Pengeluar motosikal penuh ikonik berkuasa tinggi berpengaruh dari Itali iaitu Ducati dilaporkan bakal memperkenalkan motosikal elektrik pertama mereka.
Dengan kepesatan teknologi hijau yang semakin mendapat tempat di hati pengguna peminat permotoran Ducati dilihat tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan inoasi ciptaan mereka.
Ini sekali gus menyaksikan Ducati sebagai jenama motosial terbaru yang mula menceburkan diri secara langsung dalam EV movement selepas Harley-Davidson merancang memasarkan motosikal elektrik pertama mereka Ogos nanti.
Ads
Khabar angin tentang projek motosikal elektri dari Ducati ini telah bertiup kencang sejak tahun 2017 lagi apabila Pengarah Urusan Ducati Eropah Barat, Edouard Lotthe mendedahkan perancangan penggunaan teknologi elektrik untuk superbike dan scooter bagi tahun 2021.
Dan terbaru Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicalli telah mengesahkan Ducati akan terus menjadi antara pemain utama dalam teknologi hijau dan eletrik ketika bercakap di acara Motostudent, Sepanyol.
Penglibatan Ducati dengan teknologi enjin eletrik sebenarnya bukanlah satu perkara baru kerana sebelum ini mereka pernah mencipta prototaip basikal elektrik. Malah, Ducati juga pernah bekerjasama dengan Milan Polythehnic School of Design untuk mencipta beberapa model prototaip dikenali sebagai Ducati Zero.
Ads
Model ini akan menjadi yang pertama akan dikeluarkan secara komersial dan bakal menarik perhatian ramai peminat motosikal di seluruh dunia.
Adakah motosikal elektrik berkuasa tinggi dari Ducati ini mampu menjadi trend terbaru di kalangan penggemar dan peminat motosikal?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada segelintir orang tidak boleh memandu dalam jarak jauh pada waktu siang kerana cuaca yang panas dan terik mentari. Jadi mereka memilih untuk memandu pada waktu malam kerana mungkin suasana lebih tenang dan sedikit nyaman.
Namun jika anda memilih untuk memandu pada waktu malam, MASKULIN gariskan 5 perkara yang perlu anda titik beratkan seperti :
1. Malapkan cahaya dalam kereta
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar.
2. Pantau suasana sekeliling
Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan.
3. Selenggara lampu hadapan
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting.
4. Kekal jarak selamat
Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan.
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pada masa kini kebanyakan perkakasan eletrik dan elektronik bersifat mudah alih. Malah ia hadir dengan penggunaan tanpa wayar dengan bergantung kepada kuasa yang dibekalkan dari bateri yang boleh dicas semula.
Salah satu peralatan elektrik yang cukup penting di kalangan pemilik kereta ialah mesin hampagas mudah alih atau mesin vakum mudah alih. Di pasaran kini terdapat pelbagai tawaran vakum mudah alih yang hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Selain kecil dan mudah untuk disimpan di dalam kereta, mesin vakum ini mampu membersihkan kereta daripada debu serta kotoran dalam masa yang singkat. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian ketika menggunakan mesin ini agar lebih selamat dan memberikan hasil yang terbaik.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip penggunaan vakum mudah alih di dalam kereta.
GERAKAN PELBAGAI ARAH
Ketika menggunakan vakum mudah alih terutamanya di bahagian kusyen, gerakkan mesin ke pelbagai arah. Ia bagi memastikan debu-debu yang tersembunyi dapat disebut dengan sepenuhnya. Selain itu ia juga gerakan yang baik juga boleh mengelakkan kusyen mudah rosak atau terkoyak.
JANGAN PASANG TERLALU LAMA
Ketika melakukan pembersihan di dalam kereta kita kadang-kadang boleh leka dan ralit. Namun jangan pula lupa bahawa anda menggunakan mesin yang boleh panas. Penggunaan kebanyakan vakum mudah alih kebiasaannya tidak harus berlanjutan melebihi setengah jam.
Lakukan proses pembersihan dengan berkala dan berhenti selang beberapa minit. Apatah lagi jika vakum itu tidak disokong oleh sistemm penyejukan yang baik.
BUNYI TIDAK NORMAL
Apabila anda sudah lama dan terbiasa menggunakan vakum mudah alih sendiri pastinya sudah arif jika ada perubahan bunyi. Jika terdapat bunyi tidak normal keluar ketika vakum terpasang maka periksalah dengan segera.
Anda anda dapati tiada kotoran pada bahagian pengumpulan itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Ingat, sentiasa simpan vakum di tempat yang kering. Jangan lap suis vakum dengan kain yang basah kerana dikhuatiri berlaku litar pintas.
BUANG SISA DEBU SETIAP MASA
Pastikan juga setiap kali selepas menggunakan vakum mudah alih lakukanlah pembersihan dengan segera. Buang segala sisa debu atau habuk yang terkumpul. Semasa melakukan proses pembersihan perhatikan juga jika ada sebarang kebocoran pada beg debu.
JANGAN SEDUT SEMBARANGAN
Salah satu perkara yang boleh menjadi punca vakum mudah alih rosak dengan cepat ialah melakukan sedutan terhadap perkara atau objek tidak sesuai.
