Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain.
Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang
Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.
Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang. Antara simptom awalnya adalah seperti kebas-kebas.
Ads
Sakit Leher
Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.
Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal. Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!
Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.
Ads
Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak
Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut. Jadi anda boleh memilih untuk tidur secara mengiring selepas ini.
Kedutan Pada Wajah
Ads
Kekerapan tidur pada posisi meniarap ini boleh menyebabkan masalah kedutan pada wajah dan punca wajah cepat melalui proses berkedut. Tidur dengan posisi berbaring boleh mengelakkan kulit wajah bersentuhan atau bertindih terlalu lama di atas bantal.
Jerawat
Sarung bantal atau cadar tilam anda boleh memerangkap minyak dari kulit dan ini menyebabkan masalah jerawat. Sebaiknya, cuci cadar dan sarung bantal setiap minggu sekali. Anda akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk tidur. Namun jika anda rasa yang ia agak sukar untuk anda mencucinya setiap minggu, elak meletakkan kulit wajah anda bergeseran dengan sarung bantal yang memerangkap banyak bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda tahu kewujudan sukan Pickeball? Jom kita kenali Pickleball, sukan yang menggabungkan elemen tenis, badminton dan ping pong kini semakin popular dan yang pesat di seluruh dunia.
Dikenali dengan kemudahannya dan permainan yang menarik, pickleball telah menjadi kegemaran bagi orang dari semua peringkat umur.
Kali ini MASKULIN ingin mengajak anda kenali Pickleball dengan lebih dekat. Apakah sejarah, peraturan serta bagaimana ia meraih populariti. Dan apakah badan pentadbir pickleball, serta sebab-sebab di sebalik lonjakan popularitinya baru-baru ini.
Sejarah Pickleball
Pickleball dicipta pada tahun 1965 di Pulau Bainbridge, Washington, oleh Joel Pritchard, Bill Bell, dan Barney McCallum. Ceritanya bermula apabila mereka mencipta permainan ini sebagai satu cara untuk menghiburkan keluarga mereka pada suatu petang musim panas.
Menggunakan peralatan yang diubahsuai—bola plastik berlubang, dayung kayu, dan jaring badminton—mereka mencipta permainan yang segera menarik perhatian semua yang terlibat.
Asal-usul nama “pickleball” agak diperdebatkan. Satu cerita popular ialah permainan ini dinamakan sempena anjing Pritchard, Pickles, yang akan mengejar bola tersebut.
Teori lain ialah nama tersebut diambil daripada “bot jeruk,” istilah dalam sukan mendayung yang merujuk kepada kru yang terdiri daripada pendayung sisa dari pasukan lain, melambangkan campuran elemen dari sukan yang berbeza dalam pickleball.
Peraturan Pickleball
Pickleball dimainkan sama ada sebagai perseorangan (seorang pemain setiap sisi) atau beregu (dua pemain setiap sisi).
Permainan ini biasanya dimainkan di atas gelanggang sebesar gelanggang badminton dengan jaring yang diubah suai sedikit. Peraturan asas adalah seperti berikut:
Servis: Permainan dimulakan dengan servis bawah tangan, yang mesti dilakukan secara serong ke seberang gelanggang dan mendarat dalam gelanggang servis lawan.
Volly: Pemain boleh memukul bola di udara tanpa membiarkannya melantun, tetapi tidak dalam zon non-volly (sering disebut sebagai “dapur”), kawasan tujuh kaki di kedua-dua sisi jaring.
Peraturan Dua Lantun: Selepas servis, pasukan penerima mesti membiarkan bola melantun sekali sebelum memulangkannya, dan kemudian pasukan servis juga mesti membiarkan bola melantun sekali sebelum bermain bola. Selepas dua lantunan ini, bola boleh di-volly atau dimainkan selepas lantunan.
Penilaian: Mata hanya boleh diperoleh oleh pasukan yang melakukan servis. Permainan biasanya dimainkan hingga 11 mata, dan pasukan mesti menang dengan sekurang-kurangnya dua mata.
Populariti Pickleball
Pertumbuhan pickleball sangat pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut Persatuan Industri Sukan & Kecergasan (SFIA), pickleball adalah salah satu sukan yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat.
Ia menyaksikan lebih daripada 4.8 juta pemain pada tahun 2021, peningkatan hampir 40% sejak 2019.
Populariti ini merebak secara antarabangsa, dengan komuniti pickleball terbentuk di Kanada, Eropah, dan Asia.
Kemudahan: Sukan ini mudah dipelajari dan boleh dimainkan oleh orang dari semua peringkat umur dan tahap kemahiran. Saiz gelanggang yang lebih kecil dan kelajuan bola yang lebih perlahan menjadikannya kurang memenatkan berbanding tenis.
Aspek Sosial: Pickleball sering dimainkan dalam beregu, mewujudkan suasana sosial yang menarik pemain yang mencari senaman dan komuniti.
Keterjangkauan: Peralatan yang diperlukan untuk bermain pickleball agak murah, dan banyak taman awam dan pusat rekreasi menambah gelanggang pickleball.
