Bayangkan tengah anda menguap atau membuka mulut tiba-tiba mulut yang dibuka itu kaku dan tak boleh di tutup. Memang haru jadi nya. Sudah lah panik tidak boleh tutup, ditambah pula dengan panik sakit itu…
Pernahkah anda rasa seperti ini? Itu tandanya rahang anda terkehel atay lari dari landasannya. Ia terjadi apabila anda menguap besar atau memakan dalam kuantiti yang besar melebihi kemampuan mulut.
Maka benarlah kata orang tua-tua. Tutup mulut masa menguap. Cuba tahan daripada mulut menguap terlalu besar atau buka mulut terlalu besar.
Malah, jika anda mengalami muntah teruk dan prosedur dental juga boleh menyebabkan rahang terkehel. Jika ini terjadi pada anda, segera ke kecemasan. Doktor akan kembalikan rahang anda ke kedudukan asal.
Jika sekali terkena, anda berisiko untuk terkena sekali lagi. Jadi untuk mengurangkan risiko sendi rahang terkeluar dari soket!
Sumber: Public Heath Malaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Penuh Jerawat Di Dahi? Jangan Tekan Nanti Cepat Merebak
JERAWAT DI DAHI
Jerawat di dahi biasanya dikaitkan dengan masalah dalam sistem pencernaan.
Ini mungkin menunjukkan kita mengalami kesulitan dalam menghadam makanan tertentu.
- Ia juga boleh menandakan kita mengalami
- Masalah hati
- Tekanan
- Jadual tidur yang tidak teratur
Dahi adalah salah satu kawasan paling biasa di mana jerawat batu muncul dan menyebabkan rasa tak selesa yang amat sangat.
PUNCA JERAWAT DI DAHI?
Jerawat di kawasan dahi boleh berlaku kerana beberapa sebab, di bawah ini disenaraikan punca tersebut.
1.PRODUK KOSMETIK YANG KURANG SESUAI.
Jerawat di dahi boleh berlaku disebabkan oleh solekan atau syampoo rambut tertentu yang mungkin tidak sesuai dengan kita.
Bahan kimia dari dalam syampu atau losyen tertentu boleh meleleh dari rambut kita semasa digunakan & terkena kulit di kawasan dahi.
Ini akan merengsakan kulit dahi yang sensitif & mengakibatkan pori / liang roma tersummbat yang akhirnya menyebabkan masalah jerawat.
2. KULIT KEPALA BERMINYAK & MASALAH KELEMUMUR.
Kelemumur dan minyak berlebihan di kulit kepada hasil dari peluh boleh menyumbat liang liang roma kulit & menyebabkan jerawat batu. Kelemumur adalah salah satu penyebab paling biasa masalah jerawat dahi. Lelaki dan wanita yang mempunyai kulit kepala berminyak juga terdedah kepada jerawat di dahi, dada atas dan bahagian belakang badan.
3. TERLALU BERLEBIHAN DALAM MENGELUPAS KULIT MATI.
Kita memang di galakkan untuk melakukan proses pengelupasan menggunakan produk skincare seperti toner dan sebagainya. Tetapi biarlah secara sederhana.
Pengelupasan memang akan membantu dalam menghilangkan sel kulit mati dari permukaan kulit yang akan menyumbat liang roma & menyebabkan jerawat batu.Tetapi, jika dilakukan secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat dan kerengsaan pada kulit.
SO, HOW NAK HILANGKAN JERAWAT DI DAHI?
- AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT!
Antara cara terbaik untuk menghilangkan jerawat, kawal apa yang kita makan sebaiknya.
- Pastikan kita sentiasa makan makanan seimbang yang kaya serat. Makanan seperti buah-buahan & sayur-sayuran berdaun hijau bukan saja kaya khasiat, malah sangat baik untuk kesihatan kulit.
- Elakkan makanan yang mempunyai no indeks glisemik tinggi iaitu makanan yang kaya gula. Makanan indeks glisemik tinggi seperti kek, roti putih meningkatkan tahap gula darah dan menggalakkan jerawat
- Pastikan kita minum air kosong secukupnya.
- Kurangkan pengambilan makanan berasid.
- Berhenti merokok.
- Jangan minum minuman beralkohol. Arak itu haram untuk orang Islam.
- Amalkan makan yang kaya serat untuk detoks toksin dalam badan & membantu sistem penghadaman yang lebih sihat.
- REHAT DAN LAKUKAN SENAMAN SECARA BERDISIPLIN.
Rehat dan senaman yang mencukupi merupakan dua cara hidup yang mudah untuk diamalkan jika kita ingin menghilangkan dan mencegah jerawat. Senaman akan mengurangkan tahap hormon kortisol yang menyebabkan tekanan & badan kita akan menghasilkan hormon endorfin yang akan menenangkan fikiran.
- JAGA KEBERSIHAN DIRI.
Islam itu agama kebersihan, bukankah kebersihan itu separuh daripada iman? Kita di galakkan bersugi setiap kali sebelum solat.
Amalan menjaga kebersihan sangat membantu dalam mengelakkan masalah jerawat.
Pastikan kita sentiasa membersihkan kulit dengan baik untuk mengurangkan pembentukan minyak / sebum yang akan menyumbat liang roma kulit kita.
Pembentukan minyak akan cenderung untuk memerangkap bakteria dan menggalakkan pembentukan jerawat. Kita juga boleh kerap mengamalkan produk skincare yang bagus untuk mengelupas (exfoliate) kulit.
Ini akan membantu menghilangkan kulit mati di permukaan kulit yang akan menyebabkan pori tersumbat & menyebabkan jerawat.
- JANGAN SESEKALI TEKAN JERAWAT.
Jangan tekan jerawat kerana ini akan memburukkan lagi pelarian, menyebabkan tanda parut atau jangkitan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Betul Ke Liverpool Terpaksa ‘Mengidam’ Lagi Jika Bertemu Man. United?
Manchester United terus menjadi mimpi ngeri buat Liverpool apabila kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris dijadualkan akan bertemu di stadium Old Trafford, Greater Manchester, England.
Ahad ini juga akan menyaksikan Liverpool mungkin akan berdepan dengan kesukaran untuk mengejar gelaran Juara Liga Perdana Inggeris memandangkan skuad tersebut bagaikan tidak boleh lari bertemu ‘musuh tradisi’.
Man. United memiliki rentak yang baik
Tambahan pula, skuad Man. United di bawah kendalian jurulatih sementara, Ole Gunnar Solskjaer sedang memiliki rentak yang baik dalam setiap permainan.
Situasi ini juga sekali gus menjadi igauan yang sangat meresahkan Liverpool untuk menjulang impian yang telah lama diidam-idamkan.
Man. City mendahului Liverpool
Sekarang, Manchester City mendahului menerusi perbezaan gol berbanding skuad kendalian Juergen Klopp dengan masing-masing mengumpul 65 mata – 14 mata di depan United yang menduduki tangga keempat.
United masih perlu menentang City sekali lagi dalam kempen namun agak mengejutkan, peminat mereka lebih suka kelab itu memusnahkan impian Liverpool.
Aura peminat juga lain macam
Liverpool tidak pernah meraih gelaran liga sejak 1990 manakala United sudah menang 13 kali dalam tempoh berkenaan dan penyokong mereka mahu mengingatkan apa yang terjadi kepada pasukan lawan dari barat laut itu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kerap Marah? Anda Mungkin Mati Lebih Cepat
Isi Kandungan
ToggleKemarahan yang ada di dalam diri menyebabkan fungsi tubuh tidak berjalan dengan sepatutnya. Berikut beberapa implikasi negatif terhadap kesihatan disebabkan seseorang itu marah.
Otak
Amarah anda itu mampu menjadikan anda seorang yang pelupa. Semakin lama semakin sukar untuk anda mengingati memori manis dalam hidup. Ini kerana emosi marah menguasai diri, hormone kortisol dan hormone yang berkaitan dengan stress yang lain akan dirembeskan dalam kadar yang tinggi. Ia mengakibatkan pusat memori anda kian mengecut dan kurang fungsinya.
Jantung
Inilah organ yang paling terjejas dengan emosi anda. Jantung anda akan diberikan tekanan yang hebat setiap kali anda marah dan meningkatkan lagi tekanan darah anda. Kesannya jika tidak dikawal, anda mungkin diserang sakit jantung atau stroke.
Sistem Imunisasi
Rasa Marah juga mewujudkan perasaan ingin melawan dalam diri seterusnya membuatkan hormon ‘epinephrine’ dirembeskan. Rembesan dalam kuantiti yang tinggi akan memberikan tekanan pada sistem imunisasi tubuh membuatkan anda mudah diserang jangkitan dan penyakit.
Mata
Mampu membuatkan penglihatan anda menjadi berganda dan kadang-kadang anda akannampak satu garis cahaya mengganggu anda. Gejala ini juga biasanya akan disertai dengan rasa pening atau migraine. Apabila anda marah, proses tekanan darah ke otak akan menegang dan inilah puncanya.
Gigi
Adakalanya rasa marah mampu membuatkan anda terasa getaran pada gigi. Situasi ini adakalanya berlarutan dan boleh berlaku tanpa anda sedari dalam waktu tidur. Mengetap gigi boleh menyebabkan rahang anda terasa sakit dan lama kelamaan mampu mengakibatkan gigi patah.
Perut
Apabila marah menguasai fikiran, otak juga akan mengeluarkan bahan kimia semula jadi iaitu ‘serotonin’ dan ‘acetylcholine’ yang mampu mengurangkan tekanan darah ke perut anda. Inilah faktor mengapa anda selalu merasa seperti tidak sedap perut setiap kali dilanda tekanan. Adakalanya tekanan yang anda alami juga memungkinkan anda mengalami cirit birit secara tiba-tiba.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI