Baju Melayu sememangnya menjadi tradisi zaman berzaman dari dulu sehinggalah sekarang. Ia melambangkan semangat Melayu dalam diri bangsanya. Bak kata Hang Tuah ‘tak kan hilang Melayu di dunia’. Zaman sekarang ni, kalau nak cakap pasal Baju Melayu, pelbagai fesyen dan corak yang diubahsuai mengikut keselesaan dan trend masa kini. Namun, masih ada lagi segelintir pihak yang masih tidak gemar akan perubahan arus zaman dan masih tegar meminati rekaan Baju Melayu lama.
HANYA ADA 2 REKAAN SAHAJA
Baju Melayu tak perlu labuci sana sini. Rekaannya yang simple membuatkan si pemakai berasa sungguh kacak. Anda tentu sudah fasih dengan rekaan Baju Melayu antaranya Cekak Musang, Teluk Belanga atau nama lainnya Baju Melayu Johor. Tidak seperti wanita, Baju Melayu tidak boleh diubahsuai, tambah lace dan sebagainya. Jadi senang untuk lelaki yang malas nak fikir design macam mana untuk raya tahun ni.
HANYA LELAKI FAHAM BAJU MELAYU
Wanita tidak pernah faham dengan Baju Melayu terutamanya samping! Ini kerana wanita tidak memakai samping, jadi mereka tidak tahu bagaimana untuk memakainya. Anda selalu tengokkan, hanya lelaki saja, yang boleh betulkan samping sesama sendiri. Wanita hanya perlu menyediakan butang Baju Melayu saja. Itupun mengikut cita rasa lelaki. Walaupun mempunyai isteri seorang fashion designer, namun bab butang Baju Melayu, anda punya cita rasa tersendiri.
SENANG CARI
Pergilah mana saja, bersepah orang jual Baju Melayu. Tambahan pula musim raya nak dekat ni, tak kiralah jenis Baju Melayu macam mana pun, pasti jumpa. Kerana itu, lelaki biasanya tidak teruja untuk mencari Baju Melayu awal-awal. Nak- nak Jalan TAR, kalau anda nak murah, pergi malam raya, ketika itu harga runtuh sehingga 70%.
SEDONDON
Bagi bapa-bapa semua, Baju Melayu hanya perlu dipakai ketika ingin menunaikan solat sunat Hari Raya. Kerana itu, anda hanya akan tengok mereka menukar Baju Melayu 2-3 tahun sekali. Namun peredaran masa sekarang ni, lebih kepada sedondon. Wajib bagi sesebuah keluarga itu memakai warna yang sama di pagi raya. Boleh lah muat naik di laman sosial. Apa warna sedondon anda tahun ni?
Ads
FALSAFAH BAJU MELAYU
Penciptaan Baju Melayu mempunyai falsafah tersendiri. Tiga poket dan lima butang pada Baju Melayu bukan direka saja-saja. Ada falsafah yang tersirat.Butang lima pada Baju Cekak Musang merujuk kepada lima rukun Islam dengan dua butang di atas membawa maksud mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu. Tiga lagi merujuk kepada berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Jika pemakainya membuang salah satu butang, falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam itu tidak tercapai.Bagi Baju Melayu Teluk Belanga pula, dipercayai bahawa satu butang pada Baju Melayu Teluk Belanga membawa maksud Tuhan Yang Esa. Tiga poket pada baju Melayu, satu di dada kiri dan dua di bawah juga ada falsafahnya. Tiga poket itu dikatakan merujuk kepada iman, Islam dan ehsan.
RAHSIA SAMPING
Dari sumber yang sama juga mengklasifikasikan lelaki yang sudah berkahwin mesti memakai samping di bawah lutut manakala orang bujang sampingnya mesti atas lutut. Selain dipakai di bawah dan atas lutut, cara ikatan samping juga ada maksudnya. Contohnya, kerabat diraja mengikat kepala Samping di sebelah kanan. Golongan bangsawan sebelah kiri. Rakyat biasa di tengah-tengah dan yang paling penting, sebaik-baiknya pemakai Baju Melayu juga seeloknya berperangai seperti yang terkandung dalam falsafah tersebut. Anak bujang jangan main belasah ye, takut mak cik-mak cik tak nak buat menantu.
BAJU RAYA MYDIN KAN ADA!
Baju Melayu biru muda dengan perincian kemas pada poket menjadikan ia satu kombinasi klasik yang sangat ikonik.
Ads
Baju Melayu Mikhail : RM 59.90
Samping : RM39.90
Tona hitam sekata pada jubah ini membiaskan skema gaya santai buat padanan musim perayaan.
Jubah Mikhail : RM 59.90
Tidak pernah lapuk, legasi Baju Melayu ini turun temurun dipersembahkan dengan gaya berbeza namun tetap memikat.
Ads
Baju Melayu Mikhail : RM 59.90
Kain Samping Merah : RM39.90
Kain Samping Biru : RM 19.90
Memberi fokus pada potongan, ia tidak mengehadkan lelaki untuk memiliki Baju Melayu Mikhail Slim Fit di musim Syawal ini. Tiada batasan gaya moden juga klasikal.
Baju Melayu Mikhail Slim Fit : RM 69.90
Kain Samping: RM 39.90
Mementingkan keselesaan lelaki, Kurta Mikhail adalah sentuhan praktikal buat anda yang mahukan gaya lebih ringkas namun eksklusif.
Kurta Mikhail: RM 39.90
APA LAGI JOM BERAYA DAN BERGAYA DENGAN SELEKSI BAJU RAYA, KURTA DAN JUBAH DARI MYDIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terbaru, Sir Azri, atau lebih dikenali sebagai blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang terkenal dengan kelantangan bersuara menawarkan diri sebagai calon exco Pemuda Umno. Dia yang merupakan ahli Umno Wangsa Maju, membuat pengumuman itu dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.
Ahli Umno berusia 35 tahun itu mencuri tumpuan apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah ke atasnya pada 2013.
Selain itu, beliau juga pernah terlibat dengan kontroversi melibatkan jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman dan memperjuangkan usahanya untuk membasmi golongan ‘kunyit’ atau transgender.
Disebalik perjuangan murninya untuk membetulkan akhlak anak muda supaya tidak terpengaruh menjadi golongan transgender, beliau terpalit dengan kontroversi skandal dengan seorang jurusolek terkenal dari Kota Kinabalu, Sabah yang lebih dikenali sebagai Hertonnye Linggom (Tonn) di sosial media. Mereka berdua pernah berbual mesra melalui video call sebelum ini.
Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Wan Muhammad Azri pada mulanya bercadang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan bagi menentang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau walau bagaimanapun, akhirnya menarik diri selepas BN memutuskan kerusi Pandan ditandingi oleh calon MCA, Leong Kok Wee.
Pemuda Umno dijadualkan mengadakan pemilihannya pada 23 Jun, bersama dengan sayap Puteri dan Wanita.
Sumber : Facebook Sir Azri
Via : Malaysiakini
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan meluas peranti seperti telefon pintar, tab dan komputer peribadi di kalangan pengguna di negara kita merupakan satu perkembangan sihat dalam industri teknologi maklumat.
Dengan penggunaan meluas ini juga membuatkan ramai pengguna semakin terdedah dengan peranti-peranti tiruan atau yang tidak mendapat pengesahan daripada badan berwajib.
Semalam sebuah kenyataan media daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dimuat naik di Twitter berkenaan hal ini.
SKMM menyeru orang ramai untuk lebih berhati-hati dan beringat sebelum menggunakan atau membeli mana-mana peranti di pasaran. Menurut SKMM penggunaan peranti tanpa pengesahan berlaku semakin berleluasa.
“Konsumer mungkin masih tidak sedar bahawa semua peranti dan peralatan komunikasi yang dibeli perlu diperakui oleh SIRIM bagi membolehkannya digunakan di Malaysia, mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan negara termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000”.
Guna peranti yang mempunyai pengesahan sahaja!
Di bawah akta CMA mana-mana individu yang didapati menggunakan peranti yang boleh menggangu fungsi alat komunikasi lain boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jelas SKMM penggunaan peranti telekomunikasi tanpa pengesahan telah menyebabkan kes gangguan frekuensi semakin meningkat. Sejak dua tahun lalu SKMM mendapati bahawa laporan dan aduan orang ramai telah meningkat.
“Peranti dan peralatan yang memaparkan label luar negara seperti CE atau FCC berkemungkinan tidak boleh digunakan di Malaysia dalam frekuensi yang sama untuk beroperasi di negara asal jika frekuensi tersebut telah diperuntukkan kepada kegunaan lain”.
Sebagai contoh penggunaaan peranti tersebut boleh mengganggu kelancaran perkhidmatan selular. Jika anda sangsi periksalah peranti sma ada ia mempunyai pelekat SIRIM. Anda juga boleh memuat naik aplikasi SIRIM Check Your Label untuk memeriksa sama ada peranti anda memiliki pengesahan selamat untuk digunakan di Malaysia atau tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Coach Inc, jenama fesyen terkemuka dari New York telah membuka butik terbaru mereka di Genting Skyavenue. Butik tersebut direka dengan pengayaan mewah dan menyediakan sudut kraf untuk servis kulit dan monogramming.
Butik Coach Genting Skyavenue ini berkeluasan 2,1002 kaki persegi direka khas oleh Pengarah Kreatif Jurulatih Stuart Vevers dengan kerjasama William Sofield, pereka dan presiden Studio Sofield. Menampilkan konsep moden yang mewah bersama kontras barangan mewah. Gaya butik ini juga diinspirasikan dari kota raya New York. Warna kayu-kayuan dan perabot kurun pertengahan menambah lagi eleman elegan dan aura sofistikated.
Menariknya lagi, bahagian pakaian wanita dan lelaki diasingkan mengikut kategori. Bilik wanita diletakkan bersama pimtu dinding diinspirasikan dari Coach House di New York. Manakala untuk para lelaki dipaparkan skrin AV dengan koleksi terkini Coach dan susunan kasut mengikut musim semasa.
Lokasi : Lot T2A-15 & 16, Level 2 Sky Avenue, Genting Highlands, 69000 Pahang Darul Makmur, Malaysia
Waktu Operasi : 10.00am to 10.00pm
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengantuk ketika memandu, apa kita boleh buat bila rasa mengantuk? Pernah ketika sedang memandu, mata rasa berat sangat? Tiba-tiba terkelip-kelip tak sedar, pandangan sudah kabur, kepala pun mula layu ke tepi.