Jangan pandang mudah dengan bahaya kanser tekak. Jika rasa tidak selesa pada tekak berlarutan, mungkin itu antara tanda serangan kanser tekak bermula.
Walaupun kanser tekak ini lebih banyak menyerang lelaki, namun wanita juga tidak boleh mengabaikan risiko kanser tekak ni.
Ikuti perkongsian Muhamad Firdaus Rahim menerusi page hello Doktor untuk mengetahui info lanjut tentang kanser tekak yang lebih ramai menyerang lelaki.
Jadi selepas ini jika ada enam tanda yang dinyatakan ini dan berlaku secara berlarutan, jangan berlengah. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bimbang jika dibiarkan makin serius seterusnya membawa pada kanser tekak.
Kanser Tekak: Lebih 80% Adalah Dalam Kalangan Lelaki
Kanser tekak berbunyi seperti sangat menakutkan dan menyeksakan. Mana tidaknya, fungsi penting seperti bercakap, bernafas, makan dilakukan oleh bahagian badan ini. Jika terjejas, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan semua itu.
Menurut World Cancer Research Fund, kanser tekak mencatatkan hampir 500,000 kes di seluruh dunia pada tahun 2018. Daripada angka tersebut, lebih 80% adalah dalam kalangan lelaki (390,361) manakala baki kurang daripada 20% melibatkan wanita (89,635).
Ads
Apa itu tekak?
Perkataan tekak atau throat dalam bahasa Inggeris ialah satu istilah yang terlalu umum dan tidak jelas. Dalam perubatan, tekak merangkumi dua bahagian utama bermula dari tiub di belakang hidung hingga kerongkong (esofagus) dan trakea. Bahagian tersebut disebut sebagai:
Faring/pharynx (terdiri kepada 3 bahagian; nasopharynx, oropharynx, laryngopharynx)
Laring/larynx
Fungsi utama faring ialah menghubungkan antara mulut dan tiub pemakanan esofagus manakala laring pula berhubung dengan tiub pernafasan trakea dan mengandungi peti suara yang bertanggungjawab menghasilkan suara untuk bercakap.
Lebih separuh daripada kanser tekak berlaku di faring.
Simptom kanser tekak berkait dengan fungsi faring dan laring
Kanser ini cenderung untuk berkembang dengan cepat. Oleh itu, rawatan awal adalah sangat penting demi memastikan pesakit mampu sembuh dan bebas kanser.
Apabila terdapat ketumbuhan pada tekak, fungsinya akan terganggu.
Ads
Simptom yang mungkin berlaku ialah:
1. Perubahan pada suara seperti suara pecah atau serak.
2. Menghadapi masalah untuk menelan atau bernafas.
3. Sakit tekak, batuk, atau sakit telinga yang berlarutan.
4. Sakit kepala.
5. Ketulan pada leher.
6. Berat badan hilang tanpa dirancang.
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas dan ia berlarutan beberapa minggu, jangan berlengah untuk mendapatkan nasihat perubatan di pusat kesihatan berhampiran. Kebanyakan kanser tekak tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Doktor perlu menjalankan beberapa ujian dan pemeriksaan untuk membuat penilaian.
Tetapi jangan pula anda terlalu bimbang jika berlaku mana-mana simptom yang disebutkan. Ia tidak bermakna anda menghidap kanser tekak. Doktor akan melihat kepada sebab-sebab yang lebih kerap berlaku (seperti jangkitan virus atau bakteria) sebelum pergi kepada kanser.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Salah satu cara terbaik untuk membina otot dada menjadi lebih mantap ialah menerusi senaman tekan tubi. Selain itu ia juga mampu menjadikan otot lengan menjadi jauh lebih mantap. Ia juga mudah dilakukan tanpa anda perlu menggunakan sebarang alatan senaman!
Lebih menarik ia senaman ringkas dan boleh dilakukan di mana sahaja. Dengan bantuan senaman tekan tubi membuatkan penampilan anda nampak lebih macho apabila miliki otot dada tegap.
Buat anda yang ingin membina otot dada menjadi lebih perkasa, tegap dan mantap boleh lakukan 5 jenis senaman tekan tubi di bawah!
CLAP PUSH UPS
Gerakan ini bukan sahaja boleh jadikan menjadikan dada nampak bidang, ia juga membantu menambahkan otot lengan. Untuk melakukan gerakan ini, mulai dengan posisi push-ups seperti biasa. Ketika tubuh berada pada posisi push, lakukan ups dengan tekanan kuat ke lantai sehingga tangan terlepas dari lantai, lalu tepukan tangan sebelum kembali pada posisi asal.
WIDE GRIP PUSH UPS
Trik pertama dapatkan otot dada bidang adalah melakukan gerakan wide grip push-ups secara rutin. Gerakan yang memfokuskan latihan pada keseluruhan otot dada ini mampu dilakukan dengan cara memposisikan badan seperti akan melakukan push-ups biasa. Kemudian gerakkan telapak tangan ke arah tepi hingga lebih lebar dari bahu.
SPIDERMAN PUSH UPS
Tidak hanya pada dada bidang, gerakan push-ups ini jika dilakukan secara rutin mampu menjadikan otot perut terbentuk dengan rapi. Posisikan tubuh dalam struktur push-ups seperti biasa. Ketika anda berada pada posisi push, bengkokkan sebelah kaki ke tepi perut sehingga lutut sejajar dengan paha. Lakukan gerakan ini secara rutin dengan 30 kiraan untuk permulaan. Anda boleh lakukan 100 kiraan bagi yang sudah pro.
KNEE PUSH UPS
Jika anda inginkan dada bidang tanpa perlu ke gym, lakukan gerakan push-ups ini secara rutin. Gerakan ini turut membantu pembentukan otot perut. Mulakan dengan gerakan push-ups seperti biasa. Ketika anda berada dalam posisi push, bengkokkan lutut hingga mendekati dada.
SINGLE RAISED PUSH UPS
Terakhir adalah gerakan single leg raised push-ups. Gerakan ini membantu anda membentuk dada dan otot di bahagian atas tubuh dengan baik tanpa perlu ke gym. Cara melakukan gerakan ini sangat mudah. Posisikan tubuh anda seperti anda melakukan push-ups normal. Setelah itu, lakukan push-ups sambil sebelah kaki diangkat ke atas. Lakukan gerakan ini secara rutin setiap hari agar anda mendapatkan otot dada tegap.
Semoga perkongsian teknik senaman tekan tubi atau push ups di atas mampu memberikan lebih variasi dalam rutin harian anda. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wanita memang banyak amalan dan petua untuk tampil sihat. Walaupun nampak mudah tapi kalau amalan wanita ini dibuatkan secara konsisten boleh memberikan impak positif pada kesihatan lelaki.
Jadi lelaki, kalau nak kekal sihat dan postif jangan ambil remeh dengan amalan wanita ini. Oleh itu, jom tiru 4 amalan wanita ini.
1. BERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR
Mengikut kajian oleh Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah berbanding wanita. Tabiat ini memudahkan penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malam untuk mengurangkan minyak dan mengelakkan bakteria daripada menutupi liang pori-pori wajah.
2. TIMBANG BERAT BADAN SECARA KONSISTEN
Menurut kajian oleh Minnesota University pula, individu yang menimbang berat badan secara konsisten lebih banyak menurunkan berat badan berbanding individu yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan dengan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!
3. BAWA GEL ANTI-BAKTERIA
Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk anda atasi penyebaran bakteria. Pastikan anda sentiasa membawa gel anti-bakteria ini setiap masa. Hanya sapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat sebelum ia kering sendiri. Ini antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah untuk lelaki amalkan.
4. MANDI AIR SUAM ATAU AIR PANAS
Bukan mengada-ngada nak mandi guna air panas. Sebenarnya, mandi air suam atau air panas dapat membuka liang pori-pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh. Malah, jika anda mencampurkan air mandian dengan garam laut juga, anda dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit. Jadi pastikan anda amalkan ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara anggota badan yang sering menjadi perhatian para lelaki ialah peha. Silap amalkan senaman bahagian atas sahaja lain pula jadinya.
Maka muncullah istilah chicken leg! Sebenarnya jika anda amalkan senaman yang seimbang ia boleh dielakkan.
Walaupun semakin ramai lebih lebih fokus kepada senaman untuk mendapatkan tegap tapi masih ramai yang mengabaikan otot. Ini kerana ada antara anda beranggapan bahawa otot tangan dan perut lebih penting untuk dibesarkan.
Jom luangkan sedikit masa anda dan ikuti 5 langkah senaman di bawah bagi mendapatkan paha yang pejal dan kuat.
HIGH KNEES
Angkat lutut kiri separas dengan dengan pinggang dan tahan selama 3 saat. Tangan pula diangkat mengikut arah berlawanan dengan lutut yang diangkat.
Ulang untuk kaki yang berlawanan dan lakukan selama 2 minit.
TURNING KICKS
Berdiri dengan hanya menggunakan kaki kiri. Badan dicondongkan sedikit kekiri. Lutut kanan diangkat hingga ke paras pinggang. Tangan kanan pula dibengkokkan dihadapan dada.
Kedudukan posisi badan, kaki dan tangan masih lagi berada dalam posisi yang sama namun kaki kanan diangkat lurus (posisi menendang).
Ulang semula untuk kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 10 tendangan.