Bagi anda yang sudah biasa mendapatkan khidmat gunting rambut di sesetengah kedai gunting tempatan pastinya tidak sing lagi dengan servis urutan atau ‘letup’ leher dan kepala.
Kebiasaannya dilakukan selepas selesai menggunting rambut tidak dinafikan ia memberikan kesegaran sementara buat anda yang mungkin rasa sedikit mengantuk sepanjang sesi tersebut. Dalam erti kata kata urutan pada bahagian leher dan kepada itu mungkin memberikan kelegaan dan kesegaran buat sementara waktu.
Tapi tahukah anda bahawa amalan tersebut sebenarnya tidak baik dan bahaya?
Terdapat laporan kejadian kecederaan sangat serius pernah berlaku kepada seorang lelaki berusia 54 tahun di India. Memetik perkongsian daripada Public Health Malaysia, kejadian tersebut menyebabkan lelaki tersebut berdepan kesukaran bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.
Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat
Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk” .
Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.
Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.
Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.
Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.
Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.
Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok
Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.
Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.
Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.
Semoga perkongsian yang sangat berguna dari Public Health Malaysia ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Jadi beringatlah bila pergi potong rambut. Beritahu awal-awal tukang gunting yang anda tak mahu kepala dan leher diurut. Dan beritahulah elok-elok, mereka pasti faham.
Semoga perongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jadi ingatlah katakan tidak kepada urutan leher dan kepala dari mereka yang bukan pakar.
Jangan lupa subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini dari kami!
Kredit: Public Health Malaysia