teru
Selepas darah didermakan, darah dan produk darah yang diperolehi akan diperiksa untuk mengetahui jika terdapat sebarang jangkitan. Anda boleh memilih untuk diberitahu jika mereka mendapati apa-apa yang tidak normal dalam ujian saringan tersebut. Derma darah yang kerap adalah bagus untuk kesihatan tambahan pula anda dapat percuma pemeriksaan yang akan membantu anda kekal sihat.
MENGETAHUI JENIS DARAH
Darah yang diderma akan diperiksa untuk beberapa faktor kesihatan bagi memastikan ia boleh digunakan untuk penerima. Antara faktor ianya perlu diperiksa termasuk HIV, syphilis dan hepatitis. Jika darah itu tadi mengandungi faktor kesihatan yang memudaratkan, maka penderma akan diberitahu dan sama sekali tidak boleh menderma.
Semasa proses menderma, anda akan terima snacks, juice, dan makanan lain secara percuma. Kadang-kadang, dorang akan beri free t-shirts, stickers dan jika anda bertuah, mungkin dapat sijil macam saya. Masa saya isi borang pendaftaran, ada seorang sister (nurse) minta kad pengenalan saya. Ingatkan nak tulis dalam buku rekod tapi rupanya masa saya tengah derma darah, dia bagi sijil. Rasa terharu juga, macam dah buat satu achievement. (penderma darah tegar mesti jealous)
BAKAR KALORI
Derma darah adalah jalan paling senang untuk kurangkan berat badan. Setiap kali anda menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Ini boleh membantu dalam proses untuk kurangkan berat badan. Bagaimanapun, darah selamat diderma pada setiap dua atau tiga bulan dan bukannya pada setiap bulan. Ini juga bergantung kepada tahap kesihatan anda, hemoglobin darah dan paras zat besi anda. Patut lah orang kata siapa derma darah akan naik berat badan, bila kalori terbakar mestilah kita rasa lapar.
PENAMBAHAN SEMULA DARAH BAIK UNTUK TUBUH
Replenishing darah adalah baik untuk tubuh kita. Derma darah membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan dapat bekerja secara produktif.