Faedah Kesihatan: Kenali Pickleball sukan yang tawarkan senaman kardiovaskular baik dengan kurang tekanan pada sendi berbanding sukan berimpak tinggi, menjadikannya sangat menarik bagi orang dewasa yang lebih tua.
BADAN PENTADBIR
Badan pentadbir pickleball di Amerika Syarikat ialah USA Pickleball (USAP), yang dahulunya dikenali sebagai USA Pickleball Association (USAPA).
Manakala di peringkat antarabangsa, Persekutuan Antarabangsa Pickleball (IFP) berfungsi sebagai badan pentadbir global.
IFP berusaha untuk menyatukan sukan ini di seluruh negara yang berbeza, menyokong pembentukan badan pentadbir nasional dan menyeragamkan peraturan dan peraturan.
Negara anggota di bawah IFP termasuk Kanada, Sepanyol, India, dan Jepun, antara lain, menunjukkan daya tarik sukan ini yang luas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila sakit kepala menyerang semua kerja tak jalan. Segalanya jadi serba tak kena. Rasa sakit yang berpusing-pusing dan berdenyut-denyut.
Waktu sakit kepala inilah kita nak makan ubat untuk meredakannya. Sebenarnya tak elok jika anda sering bergantung kepada ubat-ubatan, takut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Nak hilangkan sakit kepala dengan berkesan dan cepat? Anda boleh lakukan teknik akutekanan (acupressure) iaitu cara saintifik yang boleh meredakan sakit kepala.
Teknik ini merupakan cara urutan yang telah disahkan oleh beberapa pakar dan turut disokong oleh kajian saintifik. Urutan ini adalah satu cara lain bagi akupuntur dan refleksoterapi tetapi ia tidak memerlukan pengetahuan perubatan yang khusus.
1. Duduk dalam keadaan yang selesa dan tenang. Pastikan posisi kedudukan tidak menyukarkan anda untuk melakukan urutan ini.
2. Urutan ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu dari 30 saat hingga 1 minit secara purata.
3. Urut pada satu titik dengan tekanan yang lembut atau dalam pergerakan membulat.
Kebiasaannya, sakit kepala akan hilang ketika diurut atau selang 5 hingga 10 minit selepas melakukan urutan.
Terdapat 6 titik utama untuk menghilangkan sakit kepala
1. Titik Yintang
Titik mata tiga atau Yintang terletak di antara kedua-dua kening sejajar dengan laluan hidung melintasi dahi. Titik ini boleh menghilangkan keletihan pada mata.
Titik semetri ini terletak di dalam kawasan kening. Dengan mengurut di bahagian ini, anda dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 60 saat dengan pergerakan secara membulat.
3. Titik YingXiang
Titik ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung yang sebaris dengan mata. Untuk mencari titik ini, rasakan lekuk di bawah tulang pipi. Ia dapat membantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala, sakit gigi dan melegakan stres.
Titik ini terletak di belakang kepala di bahagian tengah antara telinga dan permulaan tulang belakang. Urutan pada bahagaian ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk dan migrain.
5. Titik Shuai Gu
Titik Shuai Gu terletak 2cm hingga 3cm daripada permulaan garisan rambut anda. Rasakan lekuk kecil di titik ini. Urutan pada titik ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan menghilangkan keletihan pada mata.
Titik simetri ini terletak di belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Mengurut pada bahagian ini dapat melegakan sakit belakang, sakit gigi dan tekanan pada otot leher.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Buah epal adalah salah satu buah yang popular di dunia. (dan sedap). Buah ini dari pokok epal (Malus domestica), yang berasal dari Asia, dan ditanam di seluruh dunia. Epal, jangan cakaplah, memang kaya dengan serat, vitamin C dan pelbagai jenis antioksida. Pada masa yang sama buah epal ini tidak banyak kadar kalorinya. Sudah banyak kajian yang menyatakan bahawa pemakanan buah epal boleh memberikan kebaikan kepada tubuh badan, terutama dalam aspek kesihatan.
Ianya sedap untuk dimakan dan biasanya dimakan begitu sahaja, tetapi ada juga yang menggunakannya dalam resepi masakan, jadikan jus dan smoothie. Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa khasiat epal kepada badan, terutama pada kesihatan dan kandungan bahan.
Kandungan Buah Epal
Berikut adalah kandungan bahan yang terdapat di dalam buah epal.
Karbohidrat Di Dalam Epal
Epal mengandungi banyak karbohidrat dan air, yang merangkumi gula seperti fruktosa, sukrosa dan glukosa. Walaupun buah ini mempunyai kadar gula yang tinggi, namun mempunyai index glisemik yang rendah, dalam lingkungan 29-45.
Index glisemik merujuk kepada ukuran sejauh mana sesuatu makanan tersebut meningkatkan kadar gula dalam darah selepas makan. Semakin rendah nilai index, semakin baik untuk kesihatan.
Buah-buahan biasanya mempunyai index glisemik yang rendah, disebabkan oleh kandungan serat dan poliphenol yang tinggi, boleh melambatkan proses pencernaan karbohidrat.
Serat
Epal sangat kaya dengan serat. Satu sajian buah epal mengandungi sebanyak 4 gram serat, sekitar 17% daripada jumlah yang disarankan. Sebahagian serat yang terdapat di dalam buah epal adalah boleh tidak boleh larut dan boleh larut yang dikenali sebagai pektin.
Serat boleh memudahkan anda rasa kenyang dan secara tidak langsung membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Pada masa yang sama menurunkan kadar gula dalam darah dan membantu sistem pencernaan.
Vitamin dan Mineral
Selain daripada itu, buah epal juga mempunyai vitamin dan mineral, tetapi tidaklah banyak. Namun, boleh dijadikan sebagai sumber vitamin C yang baik.
Juga dikenali sebagai asid askobik, vitamin c adalah satu antioksida yang biasa dijumpai dalam buah-buahan. Ia merupakan satu nutrisi yang memainkan peranan dalam sistem badan.
Selain daripada itu, epal juga mengandungi kadar potasium yang sangat baik. Ia memainkan peranan dalam menjamin kesihatan jantung.
Bahan Yang Lain
Selain di atas, buah epal turut mempunyai beberapa jenis antioksida yang lain, antaranya adalah:
Quercetin
Satu jenis nutrisi yang terdapat dalam beberapa jenis tumbuhan, terbukti mempunyai anti-keradangan, anti-virus, anti-kanser dan boleh Serat boleh memudahkan anda rasa kenyang.
Catechin
Sejenis antiksoda semula jadi, yang biasa didapati dalamSerat boleh memudahkan anda rasa kenyang. Terbukti boleh meningkatkan daya fikiran dan fungsi otot.
Chlorogenic Acid
Biasa didapati di dalam kopi, terbukti boleh mengurangkan gula dalam darah dan membantu mengurangkan berat badan (berdasarkan beberapa kajian).
Khasiat Epal Kepada Kesihatan
Pernah dengar pepatah “An apple a day keeps the doctors away”? – antara sebab kenapa pepatah ini menggunakan buah epal adalah sebab ianya memang mengandungi banyak khasiat dan manfaat kepada badan. Antaranya adalah:
Mengawal Gula Dalam Darah dan Penyakit Kencing Manis
Terdapat beberapa bukti yang menyatakan bahawa makan buah epal boleh mengurangkan gula dalam darah dan melindungi daripada mendapat penyakit kencing manis. Perkara ini tidak dinafikan kerana epal mengandung banyak serat, yang boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.
Sesetengah antioksida yang terdapat di dalam epal boleh melambatkan proses pencernaan gula, agar ia diserap dengan lebih lambat.
Dalam satu kajian ke atas 38,018 wanita, mendapati bahawa dengan makan 1 epal atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko mendapat kencing manis tahap 2 sebanyak 28%.
Kolestrol Darah dan Masalah Jantung
Beberapa kajian telah mengkaji kesan epal ke atas risiko mendapat masalah jantung. Satu kajian, yang dilakukan pada hamster, mendapati bahawa epal boleh Serat boleh memudahkan anda rasa kenyang dan membawa kepada penurunan perbentukan plak di dalam arteri.
Sekiranya uji kaji ini dijalankan pada manusia, kita boleh lihat kesannya pada penurunan kesan masalah jantung (sakit jantung dan strok). Dalam satu kajian di Finland menunjukkan bahawa risiko kepada masalah jantung boleh diturunkan sebanyak 43% bagi wanita dan 19% bagi lelaki, yang mengambil 54 gram epal setiap hari.
Kanser
Beberapa kajian di makmal menunjukkan bahawa buah epal mempunyai sifat anti-kanser yang berkesan. Terdapat kajian yang dijalankan ke atas haiwan menunjukkan bahawa phytonutrients di dalam buah epal boleh melawan kanser, terutama kanser paru-paru dan usus.
Kajian lain mendapati bahawa epal boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 20% dan kanser payu dara sebanyak 18%.
Menurunkan Berat
Buah epal boleh mengurangkan berat badan, sekiranya diamalkan. Hal ini kerana buah epal tinggi dalam serat dan rendah dalam energy density. Kedua-dua sifat ini telah terbukti boleh mengurangkan pengambilan kalori dan boleh membantu anda mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang lama.
Di dalam satu kajian ke atas wanita, mereka diarahkan untuk makan 300g epal setiap hari, dan puratanya mereka mengalami penurunan sebanyak 1.3Kg dalam tempoh 12 minggu. Oleh itu, sekiranya anda ingin mula berdiet atau mengurangkan berat badan, masukkan epal ke dalam diet harian anda.
Kesimpulan
Khasiat epal tidak boleh dinafikan. Pada masa yang sama, buah epal ini adalah buah yang menyihatkan, sedap dan popular di dunia. Walaupun ianya tidak mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang banyak, buah epal adalah sumber serat dan antioksida yang sangat baik. Pengambilan buah epal setiap hari boleh mengurangkan risiko mendapat masalah jantung, mengurangkan risiko kanser dan kencing manis.
Sekiranya anda ingi mengamalakn budaya sihat, maka tidak boleh lari daripada buah epal. Harap artikel ini membantu anda. Silalah kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga.
sumber: panduansaya.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.