Ketahui Punca Cara Rawatan dan Cara Untuk Mengatasi Kaki Kram
Kram kaki adalah berpunca daripada kesakitan pada spasme otot di kaki yang timbul kerana otot mengecut dan menjadi terlalu keras. Daerah yang paling sering mengalami masalah kram adalah otot betis di bawah dan di belakang lutut.
Faktor-faktor Penyebab Kram pada kaki anda :
Apa yang harus dilakukan apabila tiba-tiba mengalami kejang / kram pada kaki:
-Cari tempat duduk / tempat bersandar
-Keluarkan alas kaki / kasut
-Angkat telapak kaki yang sakit ke atas pangkuan
-Jangan membongkok, kerana berjalan bongkok boleh menekan daerah perut
-Perhatikan arah tekanan otot ketika terjadi serangan kejang: bila kejang menyebabkan jemari kaki dalam keadaan menguncup, gunakan tangan anda untuk secara perlahan-lahan menekan jemari kaki kearah atas sehingga membuka kembali.
-Apabila kekejangan telah reda, urut tapak kaki agar aliran darah kembali lancar.
Serangan kekejangan akan menyebabkan penguncupan yang membuat otot menjadi singkat, terapi ke arah berlawanan dengan serangan kekejangan akan membantu membuat otot kembali memanjang, tetapi harus dilakukan dengan perlahan kerana gerakan secara paksa / tiba-tiba boleh berisiko merobek serabut otot itu.
Apa yang sebaiknya dilakukan apabila mengalami kejang / kram betis:
-Akan duduk atau bersandar pada dinding
-Secara perlahan-lahan, luruskan kembali lutut dengan bantuan tangan
-Jika lutut telah kembali lurus, urut betis untuk melancarkan peredaran darah
-Lakukan regangan kaki termasuk telapak kaki
-Meski kejang sudah reda, rehat dulu beberapa minit sebelum kembali aktif
Cara pencegahan kekejangan:
Menjaga keseimbangan cecair tubuh dengan cara banyak minum. Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari, termasuk 1 gelas sebelum tidur. Juga perbanyakan minum sebelum, selama dan sesudah olah raga.
Pengambilan makanan yang kaya kalsium, potasium dan magnesium. Oya, 1-2 pisang sehari dapat mencukupi keperluan potasium kita.
Bila sering mengalami kejang betis ketika tidur, maka perlu melakukan pelemasan otot betis sebelum tidur, tidur dengan posisi yang menghalang otot betis tertekan, usahakan agar jari-jari dan tapak kaki tidak menghadap ke bawah semasa tidur
Elakkan menggunakan kasut dengan tapak tinggi, jika terpaksa menggunakan tapak tinggi dalam masa yang lama, sesekali lepaskan agar jari kaki mempunyai peluang untuk berehat
Pilih kasut yang tak terlalu ketat di bahagian hujungnya, agar jari-jari kaki tidak terlalu tertekan apabila melangkah dan mengakibatkan kurang lancarnya peredaran darah
Lakukan olah raga jari kaki iaitu dengan menggerak-gerakkan jari kaki sambil berdiri / duduk santai
Sering menenggelamkan kaki / jari-jari kaki di air hangat dan mengurut agar aliran darah lancar.
Sumber : Ramenpedas