Bahaya Cucuk Bisul Guna Jarum, Tukar Kepada 7 Langkah Yang Lebih Selamat!

Share

Bisul selalunya terjadi bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar.

Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.

Bisul boleh timbul pada mana-mana bahagian tubuh tetapi yang kerap muncul adalah di muka, leher, ketiak, punggung atau paha termasuk kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel.

Namun awas! Bisul ini tidak boleh dipecahkan dengan cara mencucuknya menggunakan jarum kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria.

Cara yang lain, anda boleh buat dengan menggunakan 8 tip ini :

1. Tuam dengan tuala panas

Ambil tuala bersih dan rendamkannya dalam air panas. Kemudian perah dan tuam pada bahagian yang tumbuh bisul di antara lima hingga 10 minit. Lakukan sebanyak tiga atau empat kali sehari. Kaedah tuaman ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.

2. Cuci dengan sabun antibakteria

Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.

3. Sapu krim antibakteria

Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap. Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan  tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.

4. Jaga kebersihan diri

Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.

5. Rawat luka dengan segera

Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.

6. Elak duduk terlalu lama

Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.

7. Jangan kongsi tuala

Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.

Selamat mencuba!

Published by
Akyem Samad