butang ‘snooze’
butang ‘snooze’

Penggera atau alarm merupakan alat yang sangat berguna untuk memastikan kita bangun pada waktu yang ditetapkan. Namun, ramai di antara kita cenderung untuk menekan butang ‘snooze’ pada alarm apabila ia berbunyi.

Walaupun nampak seperti perkara yang remeh, tindakan ini sebenarnya boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita, terutama dari segi kualiti tidur dan kesejahteraan badan.

Bahaya ‘Snooze Alarm’, Buat Tidur Tak Nyenyak & Beri Kesan Buruk Terhadap Badan
butang ‘snooze’

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@drrizalabubakar), doktor ini menjelaskan bahawa satu kajian membuktikan individu yang kerap menekan butang ‘snooze’ boleh menerima implikasi buruk untuk tubuh badan mereka. Tapi, bagaimana perbuatan ini memberi kesan buruk?

Untuk pengetahuan anda, tempoh 10 minit pada setiap ‘snooze’ akan mengganggu satu kitaran tidur seseorang yang sepatutnya perlu dilengkapkan dalam masa 90 minit. Mengejutkan adalah, gangguan kitaran tidur ini juga akan membuatkan produktiviti seseorang terjejas sehingga empat jam pada hari berkenaan.

Bahaya ‘Snooze Alarm’, Buat Tidur Tak Nyenyak & Beri Kesan Buruk Terhadap Badan

Inilah yang menjadi punca badan anda sering berasa lesu walaupun apabila dihitung semula sudah mempunyai waktu tidur yang cukup, malah lebih!

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang baru sedar bahawa tindakan mereka selama ini memberi kesan buruk kepada badan dalam jangka masa panjang.  Malah ramai juga yang bersetuju bahawa produktiviti mereka menurun dan wajah semakin kusam.

Kitaran tidur mempunyai empat peringkat seperti berikut:

Bahaya ‘Snooze Alarm’, Buat Tidur Tak Nyenyak & Beri Kesan Buruk Terhadap Badan
butang ‘snooze’

Bahaya ‘Snooze Alarm’, Buat Tidur Tak Nyenyak & Beri Kesan Buruk Terhadap Badan

Peringkat 1: Ketika anda sedang tidur, peringkat ini bermula dimana anda meletakkan kepala di atas bantal dan menutup mata. Selalunya ini mengambil 15-20 minit. Anda akan masih berjaga dan sedikit bunyi pun akan membangunkan anda.

Peringkat 2: Anda sedang mula hilang kesedaran tetapi masih tidak tidur sepenuhnya. Anda mungkin tidak akan terbangun pada bunyi yang ringan atau pergerakan dalam bilik tetapi sekiranya seseorang menyentuh, anda mungkin akan bangun.

Peringkat 3 & 4: Anda telah masuk ke peringkat tidur mati. Tidak sedar pada peringkat ini, atau secara praktikalnya ‘mati’ seperti yang orang katakan, dan tubuh serta otak anda sedang melakukan kerja membaikpulih pada waktu ini.

Peringkat 5: Ia dikenali sebagai peringkat REM (Rapid Eye Movement) dan inilah peringkat dimana kebanyakkan mimpi berlaku. Pada akhir peringkat kelima, anda akan mula keluar daripada ketidaksedaran kepada kesedaran dan sedia untuk memulakan kitaran tidur daripada peringkat 1 semula.

@drrizalabubakar Tidur, terjaga sebab alarm berbunyi lepas tu tekan butang snooze. Apa berlaku? #drrizalabubakar #drotak #sihat #otak #tidur #tidurnyenyak ♬ original sound – drrizalabubakar

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI