Jika anda kerap melangkau makanan atau menggandakan latihan tanpa mengubah cara pemakanan anda, berhati-hatilah, badan anda akan mula dahagakan untuk anda makan dengan lebih banyak. Makan atau minum yang kurang sebelum latihan akan membuahkan hasil sia-sia. Ia juga boleh membahayakan kesihatan anda, dan anda berpeluang untuk tercedera dengan lebih serious.
Makanan apa yang sesuai untuk anda? Berapa banyak yang anda perlu makan?
Menurut Men’s Health, Secara zahirnya lelaki tidak perlu menumpukan sepenuh perhatian pada jumlah kecil kalori harian kecuali mereka mendapati penurunan yang sangat ketara pada berat badan mereka. Anda boleh peroleh idea daripada penurunan dan peningkatan kalori dan makronutrien berdasarkan aktiviti harian anda.
Untuk mengelakkan dari diri anda keletihan, lemah ketika anda sedang bersenam, mungkin anda boleh ikut beberapa langkah di bawah sebelum dan selepas anda bersenam.
Jika anda seorang yang hanya ingin menurunkan berat badan, anda harus makan makanan yang berkhasiat mengikut jumlah kalori keperluan seseorang. Jika anda seorang yang ingin menambah muscle, anda perlu lebihkan protein. Jangan terlali taksub sehingga anda tidak mengambil makanan sebelum anda memulakan senaman. Sekurang-kurangnya ambil snek ringan bergantung kepada jenis senam yang anda nak lakukan.
Untuk menambahkan stamina ketika bersenam, dinasihatkan supaya anda ambil makan berat 2-3 jam sebelum anda bersenam. Ini termasuk dalam makan utama anda seperti, jika anda ingin bersenam di waktu pagi, apa kata anda breakfast dahulu, baru bersenam.
Bagi seseorang yang ingin membina otot banyakkan diet protein, seperti daging tanpa lemak, ayam belanda, ayam, ikan, dan sumber protein lain, seperti telur dan kekacang.
Jika anda masih kurang pasti dengan jumlah kalori harian anda, cuba anda download app MyfirnessPal dan masukkan makanan harian anda. Dari situ app tersebut akan mengira jumlah pengambilan kalori anda. Jadi tak lah tersasar jauh dan anda boleh adjust mengikut kehendak anda setiap hari. Mudah kan?
Baiklah, mungkin ada segelintir anda berasa makan sebelum senam akan membuatkan anda rasa nak muntah. Kajian mendapati lelaki biasanya tidak mengambil apa-apa makanan dan minuman sebelum bersenam dengan beralasankan, badan mereka akan rasa sakit terutamanya di bahagaian perut. Namun untuk mengelakkan badan anda akan lebih teruk, apa kata kalau anda cuba minum air anggur tanpa apa-apa campuran. 100% jus anggur! Mengapa anggur? Ia mengandungi nutrien buah-buahan (seperti polyphenols), serta gula semulajadi untuk memperkuatkan senaman anda. Selain itu, penyelidikan awal mengatakan 100% jus anggur boleh membantu meningkatkan prestasi senaman.
Mengapa perlu fokus dalam tandas? Ini kerana kami mahu anda lihat warna air kencing anda. Untuk hidrasi yang berpanjangan, warna air kencing anda haruslah jernih. Jika kekuningan pudar dan gelap, tubuh anda sedang bagi amaran kepada anda bahawa anda perlu minum air dengan lebih banyak. Jadi tak adalah murung ketika bersenam kalau badan anda terhidrasi.
Walaupun anda dah jemu dengan list kami yang tak habis-habis mengutamakan pisang, namun percayalah. Pisang yang mempunyai potassium dan gula semula jadi membantu anda untuk rasa kenyang jika anda malas sangat nak makan berat. Dalam masa yang sama, pisang membantu untuk menaikkan stamina anda untuk bersenam dengan lebih lama.
Tapi ingat, jangan makan pisang je, nampak kan perkataan ‘membantu’? tanpa pemakanan yang cantik dan minuman yang tepat tidak akan menjanjikan tubuh badan yang cantik dan menarik.