Kisahnya begini. Seminggu dua ini saya sibuk menguruskan ibu saya yang menghidap penyakit kulit yang dikenali sebagai kayap. Rawatan hospital dapat menyembuhkan penyakit itu dari segi luaran. Namun dalaman tetap sakit sehingga jika ada sesiapa yang menggoreng ikan di dapur, ibu akan berguling-guling kesakitan walaupun kayap hanya tinggal parut sahaja.
Disebabkan keadaan ibu seperti itu, kami adik-beradik bersepakat membawa ibu berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir dalam perubatan alternatif. Dari info yang kami perolehi, sangat sukar untuk membuat janji temu dengan ustaz berkenaan kerana bilangan pesakitnya yang ramai setiap hari.
Dipendekkan cerita, akhirnya kami berjaya membuat temujanji dengan beliau. Kami sampai sekitar jam 8.30 malam tetapi kami hanya mendapat giliran sekitar jam 12 tengah malam. Dalam tempoh menunggu itu, kami melihat pelbagai jenis penyakit yang berusaha dibantu oleh ustaz tersebut kerana rawatan dilakukan betul-betul di ruang tamu rumah.
*Rawatan-rawatan tersebut dilakukan secara percuma. Jika mahu sedekah sekadar seikhlas hati.
Selepas ibu saya mendapat rawatan, ustaz meminta kami membawa ibu berjumpa dengan beliau beberapa kali kerana terdapat beberapa prosedur rawatan yang perlu dijalankan. Demi kesihatan ibu, kami sanggup datang berkali-kali dan menunggu dalam tempoh yang lama sebelum tiba giliran kami.
Kalau diikutkan hati, memang rasa penat menunggu. Namun, rupa-rupanya di sebalik penat itu ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kami semua.
Kepada pembaca yang dikasihi, bayangkan dalam beberapa hari kami tercongok di situ menanti giliran ibu, kami lihat terlalu banyak kes-kes kesakitan yang melibatkan sihir dan yang paling banyak sihir untuk meruntuhkan rumah tangga orang berbanding sihir-sihir lain seperti sihir perniagaan dan sebagainya.
Sepanjang beberapa hari berada di rumah ustaz berkenaan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa terlalu ramai manusia tamak dan jahat sekarang ini. Memang menitik air mata saya menyaksikan kesakitan-kesakitan tersebut.
Ada suami yang sudah terkena nasi kangkang di negara jiran. Kesan nasi kangkang tersebut dibawa balik ke rumah dan terkena pada anak isteri di rumah. Badan anak-anak yang masih kecil habis gatal-gatal dan berdarah-darah kerana digaru tanpa henti. Si isteri pula kurus kering, badan macam lidi. Tetapi apabila mengamuk, habis 4 orang lelaki sasa rebah dengan sekali tepis sahaja.
Kata ustaz, perempuan negara jiran yang bagi makan nasi kangkang itu sangat terdesak mahukan si suami yang nampaknya ‘berada’. Maka sihir yang dikirim melalui si suami bertujuan untuk memusnahkan keluarga itu agar dia dapat memiliki lelaki berkenaan. Mujur si suami cepat tersedar dan berusaha mengubati kembali isteri dan anak-anak mereka.
Ads
Saya juga ada melihat seorang wanita yang gayanya sangat sukses dalam kerjaya. Beliau datang ditemani suami dan keluarganya yang lain. Si suami nampaknya sangat tenang. Tetapi si isteri seolah-olah menahan kesakitan yang amat sakit.
Apabila melihat sesi rawatan, barulah kami faham. Wanita dari seberang juga yang cuba untuk merampas si suami, namun si suami tidak layan. Maka dihantar sihir untuk memusnahkan si isteri yang tidak berdosa.
Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki lumpuh dan kelihatan sangat uzur dipapah masuk ke rumah ustaz. Menurut info yang saya dengar, lelaki itu telah ditolak oleh pihak perubatan kerana gagal menemui sebarang penyakit padanya. Jadi,ahli keluarga bersepakat membawa beliau bertemu dengan ustaz.
Selepas beberap hari merawatnya, ustaz katakan kesakitan lelaki berkenaan kerana ‘dikawal’. Namun ustaz gagal menemui di mana tempat yang dikawal tersebut.
Selepas beberapa kali percubaan dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain, maka mereka menemui jawapan. ‘Kawalan jahat’ itu berada pada tubuh isteri pesakit yang kelihatan segar bugar. Sasaran sebenar adalah suami tetapi sihir jahat itu dihantar kepada isteri.
Ads
Dalam keadaan sedar tak sedar, isteri sendiri yang meracuni suami setiap hari. Akhirnya mereka dapat mengenalpasti bahawa sihir itu dihantar oleh sahabat baik si isteri yang cemburu melihat kebahagian keluarga mereka.
Banyak lagi situasi yang saya saksikan sendiri. Ada juga sihir yang dihantar oleh seorang wanita yang mempunyai suami kepada wanita A kerana berminat dengan suami wanita A berkenaan. Akibatnya, wanita A terlolong-lolong seperti dirasuk, benci suami, jadi separuh gila dan sebagainya.
Ada juga satu kes yang melibatkan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sangat cantik dan digilai lelaki warga asing berusia 18 tahun. Akibatnya gadis berkenaan menjadi separuh gila. Meracau, menyanyi, bercakap seorang diri, memaki hamun sesuka hati dan sebagainya.
Kata si ibu, anak gadisnya yang pemalu itu berubah sikap setelah menerima beberapa pesanan WhatsApp yang sangat pelik ayat-ayatnya.
Yang paling menyedihkan, seorang pegawai polis yang beristeri dua. Isteri pertama warga tempatan dan isteri kedua warga asing. Apabila berlaku pertelingkahan, masing-masing tidak mahu mengalah.
Kata wanita seberang itu, “Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat.”
Ads
Lalu kaedah santau digunakan kepada suami sendiri sehingga pegawai polis berkenaan muntah darah, kaca dan sebagainya. Beberapa hari kemudian,anggota polis berkenaan meninggal dunia.
Banyak lagi cerita yang saya dapat sepanjang 2 minggu berulang alik ke rumah ustaz. Tetapi cukuplah setakat ini yang saya dapat kongsikan.
Cuma pesanan ustaz kepada para pesakit:
-Berhati-hati bila makan. Jangan makan pemberian orang sesuka hati.
-Jangan bagi harapan kepada wanita atau lelaki lain jika kita sudah berkeluarga. Niat kita mungkin untuk suka-suka tetapi apabila ada pihak yang terluka, mesti mereka akan balas dendam kepada isteri/suami dan anak-anak.
-Perempuan dan kanak-kanak lebih mudah terkena sihir kerana sifat mereka yang lemah. Jadi, suami perlu lebih berhati-hati kerana berfoya-foya di luar sehingga membawa pulang musibah kepada isteri dan anak di rumah sama seperti kes nasi kangkang tadi.
-Ramai perempuan yang terdesak sekarang keranan ingin hidup senang. Di pihak isteri, jangan bawa balik sesiapa yang berpotensi menjadi ‘musuh’ ke rumah. Di pihak suami, jangan dekati ‘virus’di luar. Kerana sihir paling banyak berlaku daripada orang-orang yang kita kenali di sekeliling kita.
Dekatkan diri kita dengan Allah. Jangan tinggal solat dan mesti hafal surah-surah tertentu sebagai pendinding seperti surah Al-Falaq.Jadi sama-samalah kita berdoa smeoga diri kita dan keluarga dilindungi dari dunia hingga ke syurga.
Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat. Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia. Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan. Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam. Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya. Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.
Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya. Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini. Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.
Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain.
Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar.
Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar. Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
sumber: akuislam.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun kini berkerja sebagai penghantar barang, tidak pernah sekalipun pelakon Hafidz Roshdi, 29, menganggap kerjaya itu merendahkan martabatnya sebagai artis, demikian lapor Berita Harian.
Sudah hampir dua bulan bekerja sebagai penghantar barang di sebuah syarikat kurier, Hafidz Roshdi mengakui dia lebih tenang meskipun tidak lagi selumayan dulu.
“Saya tak memilih asalkan rezeki halal, tak ada apa yang nak dimalukan daripada tak buat apa-apa langsung.
“Saya rasa seperti budak baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang nak mulakan hidup.
Masih Ada Tawaran Berlakon
Hafidz bagaimanapun tidak menafikan yang masih menerima tawaran berlakon
“Alhamdulillah, walaupun pekerjaan sekarang jauh dari dunia glamor dan pendapatannya tidak selumayan berlakon, tapi saya beroleh ketenangan,” katanya menerusi laporan Berita Harian.
Berkongsi pengalaman hampir dua bulan beralih angin, Hafiz berkata, dia seronok dengan pekerjaan baharu yang kurang tekanan berbanding lakonan.
Buat peminat filem tempatan khususnya dalam genre aksi, nama pengarah muda terkenal Syafiq Yusof pastinya tidak asing lagi. Deretan kejayaan filem terdahulu seperti siri ‘Abang Long Fadil’, ‘KL Sepcial Force’ dan ‘Sheriff: Narko Integriti’ menyaksikan namanya cukup mekar di bibir peminat. Dan terbaru, dia bakal muncul dengan filen terbaru, ‘Blood Brothers: Bara Naga’.
Berdasarkan respon dari treler filemnya yang dikeluarkan baru-baru ini, rata-rata peminat cukup teruja untuk menyaksikan sendiri buah tangan terbaru dari Syafiq Yusof ini.
Tapi sebelum itu, MASKULIN ingin mengajak anda untuk mengetahui 10 perkara menarik tentang ‘Blood Brothers’!
1. ‘Blood Brothers’ merupakan filem arahan bersama pengarah berpengaruh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra
2. Filem aksi ini menggunakan khidmat DEFENDERZ ACTION TEAM sebagai pengarah dan koreografer aksi.
Foto: Cinema Online
3. ‘Blood Brothers’ dikatakan menelan kos sebanyak RM7 juta untuk dihasilkan.
4. Membawa plot konflik dua karakter utama Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad dan Ariff lakonan Syafiq Kyle dengan mesej brotherhood, pengorbanan, kesetiaan serta ketamakan kuasa.
5. ‘Blood Brothers’ merupakan filem yang memunyai durasi selama 2 jam 9 minit.
6. Selain Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle, filem aksi ini turut menampilkan Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly dan Zamarul Hisham.
7. Mengisahkan tentang Ariff (Syafiq Kyle), pengawal peribadi setia dituduh mengkhianati saudara Naga yang telah membelanya. Dalam usaha membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff terpaksa mencari bantuan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Namun, perjalanan Ariff tidak mudah apabila dia menjadi buruan sahabat baiknya sendiri, Ghaz (Sharnaaz Ahmad), yang mengetuai pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu dianggapnya sebagai Blood Brothers.
8. ‘Blood Brothers’ bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 10 April 2025.
Cara berkesan hilangkan bau hapak dalam kereta. Bau hapak dalam kereta boleh mengganggu keselesaan pemanduan dan menjejaskan pengalaman penumpang. Bau ini biasanya berpunca daripada kelembapan, tumpahan makanan, asap rokok, atau barangan yang dibiarkan terlalu lama dalam kereta.