Bahan kasar seperti jarum, serpihan kuku, petrol atau rokok yang mungkin masih menyala boleh menyebabkan kerosakan teruk. Satu perkara anda kena ingat vakum mudah alih bukanlah mesin yang boleh melakukan tugas heavy duty.
Jika anda ingin mencari mesin vakum mudah alih pada harga berpatutan dan murah, boleh dapatkannya di sini, https://invol.co/claqn6f/.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Kredit: Topjoy
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasaran dua roda semakin hangat dengan ketibaan model-model baru tentunya sempena perlumbaan MotoGP hujung minggu ini. Salah satu model dari Itali ini tidak ketinggalan membawa masuk dua model baharu bersama penampilan khas pelumba Pasukan Perlumbaan Aprilia, Sam Lowes. Sayangnya, Aleix Espargo tidak dapat turut serta pada acara berkenaan akibat kecederaan.
Pihak Naza Premira memperkenalkan Aprilia RSV4 RF dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory ke pasaran tempatan. Untuk makluman generasi pertama Aprilia RSV4 pertama kali dikeluarkan pada 2008. Boleh dikatakan lencana RSV4 merupakan motosikal kasta tertinggi dan kebanggaan Aprilia dalam segmen motor supersport dunia. Jentera ini didatangkan dengan prestasi berkuasa dan kelajuan yang tinggi.
Jentera berkenaan memiliki perangkat elektronik moden dan canggih. Ia juga beberapa kali memenangi perlumbaan WSBK. Kurang percaya?. Supersport RSV4 merupakan motosikal yang menghantar legenda Max Bianggi merangkul kemenangan sehingga sembilan kali di World Superbike Racing.
Dan..terkini pasaran tempatan menerima model RSV4 RF versi tertinggi. Menariknya RSV4 RF memakai warna Superpole ala livery yang digunakan di perlumbaan World Superbike. Kerana sudah terkenal di lintasan perlumbaan, tentunya anda sudah dapat mengandaikan susuk kuda besi buatan Aprilia ini.
REKAAN:
Desain sporty mewakili imejnya sebagai jentera perlumbaan bersesuaian dengan taqlinenya ‘direka untuk pelumba, dibangunkan untuk penunggang‘. Ciri aerodinamik sangat baik yang menyokong kelajuan maksimum saat menunggang.
Pandangan depan diserlahkan menerusi rekaan lampu unik yang menjadi ciri khas motor Aprilia iaitu tiga buah lampu saling terpisah. Ia juga didatangkan dengan ciri LED untuk pencahayaan lebih terang.
Cermin penghalang angin juga agak tinggi untuk melindungi terpaan angin daripada depan. Posisi duduk RSV4 RF sedikit menunduk dan seperti posisi tunggangan pelumba. Sementara, hendal jenis underyoke dipadankan dengan panelinstrumen digital yang menawarkan dua skrin berbeza di tengahnya.
Tangki minyak bersaiz 18.5 liter (termasuk bahagian simpanan 4L) direka dengan lekukan di kiri dan kanan buat penunggang meletakkan bahagian lutut mereka. Manakala rekaan belakangnya sedikit tirus tanpa pelana untuk penumpang belakang.
RANGKA:
RSV4 RF dibangunkan menggunakan rangka aluminium yang ringan dan kukuh. Di bahagian depan menggunakan suspensi Ohlins NIX USD 43mm yang mana peredamnya boleh dilaras. Manakala bahagian belakang dipasang dengan Ohlins TTX monoshock yang mana nisbah dan rendamannya boleh di laras dan pemilik juga boleh mengatur panjang jarak sumbu roda.
Bahagian kaki dipadankan dengan rim aloi aluminium bersaiz 17 inci bersama tayar 120/70 (depan) dan tayar belakang yang lebih besar 200/55.
Sektor brek tersangat penting bagi menghentikan jentera seberat 180kg ini. Justeru itu, Aprilia mempertaruhkan cakera terapung berganda bersaiz 330mm di depan dan cakera 220mm di belakangnya. Operasi membrek lebih selamat dengan adanya ciri ABS dari Bosch.
PRESTASI:
Aprilia RSV4 RF ini bukanlah jentera biasa. Motor tersebut memiliki tenaga sebesar 201hp pada 13, 000rpm dan tork 115Nm pada 10, 500rpm.
Enjin bersesaran 999.6cc DOHC penyejukan cecair, 4-silinder itu turut dipadankan dengan teknologi Ride by Wire serta dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih seperti Unit Kawalan MM 7SM bersama 64 MHZ overclock.
Agihan kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dan dipadukan dengan teknologi Aprilia Quick Shift (AQS).
Dikatakan kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh jentera ini ialah 250km/j.
PERALATAN ELEKTRONIK:
Jentera yang mematuhi regulasi Euro4 itu didatangkan dengan sistem elektronik standard antaranya Aprilia Performance Ride Control, Traction Control (ATC), Wheelie Control (AWC), Launch Control (ALC), kawalan kruise (ACC), pit limiter (APL), ABS selekoh, V4-MP, kotak gear elektronic up dan down (AQS).
HARGA: Harga jualan RSV4 RF ialah RM 127, 571 seunit (termasuk GST). Sebagai permulaan, Naza Premira membawa masuk lapan unit dan kesemuanya telah ditempah. Buat anda yang berminat perlu menunggu ketibaan stok seterusnya.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.