Siapa yang tidak kenal dengan nama Ryan Bakery yang sinonim dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada era 1990-an di laman sosial.
Ryan yang baru dinobatkan sebagai Popular Content Creator Of The Year menerusi anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia 2023 mengumumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Pempengaruh TikTok berusia 28 tahun itu memberitahu kepada media tempatan yang isterinya, Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.
SUDAH SEDIA NAMA BAYI
Walaupun masih tidak mengetahui jantinya bayi, Ryan sudah bersedia dengan nama yang indah buat anak sulung yang bakal lahir.
“Jika anak lelaki saya cadang nak letak nama Ryan Ezra dan jika anak perempuan Raysha Ezra, insyaAllah,” kongsinya.
Ads
Memasuki trimester kedua kehamilan, Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut berkongsi pengalaman melihat isterinya mengalami alahan yang teruk.
Seperti wanita hamil lain, isterinya juga mengidam untuk makan atau minum sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Ads
Menurut Ryan, Elyia pernah mengidam untuk minum teh hijau.
“Kampung saya di Temerloh itu jauh ke kawasan dalam. Kalau hendak keluar ke pekan, jauh. Kalau saya mengadu penat, risau dia akan menangis. Saya start kereta pergi beli juga,” ujarnya.
Terdahulu, Ryan dan Elyia mendirikan rumahtangga pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Makan telur setiap hari bukan saja untuk kecilkan perut kamu yang buncit tu tapi banyak kelebihan lainnya. Hasil kajian yang telah dibuat mengenai faedah telur ayam untuk tubuh manusia. Ternyata 2-3 biji telur adalah dos yang optimum untuk kekalkan tenaga kita seharian
Antara sebab yang lain adalah:
1. Otak berada dibawah perlindungan ‘choline’
Phospholipid yang menjamin sel-sel otak berhubung adalah terdiri daripada choline. Telah terbukti secara klinikal bahawa vitamin ini adalah bahan binaan utama bagi otak. Sekiranya makan 2 telur sehari, tubuh akan mendapat cukup nutrien ini. Kekurangan kolagen membawa kepada penurunan ingatan.
2. Penglihatan dapat dijaga kerana adanya lutein
Penyelidikan menunjukkan bahawa telur ayam kaya dengan lutien. Bahan ini bertanggungjawab untuk membina penglihatan yang jelas dan tajam. Dengan kekurangan lutein ini, ia akan merosakkan tisu mata dan penglihatan kita akan merosot.
3. Vitamin D yang membantu menyerap calcium
Jika anda menawarkan seseorang untuk minum sesudu mintak ikan atau makan telur rebus, majoriti akan memilih makan telur rebus. Terutamanya jika mereka tahu bahawa kandungan Vitamin D adalah sama dalam kedua-dua hal ini. Lebih lagi, pakar menemui satu cara untuk meningkatkan jumlah kandungan vitamin D dalam telur dengan member makan suplimen khas ayam dan ini membantu kalsium menyerap dan menguatkan tulang dan gigi anda dengan lebih baik.
4. Dapat kurang kan risiko penyakit kardiovaskular
Pakar mengatakan bahawa kolesterol dari telur seimbang dengan phosphatides, sehingga tidak membahayakan kesihatan kita. Ia juga menghalang pengeluaran kolestrol sendiri. Disamping itu, telur mengandungi asid omega-3 yang kurangkan tahap trigliserida dengan itu dapat kurangkan risiko sakit kardiovaskular.
5. Mengurangkan risiko kanser
Choline yang sangat diperlukan untuk otak, juga mengurangkan risiko kanser. Mengikut keputusan kajian, bagi wanita yang makan telur mengikut dosnya, risiko kanser payudara menurun sebanyak 18%
6. Berguna apabila merancang untuk dapat anak.
Vitamin B juga diambil kira dalam pembetukan hormon seks. Vitamin B9 mempunyai nama lain: asid folik. Dengan adanya, sel darah merah dan tiub saraf janin dibentuk. Inilah sebab mengapa vitamin B9 sangat diperlukan untuk wanita semasa perancangan kehamilan. 1 biji Telur ayam mengandungi 7.0 mcg vitamin.
7. Melambatkan proses penuaan
Ini sudah terbukti daripada penyelidikan yang dijalankan oleh saintis Belanda. Dalam 87% wanita berusia 35 hingga 40 tahun, bintik-bintik umur hilang dan kulit ditarik. Pada lelaki, kedutan di sekeliling mata terasa licin.
Sumber: Nakbebel.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi, seorang lelaki bertopeng telah menceroboh masuk dan menyerang anggota polis yang bertugas.
Akibat insiden ini telah menyaksikan dua anggota polis telah maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah. Kejadian ini sekali gus menggemparkan komuniti setempat dan juga rakyat Malaysia secara amnya.
Menurut sumber, lelaki bertopeng tersebut memasuki balai polis dengan cara yang tidak dijangka. Setelah berjaya menceroboh masuk, penjenayah itu mula menyerang anggota polis yang sedang bertugas ketika itu.
Dalam serangan tidak bertanggungjawab tersebut, dua anggota polis mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi anggota polis yang turut terlibat dalam serangan tersebut mengalami kecederaan serius dan segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Keadaan anggota polis yang cedera itu kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan intensif.
Dalam kejadian sekitar 2.54 pagi itu, suspek yang bersenjatakan pistol dan parang turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.
Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. “Pihak kita sesal dengan kejadian yang berlaku. Siasatan awal mendapati anggota ditetak dan ditembak.
“Siasatan lanjut dijalankan polis,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.
Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke tempat kejadian.
Foto: The Vocket
Sebelum itu, seorang anggota polis yang bertugas di pusat kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama seorang rakan setugas telah menerima panggilan kecemasan MERS999 jam 2.54 pagi.
Panggilan daripada seorang lelaki warga tempatan menyatakan anggota polis dipukul di Balai Polis Ulu Tiram.
Ekoran panggilan tersebut, sebuah MPV JH896 telah diarahkan ke lokasi kejadian.
Difahamkan seorang konstabel dipercayai telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.
Selain itu, seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.
Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, manakala yang maut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasatan.
Suspek dipercayai telah ditembak mati dan dua senjata iaitu sepucuk pistol jenis Walther P99 dan selaras HK MP5 telah dirampas daripada pihak penyerang.
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian & Harian Metro
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahniah kepada Haneesya Hanee dari team MASKULIN kerana berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2018/19! Setelah lapan minggu mengharungi pelbagai tugasan, cabaran, curahan air mata dan menimba pengalaman akhirnya Dewi Remaj dinobatkan semalam pada episod finale yang ditayangkan secara langsung menerusi Astro Ria.
MASKULIN turut hadir sebagai media jemputan berasa cukup berbangga dengan pencapaian bukan sahaja kepada Haneesya tetapi kesemua 12 finalis Dewi Remaja 2018/19.
DEWI REMAJA 2018/19, Haneesya Hanee!
Tempat kedua pula dimenangi oleh Tia Sarah dan tempat ketiga pula berjaya dirangkul oleh Sherin Amiri. Selepas berakhirnya majlis pemahkotaan Dewi Remaja semalam, MASKULIN sempat menemubual secara eksklusif Haneesya tentang kemenanganya.
“Sejujurnya saya memang tak expect dan terkejut bila saya diumumkan sebagai pemenang. Sebelum ini saya sudah cuba masuk pelbagai pertandingan tetapi inilah acara yang paling kemuncak dalam hidup saya.”
“Sejak berusia 15 tahun saya memang sudah target untuk menyertai Dewi Remaja dan memenanginya. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya,” jelas Haneesya gadis yang sebelum ini dikenali dengan watak Zaza dalam drama ‘Cik Reen DanEncik Ngok Ngek’.
PENGALAMAN PALING MENCABAR
Sepanjang lapan minggu Haneesya dan finalis lain diuji dengan pelbagai bentuk cabaran. Antaranya ialah cabaran fizikal ala-Spartan Race, catwalk, keusahawanan, pengacaraan, lakonan dan menjayakan kempen kesedaran. Antara tugasan yang paling sukar pernah dihadapi oleh Haneesya sendiri ialah cabaran keusahawanan.
Menerusi cabaran inilah Haneeysa bersama dia rakan satu kumpulannya iaitu Anna Jobling dan Affie Rania menyaksikan mereka berada di ‘bottom three‘ buat seketika.
“Cabaran itu ketika kami di MAEPS, Serdang. Grup saya perlu menjual produk kecantikan kepada pengunjung sebuah karnival di situ. Apa yang mencabar ialah kami diletakkan di khemah atau booth kanak-kanak. Itu yag membuatkan kami sangat struggle. Tambahan pula saya sebagai ketua grup, jadi tanggugnjawab itu lebih besar,” jelasnya lagi.
Jika anda mengikuti program mingguan Dewi Remaja 2018/19 di Astro Ria pasti akan ingat di mana juri-juri memberikan komen yang cukup pedas buat mereka. Malah juri juga mengatakan mereka merupakan grup yang paling lemah ketika itu.
Mengambil teguran itu sebagai pemangkin semangat Haneesya memperbaiki dirinya dan tidak menoleh ke belakang lagi. Persembahan yang konsisten setiap minggu dan penyampaian yang bersahaja pada malam final telah memberikan julah markah yang menyaksikannya merangkul juara.
KRITIKAN NETIZEN
Di sebalik setiap kejayaan pasti akan ada cabaran. Begitu juga dengan Haneesya yang sebelum ini pernah dikritik oleh netizen kerana mereka menganggap dia sering ‘play victim’ dengan warna kulitnya yang gelap. Malah ada yang mengatakan Haneesya seorang yang ‘full of herself’ di media sosial.
Menjawab tentang perkara itu, Haneesya berkata dia bercakap netizen cuba berada dalam situasi dirinya yang telah berdepan dengan pelbagai kritikan dan tohmahan disebabkan warna kulitnya.
“First of all saya minta sangat-sangat agar sesiapa yang baca apa juga posting saya dengan hati terbuka. Saya bukan nak raih simpati tapi anggaplah ia sebagai satu bentuk awareness. It’s not okay untuk kutuk orang lain hanya disebabkan mereka berbeza daripada orang lain. Ada yang suruh saya berhenti bercakap tentang warna kulit gelap kerana ingat saya nak raih simpati. Itu bukan niat saya dan jauh sekali,” tambah Haneesya.
Ramai yang seakan lupa Haneesya baru sahaja berusia 18 tahun dan sangat muda. Kadangkala ada yang menghamburkan kritikan tidak memikirkan perkara tersebut.
Jelas Haneesya lagi dia akan cuba yang sebaik mungkin untuk membawa title DEWI REMAJA. Deangan menjadikan Neelofa dan Scha Alyahya sebagai bekas juara yang telah berjaya, Haneesya berkata dia akan cuba menjadi sebaik mereka. Namun dalam masa yang sama masih jadi diri sendiri dan bangga dengan diri sendiri.
Antara misinya untuk membuktikan orang berkulit gelap juga mampu menjadi juara kini telah tercapai. Sekali lagi tahniah kepada Haneesya dari team MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.