Kita kini memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 14 April 2020.
Setelah selesai 2 minggu pertama PKP, kita kini seakan sudah biasa berkurung dalam rumah. Bagi anda yang memiliki kereta pula pastinya amat jarang sekalui keluar melainkan ingin mendapatka barangan keperluan makanan dan asas.
Berbeza bai keluarga yang mempunya lebih dari satu kenderaan. Mungkin salah satu kenderaan sudah lama terbiar tanpa dihidupkan apatah lagi dibersihkan.
Jadi sekaranag atau bila tempoh PKP tamat nanti anda boleh melakukan cucian kereta. Namun jangan hanya tumpukan kepada bahagian luaran sahaja.
Terdapat beberapa bahagian dalaman yang sangat penting untuk anda cuci agar kereta tidak berbau busuk.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 bahagian dalaman kereta yang anda harus beri perhatian ketika mencuci kereta.
Selalu kita hanya vakum sahaja di bahagian ini, tanpa anda sedari terdapat banyak kotoran yang melekat pada karpet dan ia sukar untuk dibersihkan dengan hanya memvakum sahaja.
Cara lain yang anda kena buat selepas memvakum adalah dengan mencuci karpet tersebut dengan air dan keringkan ia menghadap matahari. Ini untuk membuang segala sisa habuk, kotoran yang melekat pada tapak kasut dan mengotorkan serta meninggalkan bau pada karpet kereta anda.
Bonet kereta bertindak sebagai stor dimana segala barangan disimpan di bahagian ini. Di bahagian ini kita seringkali meletakkan segala barangan seperti barangan runcit, beg, alat perkakas dan macam-macam lagi.
Kadang-kadang tanpa kita sedar segala barangan tersebut terdapat kotoran yang melekat dan berpindah ke permukaan bonet kereta dan ia juga boleh menyumbang kepada kewujudan bau yang tidak menyenangkan.
Tahukah anda siling bumbung bahagian dalam kereta mampu menyerap bauan daripada asap rokok ataupun makanan hingga terdapat kesan tompok? Walaupun kita jarang menyentuh bahagian ini tetapi material yang digunakan pada siling kereta boleh memerangkap bauan hingga buatkan kita rasa tidak selesa.
Untuk mencucinya, anda perlu bersihkan dengan berhati-hati kerana takut kelembapan yang tertinggal boleh membuatkan timbulnya kesan warna yang tidak sekata.
Bahagian ini pun kita selalu vakum sahaja. Tahukah anda apabila memandu pergerakan kereta boleh buatkan air anda tertumpah sedikit dan meninggalkan kesan di dalam ruangan ini?
Jadi, selepas vakum, lapkan ruangan ini untuk membuang kesan air terutamanya air minuman yang mempunyai kandungan gula. Sudahlah ia akan berbau, serangga seperti lipas juga akan menghurung bahagian ini tanpa anda sedari.
Di bahagian ini terutamanya penyandar dan poket belakang. Kita selalu cuci tempat duduk sahaja dan terlupa nak cuci sekali tempat penyandar serta poket belakang. Bahagian penyandar selalunya bila kita berpeluh di bahagian belakang badan dan peluh tersebut sedikit terserap ke kusyen penyandar kerusi.
Poket belakang pula, percayalah bila kita keluarkan segala ‘artifak’ tersebut pasti akan ada banyak sampah kecil yang kadang-kadang samada kita sebagai pemilik atau penumpang jadikan tong sampah mini.