Pinggan mangkuk bercorak oriental yang cantik dan klasik memang mengancam jika semuanya dihiasi ilustrasi mewah membuatkan kita fikir adalah sangat berbaloi untuk memiliki set pinggan mangkuk tersebut pada harga mampu milik.Namun kini ia dijual dengan harga yang cukup murah serendah RM3 hingga RM50, cawan, mangkuk sup, pinggan, piring, pinggan lauk-pauk. Maka, ramailah yang berkenan untuk dijadikan koleksi peribadi.

Bahaya Guna Pinggan Mangkuk Bercorak Pada Kesihatan

Tapi disebalik reka bentuk menarik dan coraknya yang unik, cantik dan tersendiri ada dakwaan menyatakan penggunaan pinggan mangkuk bercorak ini bahaya dan boleh memberi kesan pada kesihatan dalam jangka panjang.

Betul Kah?

Tonton Video Cara Pinggan Seramik Dicetak Menggunakan Mesin & Dakwat Khas

Namun disebalik kemewahan itu, terdapat impak yang khabarnya bisa menjejaskan kesihatan di pengguna kalau terlalu asyik menggunakan pinggan mangkuk viral ini. Kami senaraikan bahaya yang menanti kalau kamu masih berdegil.

IKLAN

Kimia Terkandung Dalam Perwarna Seramik

Mengikut penjelasan Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi, kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya.

Disebabkan sifatnya yang bertoksid, ia kurang sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman. “Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung. “Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan”.

Produk Seramik Bercetak Harus Jalani Proses Pemanasan “Firing”

Apa yang memusykilkan, kebanyakan produk seramik seperti pinggan mangkuk viral ini datang daripada stok yang diimport dari China. Namun, apakah setiap satu pinggan mangkuk itu sudah menjalani proses pemanasan yang dipanggil “firing”?

IKLAN

Bahaya Guna Pinggan Mangkuk Bercorak Pada Kesihatan

Kebanyakan barangan seramik yang dibuat di China tidak menjalani proses firing seperti mana produk-produk seramik buatan Turki…Pinggan mangkuk itu akan selamat adainya setelah siap proses mencetak warna dan corak, ia dibakar dan dipanaskan pada suhu tinggi melebihi 1,000 darjah Celsius. Ini bagi memestikan warna dan corak kekal melekat pada permukaan pinggan dan tidak akan terhakis.

Yang menjadi persoalannya kini, ia akan menjadi serius andai pinggan mangkuk itu tidak dibakar terlebih dahulu -dicetak kemudian dibiar kering menggunakan suhu bilik sahaja sebelum dijual atau dieksport ke luar. Ini bisa menggugat kesihatan pengguna.

Hanya Sesuai Untuk Hiasan

IKLAN

Bahaya Guna Pinggan Mangkuk Bercorak Pada Kesihatan

Mengikut kepada keadaan fizikalnya yang berwarna, adalah lebih baik andai ia cuma dijadikan perhiasan rumah. Elak untuk memanaskan lauk di dalam pinggan mangkuk tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro atau menghidangkan makanan-makanan panas di dalam pinggan yang memiliki permukaan bercat kerana takut kalau-kalau ia memudaratkan kesihatan.

Makanan berasid seperti sos tomato, kicap, buah-buahan berasid turut perlu dielakkan kerana khuatir ia bertindak balas dengan sifat kimia dari bahan cat tadi, lalu menyerap masuk ke tubuh menerusi darah dan merebak ke dalam organ hingga menyebabkan penyakit.

Selamat beramal

 

Sumber : Kosmo

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI