Setiap tahun bila tiba hari raya baju raya adalah satu kemestian. Tidak kurangnya kaum lelaki, turut tempias untuk mendapatkan suatu yang baru untuk di pakai di pagi Syawal. Namun di sebalik keghairahan ini, pasti ada yang terkena calitan kritikan netizen terutama para pereka fesyen yang mengeluarkan koleksi terbaharu mereka di pasaran.

Terkini, limpahan kata kesat mengenai rekaan pereka Amir Kadir menjadi bualan hangat netizen di media sosial, melabelkan rekaannya persis pakaian renang kerana dilihat terlalu ketat pada badan model yang menyarungkan rekaan tersebut, dilihat salah di mata netizen.

Baju Raya SwimSuit? Ini Penjelasan Pereka Fesyen Amir Kadir

INI LUAHAN PEREKA FESYEN TERBABIT MENGENAI REKAANNYA YANG DISALAH ERTI OLEH RAMAI NETIZEN.

 

IKLAN

1.AMIR SUDAH BERTAPAK LAMA DI DALAM INDUSTRI FESYEN TEMPATAN DAN TIDAK AKAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MEMBURUKKAN NAMANYA, TAMBAHAN DIA TAHU APA ITU NILAI ESTETIKA BUDAYA PADA BAJU MELAYU ITU SENDIRI.

Baju Raya SwimSuit? Ini Penjelasan Pereka Fesyen Amir Kadir

 

IKLAN

2.BAJU YANG DISARUNGKAN ITU JUGA ADALAH ‘LONGGAR’ NAMUN DISEBABKAN BADAN MODEL LELAKI TERSEBUT YANG TERLALU KEKAR MEMBUATKAN BAJU ITU TAMPAK KETAT.

Baju Raya SwimSuit? Ini Penjelasan Pereka Fesyen Amir Kadir

IKLAN

 

“Kes Baju Melayu VIRAL ciptaan Amir Kadir menjadi bualan di segenap pelusuk netizen di media sosial semenjak kelmarin termasuk Twitter , FB dll malahan di tag ke seluruh Malaysia malahan khabarnya telah di tag ke fb dan twitter teman teman yg berada di seluruh dunia. Saya mendapat respon dari beberapa teman yg berada di Hong Kong , Saudi Arabia, Kuwait , Amerika dll. Saya Amir Kadir sendiri ingin menjelaskan baju tersebut bukanlah sesendat yang saya reka dan sengaja memperlekehkan budaya Melayu sendiri, pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian perkara ini terjadi ketika sessi pengambaran yg menggunakan khidmat salah seorang model yg sado dan saiz yg agak kecil utk beliau serta effect nya kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yg agak berlainan sedangkan jika di lihat pada gambar dimana 2 model yg berlainan effectnya adalah normal . Saya tidak rasa satu perkara yg agak drastik dari mata semua jika kita membandingkan effect pd gambar yg jadi bualan netizen semua dan yg satu lagi. Di harap penjelasan saya telah melegakan hati para netizen semua tentang keadaan sebenar . Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yg negatif uols tanpa usul periksa terlebih dahulu… anyway selamat berpuasa dan gunakan bulan yg mulia ini dengan amalan yg lebih berfaedah…”

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI