Aktiviti dan kalori yang dibakar / kCal (senaman selama 30 minit)
Lelaki (64 kilogram) Wanita (55 kilogram)
Lelaki Wanita
Berbasikal ( bersiang) 324 279
Berlari (8 km sejam) 280 252
Berlari-lari anak 215 185
Badminton 186 160
Jalan pantas 142 120
Berbasikal (riadah) 123 106
Mop lantai 119 102
Kerja rumah 115 99
Memasak 86 74
Seterika pakaian 63 54
Panduan Kuruskan Badan
1. Cuba elakkan daripada makan secara bufet.
2. Cuba makan perlahanlahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan agar cepat kenyang.
3. Jangan makan ketika menonton televisyen.
4. Cuba mulakan makan dengan meminum segelas air atau sup dan makan banyak sayur-sayuran supaya cepat kenyang.
5. Lebihkan minum air jarang jika haus.
Ingatlah air jarang tidak mengandungi kalori dan dengan hanya menggantikan minuman berperisa dengan air jarang kita dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 200 hingga 300 kCal sehari.
6. Sediakan makanan ringan berkalori rendah di rumah atau di tempat kerja khusus jika anda perlu menghilangkan rasa lapar.
7. Tingkatkan aktiviti seharian anda dengan menggunakan tangga dan berjalan. Kurangkan penggunaan lif, tangga bergerak dan kenderaan.
Jika tempat pekerjaan anda dekat dengan rumah, anda boleh cuba berjalan atau berbasikal ke tempat kerja.
8. Luangkan masa dengan keluarga pada hujung minggu, cubalah kegiatan sihat seperti menunggang basikal, berlari-lari anak, bermain badminton atau berenang.
9. Anda masih boleh menikmati hidangan makanan kesukaan anda walau ia berkalori tinggi tetapi pastikan anda dapat membakar kalorinya kemudian dengan bersenam.