Kebanyakan lelaki terlalu ambil mudah untuk membuang air kecil (kencing) termasuk dengan cara berdiri sama ada ‘tembak’ ke mangkuk atau ke dinding.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya cara sedemikian tidak begitu digalakkan dan ia amat ditegah kerana kencing berdiri boleh merisikokan tubuh badan anda :
1. Tidak bersih
Buang air kecil dalam posisi berdiri menyebabkan kesucian diri anda terjejas terutama bagi mereka yang beragama Islam. Apabila buang air kecil secara berdiri, air kencing tersebut tidak keluar habis sebaliknya akan keluar tanpa disedari sewaktu anda bergerak dan biasanya akan terkena pada seluar. Dalam posisi berdiri juga menyebabkan percikan air kencing terkena pakaian anda.
Ads
2. Tidak puas
Dalam posisi buang air kecil sambil berdiri, air kencing sebenarnya tidak keluar sepenuhnya. Ini kerana pundi kencing anda tidak ditekan dengan sempurna untuk mengeluarkan keseluruhan air kencing. Anda akan rasa tidak puas dan kerap ulang balik ke tandas untuk membuang air kecil pula.
Ads
3. Punca penyakit batu karang
Tabiat ini antara lain menjadi punca kepada penyakit batu karang. Air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan membentuk asid yang keras seperti bentuk batu dan akan memenuhi buah pinggang dan saluran punci kencing. Ubah gaya buang air kecil anda sebelum terlambat.
Ads
4. Punca masalah sistem badan
Ketika buang air kecil akan ada gas yang tidak diperlukan oleh tubuh yang akan keluar. Tetapi dalam posisi berdiri, gas ini tidak akan keluar dan akan berkumpul dalam badan. Ia sekali gus akan menyebabkan pelbagai masalah sistem badan.
5. Lemah syahwat
Lemah syahwat adalah masalah yang digeruni oleh lelaki. Anda pastinya tidak mahu tewas ketika di ranjang dengan mudah bukan? Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jangan sesekali amalkan membuang air kecil dalam keadaan berdiri. Mengapa? Ia kerana posisi seperti itu akan menyebabkan otot serta urat saraf di sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan mudah untuk mengawal pemakanan agar perut kekal langsing dan sihat, namun di sebalik itu terdapat pelbagai halangan yang harus ditempuh. Ini adalah di antara 5 situasi dan perkara yang harus anda elakkan. Perut buncit adalah sarang penyakit.
1. Kerap minum air bikarbonat
Ramai orang yang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat. Ia sebenarnya salah kerana kita masih mengambil 10 sudu gula dalam minuman berkenaan, cuma hanya menambah air kosong, tidak akan memberi kesan kepada kandungan gula yang diambil. Kita juga akan terdedah kepada diabetes akibat kandungan gula yang tinggi.
Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori, 30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan mengakibatkan risiko diabetes.
Satu tin air berkarbonat, mengandungi kira-kira 10 sudu gula, hampir dua kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian yang dilaksanakan. Islam menegah kita daripada berlebih-lebihan dalam sebarang perbuatan, termasuk makan dan minum.
2. Makan ketika emosi tidak stabil
Anda mungkin sudah biasa dengan istilah emotional eating, suatu keadaan di mana hasrat untuk makan dikawal oleh emosi yang tidak stabil. Jarang rasanya seseorang itu melampiaskan kemarahan atau emosinya melalui makanan. Bahkan, ketika tidak merasa lapar pun, hasrat untuk makan seringkali muncul saat emosi sedang tidak stabil, termasuklah jika anda baru sahaja berselar seorang ibu. Berdasarkan laporan dari Government Equalities Office, tekanan yang diterima oleh para ibu yang baru melahirkan anak turut mampu memengaruhi pola pemakanan mereka.
Kebanyakan orang merasakan bahawa untuk melupakan stres salah satu caranya adalah dengan makan secara berlebihan. Tanpa disedari, tabiat atau kebiasaan makan seperti ini akan menjadikan seseorang itu untuk makan mengikut emosinya. Mereka merasakan bahawa makanan adalah satu-satunya jalan keluar untuk melupakan marah, sedih atau tertekan.
3. Kekurangan protein
Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh kita. Kesemua sel terbentuk hasil dari nutrien protein yang diambil. Kekurangan protein akan menyebabkan sistem badan dan sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Apa kaitannya perut buncit dengan kekurangan protein? Salah satu sebab perut menjadi buncit akibat pengumpulan bendalir tisu.
Protein juga dapat membantu tubuh mengawal hormon yang boleh meningkatkan nafsu makan. Anda boleh mendapatkan sumber protein dari daging, kerang, daging ayam (tanpa kulit), ikan salmon, dan telur. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah sumber protein yang mencukupi. Jika pengambilan yang berlebihan juga tidak elok. Jadi berpada-padalah. Lebih baik jika sumber protein itu diambil dari bahan organik yang bukan sahaja selamat, malah membantu kehidupan anda yang lebih sihat.
4. Makan larut malam
Makan larut malam menjadi salah satu penyebab perut buncit. Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana ketika kita tidur dengan perut kenyang maka akan berlakunya acid reflux atau gangguan pencernaan kerana posisi tidur tidak dapat bekerja dengan lancar atau membuatkan makanan tersebut dicerna dengan baik.
Jadi, caranya adalah dengan mengelakkan dari mengambil makanan dalam porsi atau kuantiti yang terlalu besar ketika malam. Jangan tidur setelah makan, sebaiknya tunggu antara 1 hingga 3 jam setelah makan.Sekiranya anda berasa lapar ketika lewat malam, sebaik-baiknya cukup dengan menikmati buah-buahan segar daripada mengambil makanan junk food atau makanan yang diproses (cepat saji).
5. Merokok
Amalanyang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan bila duduk lama mengadap komputer boleh menyebabkan kita mengalami sakit leher dan belakang badan.
Rasa lenguh ini jika tidak diatasi segera boleh melarat hingga menjejaskan bahagian bahu, lengan dan ada kalanya membawa kepada sakit kepala. Malah ia juga boleh menjejaskan kerja-kerja harian kita.
Bagi memulihkan kesakitan pada leher dan belakang badan kesan daripada duduk lama mengadap komputer, seorang pengguna Facebook, Noor Hafiza Mohamad berkongsikan 11 teknik regangan yang diajar pegawai fisio terapi kepadanya.
Dengan melakukan teknik regangan ini, sakit leher dan belakang badan yang dialaminya beransur hilang. Jadi kepada anda yang sepanjang hari duduk lama mengadap komputer, bolehlah amalkan teknik regangan yang dikongsikan ini.
Ini Steps Yang Pegawai Fisio Terapi Ajar Buat 11 Teknik Regangan
Alhamdulillah selepas hampir sebulan ulang alik ke klinik buat fisio terapi, sakit leher dan belakang semakin hilang. Dekat ofis dan rumah pun kena rajin buat. Selalunya sakit leher dan belakang datang balik bila kena siapkan laporan kerja atau terlalu sibuk siapkan kertas kerja ?.
Kita tidak boleh duduk statik lebih dari 30 minit. Setiap 30 minit kita kena buat pergerakan / regangan. Regangan pula dikira dalam detik 14 saat. Tidak boleh terlalu lama. Takut kita paksa urat bekerja lebih dan jadi cepat tua. Kalau terlalu cepat kiraannya nanti kurang berkesan pula.
Teknik 1: Buat regangan ini jika anda duduk sepanjang masa
Teknik 2: Menenangkan minda & bagus untuk pencernaan
Gara-gara badan sudah naik, mana-mana anggota polis di Thailand yang mengalami masalah kegemukan akan dihantar menyertai satu kem mengurangkan berat badan.
Menerusi kem tersebut yang dikenali sebagai ‘Belly Destruction’, program yang berlangsung selama dua minggu itu menyaksikan polis-polis gemuk menjalani beberapa latihan khas.
Kejayaan program rintis
Setiap balai polis di Thailand bersetuju untuk menghantar anggota mereka yang paling gemuk berkampung di Pusat Latihan Polis di Pak Chong.
Lebih-lebih lagi apabila program rintis yang menekankan faktor demikian berjaya menunjukkan hasil yang positif dan bagus untuk anggota polis.
Perlu berbasikal
Difahamkan untuk sesi ini, seramai 200 anggota polis yang gemuk ini bukan sahaja perlu mengamalkan diet kaya protein.
Malah, harus berbasikal setiap masa untuk memastikan berat badan dapat diturunkan sebanyak yang mungkin.
Gambar senaman tular
Walaupun gambar anggota polis di Thailand sewaktu melakukan senaman rutin tersebut tular namun netizen memuji langkah yang diambil.
Ini kerana sebagai anggota polis, tubuh badan yang fit serta aktif sememangnya perlu dikekalkan dari semasa ke semasa.
200kg turun sebanyak 60kg
Kongsi media tempatan, berkesannya program ‘Belly Destruction’ ini adalah apabila ada dalam kalangan anggota polis tersebut yang mempunyai berat badan 200kg berjaya mengurangkan sebanyak 60kg dalam tempoh latihan tersebut.
Walaupun anggota lain berat badan mereka secara purata turun sehingga 20kg, setiap latihan yang dilakukan pasti sangat mencabar!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.