ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu keadaan neurobiologi yang mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Tidak dinafikan ramai yang tidak begitu tahu mengenai penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Penyakit ini dikaitkan dengan kecelaruan minda disebabkan beberapa masalah. Malah lebih membimbangkan rupanya mereka yang menghidap ADHD ini boleh sampai rasa ingin membunuh diri.
Perkongsian lelaki ini menggunaka akauan twitter @aimanomist menceritakan pengalaman didiagnosis ADHD sejak kecil lagi.
Aku membesar macam budak2 biasa. Dari keluarga yang lower middle income. Tapi semua benda serba serbi cukup. Tak susah & tak mewah. Mak ayah aku membesarkan aku dengan kasih sayang dan pendidikan yang cukup baik. Kadangkala busy cari rezeki benda biasalah.
Aku membesar normal.
Orang sekeliling aku selalu cakap yang ni nakal tapi cepat tangkap dalam pelajaran & kehidupan. Nakal aku masa sekolah rendah tu boleh tahan jugak. Selalu ulang alik bilik guru besar. Sekolah menengah aku baik sikit. Masa tu banyak bina kepimpinan diri aku. Sangat outspoken.
5A UPSR, 8A PMR, 11A SPM, Dean’s list Asasi UIA, Dean’s list semester 1 & 2 degree
Ramai orang pandang tinggi. Banyak offer jawatan. Lecturer sayang. Tapi sebenarnya, aku makin lama makin sakit. Makin lama makin bodoh.
Dari zaman sekolah lagi, aku ada masalah susah focus belajar. Aku tak boleh belajar masa prep macam orang lain. Aku kena sorang2 dalam kelas baru boleh ulangkaji.
Kadang2 aku akan “fly” keluar sekolah semata2 nak cari tempat yang sunyi untuk aku study.Tapi once dah mula focus tu, aku boleh go sampai 3-4 jam. Masa zaman sekolah, aku tak rasa besar sangat masalah ni. Cuma kadang2 aku akan ada fasa depresi yang aku tak tau kenapa. Aku akan menangis tiba2 dan lari dari semua orang.
Masatu takde exposure pasal mental illness..
.. jadi ada masalah pelik2 jumpa ustaz lah untuk berubat. Dapatlah air yasin 2-3 botol. Tapi rasa pelik dengan diri sendiri tu tak pernah hilang. Cuma teruk tak teruk je. Mungkin kawan2 yang best buatkn aku kuat masa zaman sekolah.
Lepas habis SPM, masalah aku jadi makin teruk. Aku mula menyendiri. Aku mula ada social anxiety. Aku mula hilang keyakinan diri. Aku jadi pendiam & timid.
Aku yang dah biasa bercakap depan 1000 orang, jadi terketar2 nak bercakap depan 10 orang. Betul terketar beb. Cakap depan reunion classmates je pon!
Masa zaman asasi, aku cuba bina diri aku balik. Aku cuba kuatkan diri aku depan orang. Cuba dapatkan balik leadership aku yang hilang.
Orang nampak aku tenang & berkepimpinan. Tapi sebenarnya, hari2 aku bangun pagi rasa nak mati. Tapi aku tak tahu ape masalah aku.
Masuk degree, aku keep bertarung dengan diri aku. Rasa makin susah nak focus. Makin mudah penat. Mood swing makin kerap. Insomnia makin teruk. Fasa depresi lebih lama.
Tapi aku lawan. Dan untuk tahun2 pertama, aku masih boleh menang dengan musuh yang aku sendiri tak kenali.
Masuk tahun kedua, aku dah tak tahan. Masalah aku makin kerap dan teruk. Aku tak boleh focus dalam kelas. Aku makin susah nak senyum. Makin kerap tak boleh bangun ke kelas. Aku kembali jadi pendiam menyendiri. Aku jadi jauh dari kawan2.
Aku terseksa belajar di university!
Tahun 2018, aku tahu serba sedikit tentang mental illness. Jadi, atas nasihat seorang kawan, aku pergi jumpa psychiatrist. Diagnose pertama aku ialah MDD with schizophrenia. Mana datang schizo tu aku pon tak tahu haha. Takde symptom pon.
Mula tahun ke-3, aku dah tak boleh belajar. Terpaksa burn beberapa semester. 3 kali aku terpaksa amik study leave di tengah2 semester. Aku makan ubat depression yang doctor bagi. Tapi takde kesan. Aku tetap tak boleh berfungsi seperti manusia biasa.
Tahun depannya, aku tukar hospital. Pegi hospital semi-private. Lebih mudah dapat doctor. Aku didiagnose ada bipolar disoder pulak. Berpapan2 lah ubat bipolar aku kena telan. Tapi tak ada effect. Aku putus asa. Masalah yang sama terus berulang.
Tahun seterusnya, aku ke klinik swasta pulak. Lebih mudah untuk buat appointment dan dapat ubat. Beberapa kali jumpa doctor, dia kata aku bukan bipolar. Ada penyakit lain yang dia belum boleh nak conclude.
Hampir 6 bulan jumpa doctor tu, barulah dia conclude yang aku ada ADHD. Depression itu adalah product of untreated ADHD. Masa tu aku sedih gila tapi tak terkejut. Sebab abang sulung aku memang dari kecik diagnosed ADHD.
With the latest diagnose, baru lah aku faham dan dapat kaitkan kebanyakan masalah2 ada dari kecil hingga sekarang. Aku selalu rasa diri aku pelik dan bermasalah. Now i know the reason.
Apa itu ADHD??
‘Attention-Deficit/Hypeactivity Disorder’ ialah masalah perkembangan otak yang menggabungkan 3 masalah utama;
ADHD ni ialah penyakit dari lahir. Bukan kerana trauma atau masalah2 dunia.
Di Malaysia, ADHD adalah OKU kategori pembelajaran.
Sangat penting untuk penghidap ADHD tahu yang kita tak boleh belajar macam orang biasa. Kalau belajar university memang sangat susah dan seksa. Di US, hanya 5% penghidap ADHD yang graduate. 95% akan dropout.
Pengidap ADHD mempunyai risiko bunuh diri lebih tinggi dari orang biasa.
Pengidap ADHD juga menghadapi risoko penceraian lebih tinggi dari pasangan biasa.Jadi please, jika anda ada simptom ADHD, cepat2 dapatkan bantuan professional.
Aku sekarang masih struggle nak habiskan degree selepas 6 tahun di UIA.
Tapi alhamdulillah aku ada isteri yang banyak membantu, kawan2 yang supportive af dan keluarga yang memahami. Pensyarah2 di UIA juga banyak membantu dalam kapasiti masing.
Aku masih perlukan ubat untuk aku tidur, ubat untuk bangun pagi dan ubat untuk focus. Beribu ringgit parents aku spent on my medications.
Proses ni penat dan menyakitkan. Tapi aku harap Tuhan akan ganjari aku dalam usaha aku untuk terus hidup.
Buat yang kenal aku, aku minta maaf kalau aku menghilang dan diam. Buat kawan2 rapat aku, terima kasih kerana sentiasa terima aku walau aku macamni. Untuk isteri tercinta, aku sayang padamu.
**Kesimpulannya : ADHD adalah satu keadaan yang memerlukan pemahaman dan sokongan dari pelbagai pihak, termasuk keluarga, guru, dan masyarakat. Dengan pendekatan yang betul, individu yang mengalami ADHD boleh menguruskan gejala mereka dan menjalani kehidupan yang produktif dan memuaskan. Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami gejala ADHD, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang sesuai.
BACA LAGI : Qari Negeri Sembilan Jadi Juara Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2024
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.