Bahaya Urut Leher Selepas Gunting Rambut, Tulang Tengkuk Boleh Cedera Teruk!

Share

Jika anda biasa gunting rambut di sesetengah kedai gunting, pasti akan perasan yang servis urutan leher dan kepala akan diberikan.

Kebiasaannya urutan ini akan dilakukan oleh tukang gunting rambut di bahagian kepada dan leher anda. Kepala akan dipusing ke kanan dan kiri hingga mengeluarkan bunyi.

BACA: Lelaki Ini Dapat Body Mantap Dengan Sahut Cabaran Senaman ‘One Punch Man’!

Dan bila ini berlaku ia boleh memberikan kepuasan dan kelegaan buat seketika untuk anda.

Tapi adakah perbuatan ini selamat untuk pengguna seperti anda? Bagaimana dengan risiko kecederaan? Adakah ia boleh menyebabkan kecederaan serius?

Sebuah perkongsian menarik telah dilakukan oleh page Public Health Malaysia tentang risiko urutan leher di kedai gunting.

Perkongsian di Facebook trsebut turut mendapat jumlah share dan komen yang sangat tinggi terutamanya di kalangan lelaki. Jom ikuti perkongsian posting tersebut di bawah.


Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk” .

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.

KECEDERAAN SARAF SERIUS

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

RISIKO KECEDERAAN LAIN

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

MANIPULASI KASAR

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.


Semoga perkongsian yang sangat berguna dari Public Health Malaysia ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Jadi beringatlah bila pergi potong rambut. Beritahu awal-awal tukang gunting yang anda tak mahu kepala dan leher diurut. Dan beritahulah elok-elok, mereka pasti faham.

Berikut merupakan perkongsian asal di FB Public Health Malaysia:

Published by
Farizul Izwany