MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan kita ‘tidur’ buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses oleh otak. Tempoh microsleep hanya antara 1 hingga 30 saat dan ia boleh berlaku walaupun ketika mata masih terbuka.
Seringkali pemandu memikirkan dia kebal dan keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk. Ada juga yang berpendapat jika mereka memandu dengan laju, kesan mengantuk akan berkurangan disebabkan ‘adrenaline’ yang meningkatkan upaya ‘fight or flight’. (Fight or flight adalah sitiuasi di mana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang membahayakan diri: lari atau lawan).
Mengelamun
Terhangguk beberapa kali
Mata berkelip perlahan
Hypnic jerk
Tidak dapat mengingat apa yang berlaku beberapa minit lepas
Berhenti dan cari tempat yang selamat untuk parkir kereta anda.
Tidur untuk seketika, tidak perlu lama, lima minit sudah mencukupi.
Berhenti rehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.
Ini pesanan kepada penumpang terutama sekali yang duduk di hadapan. Anda perlu menjadi pembantu kepada pemandu atau peneman yang baik. Janganlah tahu nak berdengkur sahaja ataupun asyik melayan telefon pintar saja.
Berbual dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
Perhatikan cara pemanduan. Jika nampak kenderaan anda dah mula tak tentu arah atau tidak mengikut lorong, TEGUR pemandu. Cadangkan pemandu untuk berehat seketika di stesen minyak atau Hentian Rehat dan Rawat (R&R).
Sesekali jeling-jelinglah pada paparan meter kenderaan. Jika terlalu laju atau ada lampu-lampu amaran yang menyala, TEGUR pemandu, jangan buat ‘dek’ je ye!