Bahaya Jemur Pakaian Dalam Rumah, Ini 5 Sebabnya Yang Anda Perlu Tahu!

1342

Apabila tiba musim hujan, ada kalanya pakaian yang dijemur tidak sempat kering dan anda kebiasaannya akan akan cuba menjemurnya di dalam rumah.

Walaupun pada dasarnya ia difikirkan sebagai satu alternatif, tindakan ini sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada diri anda serta penghuni yang lain seperti berikut :

1. Kanser

Apabila baju dibasuh, anda mesti akan guna pewangi kain. Anda perlu tahu bahawa kandungan acetaldehydes dalam bahan pewangi itu adalah tinggi dan ia merupakan penyebab utama kepada penyakit kanser. Amat bahaya jika anda selalu menyedut udara wangi itu jika menjemur pakaian di dalam rumah.

2. Pengaruh alergi

Kalau anda ada masalah kulit, elakkan menjemur pakaian dalam rumah kerana udara yang terperangkap dalam rumah boleh menjadi himpunan bakteria. Perkara ini juga merupakan faktor utama mengapa anda akan mudah mengalami ruam serta masalah pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak apabila anda sudah basuh baju tetapi lupa nak sidai? Dan kemudiannya, bau baju itu akan bertukar menjadi bau busuk? Sebenarnya, bau itu merupakan bau beracun. Udara yang disedut akan beri kesan yang buruk kepada kesihatan anda dalam beberapa jangka waktu tertentu.

4. Asma

Mengeringkan pakaian di dalam satu ruangan tertutup akan menyebabkan pertambahan debu dan perkara ini boleh menyebabkan anda terkena alergi dan asma dalam waktu yang cukup singkat.

5. Melemahkan sistem ketahanan tubuh

Anda akan jadi cepat selsema dan mengalami demam jika selalu jemur pakaian di dalam rumah. Selain faktor debu, udara yang terganggu menyebabkan sistem ketahanan tubuh anda menjadi lemah.