Ada setengah orang cakap rambut merupakan mahkota bagi seorang perempuan. Ya, mungkin ada benarnya. Tapi sebenarnya rambut itu juga sebenarnya sebahagian daripada penampilan yang sangat penting buat seorang lelaki.
Malah mengikut kajian penampilan seseorang lelaki itu biasanya akan dilihat terlebih dahulu pada bahagian matanya, kemudian senyuman dan seterusnya rambut.
Bertindak sebagai pelengkap kepala, rambut merupakan antara bahagian yang akan menjadi profil seorang lelaki sampai bila-bila. Malah tak keterlaluan dikatakan rambut membawa identiti seorang lelaki walau ke mana sahaja dia pergi.
Tapi ‘kemerosotan’ jumlah rambut di kepala seiring dnegan peningkatan usia. Ada orang akan alami rambut gugur dengan banyak pada usia 30-an namun ada juga yang mampu menjaga rambut lebat sampai ke usia tua.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 7 jenis bahan semulajadi yang mampu melebatkan rambut dengan baik. Belum cuba belum cuba belum tahu bukan? Lagipun kesmeua bahan ini adalah bahan semulajadi yang tidak membahayakan pun.
Daun lidah buaya
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Begitulah juga dengan daun lidah buaya yang banyak khasiatnya. Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang dalam daun tersebut dan sapu rata pada bahagian kulit kepala dan rambut.
Biarkan selama setengah jam kemudian bilas dengan air suam. Amalkan sekali atau dua kali seminggu untuk dapatkan rambut sihat dan lebat. Ambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.
Ads
Minyak kelapa
Pokok yang mempunyai 1001 kegunaan daripada akar hinggalah hujung daunnya. Begitu juga dengan minyak kelapa yang ada banyak khasiat. Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari.
Lakukan urutan dengan bentuk bulat dan jangan tekan terlalu kuat. Kemudian balut rambut dengan tuala yang dituam dengan air suam. Biarkan selama setengah jam dan cuci rambut dengan syampu. Ulang langkah tersebut sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.
Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Pastikan ia dikisar hingga menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam.
Ads
Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam. Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.
Telur
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.
Ads
Avokado & pisang
Kedua-dua jenis buah ini kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya potassium. Dan kmbinasu ini juga sesuai bagi melebatkan rambut anda. Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata.
Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.
Daun pandan & santan
Kombinasi daun pandan dan santan juga mampu melebatkan rambut. Tumbuk hingga lumat daun pandan dan campurkan ia dengan sedikit air. Ambil perahan tersebut dan campurkan dengan santan. Kemduian kacau sehingga rata.
Biarkan ia selama setengah hari dan anda boleh sapukan campuran tadi pada rambut anda. Dalam masa 45 minit atau lebih anda sudah boleh bilas dengan air. Lakukan seberapa kerap yang mungkin untuk dapatkan hasilnya.
Kulit buah oren
Okay, selalunya ramai yang gemar makan buah oren dan buang kulitnya ke dalam tong sampah kan? Lepas ni kalau nak makan, sila ingat untuk simpankan kulit tersebut ya. Ambilkan kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat.
Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1.REDKEN FULL IMPACT BODIFYING AND THICKENING SHAMPOO
Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut nipis, syampu ini adalah penyelesaiannya. Dengan teknologi Thick-Lift dan kandungan protein menjadikan tekstur rambut lebih tebal dan berkilau.
2.GATSBY SET & KEEP SUPER HARD
Tidak melekit, penggayaan lebih mudah dan tahan lama. Mengandungi Vitamin pelembap untuk melindungi rambut. Hanya goncang dan semburkan ke rambut dari jarak 15cm – 25cm. Jangan sikat selepas penggayaan bagi mengelakkan tompok putih daripada terbentuk.
3.REDKEN POLISH UP POMADE FOR MEN
Teksturnya yang ringan dan mudah dibentuk menjadikan kemasan rambut lebih rapi dan bersinar.
4.SLICK RICK STYLING HAIR WATER GEL
Memastikan apa sahaja stail rambut untuk kekal lebih lama. Rumusan tanpa minyak ini diperhebatkan dengan FluidPure 8G bagi memastikan tiada kesan kegatalan kulit kepala, bau dan rambut kekal stylo.
5.CLEAR MEN ANTI- DANDRUFF
Formulasi spesifik untuk kaum lelaki dalam mengatasi masalah kulit kepala dan keguguran rambut. Mengandungi Bio Nutrium 10 bagi membasmi kelemumur dari akarnya juga meningkatkan penghasilan protein.
6.STUDIOLINE INDESTRUCTIBLE STYLING GEL
Gel tidak berminyak dan mudah disapu sekata para rambut. Hanya perlukan sedikit, rambut anda boleh dibentuk pelbagai gaya. Terbaik untuk rambut kering bermasalah yang memerlukan pelembap khusus untuk kulit kepala. Campuran herba yang menenangkan menjadikan kepala lebih ringan dan selesa. Mengandungi minyak Tea Tree anti kelemumur dan ekstrak biji anggur membantu dalam menangani tindakan anti-mikrob.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semakin meningkat usia semakin lupakan penjagaan diri. Seakan sudah berserah kepada takdir. Itulah tabiat sesetengah lelaki. Di zaman usia awal 20-an bukan main cerewet tentang penjagaan diri.
Bila sudah kahwin selama beberapa tahun perkara itu seakan terbiar begitu sahaja. Usah jadi begitu bro!
Nak ‘maintain’ tampil kacak seperti zaman kegemilangan anda dulu sebenarnya tidak bergantung kepada penggunaan produk penjagaan diri yang mahal semata.
Anda kata anda ikut beberapa rutin seperti MASKULIN kongsi kali ini, penampilan anda pastinya akan jadi berkali ganda lebih baik.
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu.
Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih.
BUANG BULU LEHER
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda.
Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
PAKAI PERFUME WANGI
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar!
Semoga tip ini dapat membantu penampilan anda jadi lebih baik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi orang tersayang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan produk penjagaan wajah lelaki kini menjadi sebuah industri yang sangat berkembang pesat. Permintaan tinggi produk penjagaan wajah lelaki ini menyaksikan pelbagai jenama tampil menawarkan produk yang cukup spesifik.
Jenama penjagaan wajah terkenal, Aesop baru-baru ini telah melancarkan produk terbarunya iaitu Seeking Silence Facial Hydrator. Produk terbaru mereka ini diformulasikan untuk mengawal kondisi kulit wajah sensitif atau mempunyai alahan.
Lelaki zaman sekarang sangat memetingkan penjagaan wajah dan tak kalah dengan kaum wanita.
Aesop menggunakan dua gabungan formulasi istimewa iaitu Dunaliella Salina Extract, sejenis micrialga yang kaya anti oksida dan juga Narcissus Tazetta, ekstrak daripada bunga daffodils.
Kedua-dua gabungan ramuan ini boleh membantu kulit yang mengalami masalah iritasi dan juga kulit sensitif.
Seeking Silence Facial Hydrator juga mengandungi kombinasi bahan yang boleh melegakan kulit wajah, mengurangkan berlakunya kemerahan dan menyokong fungsi barrier.
Selain itu hydrator yang dihasilkan Aesop ini turut memberikan kelegaan kepada kulit yang mengalami masalah kekeringan.
Seeking Silence Facial Hydrator juga dikatakan sesuai digunakan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dan malam. Selepas melakukan pencucaian dan toning, Seeking Silence Facial Hydrator boleh disapu dengan rata di bahagian wajah dan juga leher.
Ia dipakejkan dalam bekas kaca 60ml dan boleh didapati di Aesop signature store, stokis, pasaraya di sekuruh dunia dan laman sesawang rasmi mereka.
Buat anda yang mempunyai masalah kulit kering dan bermasalah bolehlah cuba menggunakan produk Seeking Silence Facial Hydrator.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tip penjagaan wajah ala pelakon Korea, patutlah kulit glowing. Setiap selebriti pasti mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kulit mereka, termasuk para pelakon lelaki Korea.