Foto: Newbury Dental Group

Menyesal kemudian hari tiada gunanya. Hasrat ingin kelihatan tampan dan kacak dengan gigi lebih tersusun tapi berakhir dengan kecederaan dan kondisi yang jauh lebih teruk. Ramai masih tidak faham dengan risiko dan bahaya menggunakan aligner gigi palsu.

Penggunaan laman media sosial yang kadangkala sukar dipantau pihak berkuasa menjadi salah satu punca mengapa servis seperti ini ditawarkan berleluasa. Lihat sahaja di Instagram. Dengan menggunakan tanda pagar tertentu senang sahaja kita boleh jumpa orang yang menjual dan mempromosikan aligner gigi palsu ini.

Sedangkan peralatan ini sangat bahaya dan tidak mendapat kelulusan. Apatah lagi orang yang memberikan servis tersebut tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pergigian.

BACA: Makanan Tiada Khasiat Bukan Sahaja Tak Elok Untuk Kesihatan, Malah Boleh Jejaskan Ketampanan Lelaki

IKLAN

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Public Health Malaysia mengenai bahaya penggunaan aligner palsu. Mereka yang arif dalam bidang perubatan ini cukup lantang menyuarakan perkara tersebut kerana sudah ramai yang menjadi mangsa.

MASKULIN tidak ingin anda menjadi salah satu mangsa tersebut. Berikut merupakan kesan jangka masa pendek dan panjang yang boleh berlaku jike menggunakan produk dan servis tiada kepakaran ini.

IKLAN

KESAN AKIBAT PENGGUNAAN ALIGNER GIGI PALSU

  • Tiada satu aligner sesuai untuk semua orang. Aligner yang dibuat di klinik Pergigian dipadankan dengan pesakit
  • Jika anda mempunyai masalah gusi, ianya akan menyebabkan gusi anda semakin teruk dan Gigi akan goyang untuk jangka panjang
  • Aligner yang tidak padan akan menyebabkan iritasi dan ulcer pada mukosa mulut
  • Bahan yang tidak diketahui pada aligner palsu boleh menyebabkan reaksi alergik seperti bibir bengkak

Jika anda seorang yang giginya jarang, tidak tersusun dan sebagainya ingin mahu melakukan rawatan, pergilah berjumpa dan dapatkan rawatan dari doktor gigi yang bertauliah.

IKLAN

Ingat, andai kata ia dijual oleh bukan doktor gigi, SOHEH itu adalah palsu. Tidak kiralah sama ada di Klinik Pergigian ada aligner yang diberikan kepada pesakit, ianya dibuat dan dibentukkan khas untuk pesakit tersebut oleh pakar pergigian.

Jangan disebabkan dan dapati harganya murah seperti RM10, anda kehilangan gigi anda yang ingin digunakan sepanjang hayat.

Ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI