Setiap lelaki perlu tahu jenis kulit masing-masing. Ia penting bagi memudahkan anda memahami masalah yang timbul pada jenis kulit wajah anda.

Bila sudah mengenali jenis kulit, ia dapat mengelakkan pembaziran duit jika anda tersalah membeli produk muka yang tidak sesuai. Epidermis jenis kulit lelaki mempunyai tekstur yang berbeza namun rejim penjagaan dan cara perapiannya perlulah selari.

Jadi tidak hairan kini lebih ramai lelaki gemar untuk menjaga kulit wajah seiring dengan munculnya pelbagai produk penjagaan kulit wajah khusus untuk lelaki.

Kenali Dulu Jenis Kulit Agar Anda Tak Terbeli Produk Yang Boleh Rosakkan Wajah!

Namun, anda perlu tahu bahawa setiap produk ada spesifikasi tersendiri bergantung kepada jenis kulit. Jadi penting untuk anda kenali jenis kulit sebelum mengaplikasikan apa-apa produk pada wajah.

Oleh itu, jom kenali 5 jenis kulit ini. Jadikan ini sebagai garis panduan untuk membantu anda memahami produk apa yang perlu digunakan untuk masalah kulit anda.

BACA: Pilihan Skrub Muka Bawah RM30 Untuk Singkir Kulit Mati & Elak Pori Tersumbat!

1. Kulit Normal

Kenali Dulu Jenis Kulit Agar Anda Tak Terbeli Produk Yang Boleh Rosakkan Wajah!

Orang jenis kulit normal tidak memiliki sebarang masalah kulit yang dominan. Minyak atau sebum yang ada pada permukaan kulit wajah adalah lebih rendah, malah teksturnya lebih lembut dan liang pori-porinya agak kecil. Ini kerana kadar kandungan air yang diperlukan oleh kulit mencukupi dan menghasilkan kulit wajah yang lebih sihat.

IKLAN

Jenis kulit normal sangat jarang berdepan dengan masalah kulit jerawat, jeragat ataupun bintik hitam. Untuk penjagaan kulit wajah, cuci dengan pembersih sebanyak dua kali sehari dan lakukan rejim-rejim lain seperti memakai serum dan pelembap.

2. Kulit Berminyak

Kenali Dulu Jenis Kulit Agar Anda Tak Terbeli Produk Yang Boleh Rosakkan Wajah!

Jenis kulit berminyak kebanyakannya dialami lelaki sejak usia remaja, malah ia adalah jenis kulit yang paling tidak digemari. Jenis kulit ini akan mengalami wajah berminyak di keseluruhan muka dan menjadikan wajah anda berkilat.

Liang pori-pori terbuka sederhana besar dan ini akan memudahkan minyak dikeluarkan ke permukaan wajah, sekali gus berkumpul pada tekstur kulit. Kesannya akan mendedahkan anda dengan masalah jerawat dan bintik hitam.

Anda yang memiliki jenis kuit berminyak perlu mengatasi masalah ini dengan mengaplikasikan pembersih wajah anti minyak dan pelembap yang berasaskan kandungan air. Kertas anti minyak juga boleh anda gunakan untuk menyerap minyak yang terhasil pada permukaan kulit ketika anda menjalani aktiviti harian di luar.

IKLAN

BACA: Ketahui Punca Kulit Lelaki Cepat Tua. Nak Elak, Buat 10 Minit Regim Penjagaan Muka Ini!

3. Kulit Kering

Kenali Dulu Jenis Kulit Agar Anda Tak Terbeli Produk Yang Boleh Rosakkan Wajah!

Biarpun jenis kulit ini kurang menghasilkan minyak dan sebum, masalah yang anda hadapi adalah kekeringan kulit. Kekeringan yang ketara lebih jelas kelihatan pada bahagian bibir lantas memberi refleks kepada raut wajah yang kusam dan kelihatan kering.

Liang pori-pori ada ketikanya tidak kelihatan langsung. Kulit kering nyata akan memperlihatkan impak kulit mengelupas sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada kulit wajah.

Untuk rejim penjagaan kulit wajah, hindari produk pembersih wajah yang mengandungi banyak bahan kimia khususnya salicylic acid. Carilah pembersih wajah dengan kandungan minyak kelapa dan pelembap daripada bahan aloe vera atau minyak zaitun agar kulit anda tidak terlalu kering.

IKLAN

Elakkan mencuci wajah dengan air panas kerana ia akan menambahkan lagi kekeringan pada kulit anda. Jangan cuci wajah dengan pembersih lebih daripada sekali sehari. Waktu terbaik untuk anda mencuci wajah agar terhindar daripada kekeringan adalah pada waktu malam.

4. Kulit Sensitif

Kenali Dulu Jenis Kulit Agar Anda Tak Terbeli Produk Yang Boleh Rosakkan Wajah!

Jika anda miliki jenis kulit sensitif, cubalah sederhanakan rutin anda dengan produk yang lembut dan mudah. Kemudian, perlahan-lahan selitkan produk yang anda inginkan agar anda tahu dengan tepat jenis produk pembersih yang akan bertindak balas negatif dengan kulit anda.

Jika kulit anda sensitif, kemerahan atau mengelupas, cuba gunakan pelembap dengan bahan yang melegakan kulit. Ini kerana produk yang mengandungi zink oksida bertindak sebagai pelindung matahari yang boleh menenangkan kulit.

BACA: 8 Kesalahan Lelaki Biasa Buat Masa Cuci Muka. Tolong ‘Stop’, Jika Tak Nak Kulit Rosak!

5. Kulit Kombinasi

Kenali Dulu Jenis Kulit Agar Anda Tak Terbeli Produk Yang Boleh Rosakkan Wajah!

Ternyata jenis kulit ini adalah salah satu yang paling mengelirukan. Jenis kulit kombinasi akan menghasilkan tekstur berminyak sekitar hidung dan dagu, manakala mengalami kekeringan pada bahagian pipi.

Penjagaannya juga harus rapi kerana anda perlu mengawal sebahagian kulit yang akan menyebabkan masalah. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah mencari produk pembersih wajah untuk kulit sensitif (tidak berminyak) namun bersihkan bahagian yang berminyak tadi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI