Tip Buang Blackhead Sendiri Pada Wajah Di Rumah, Senang & Mudah!

Share

Kadangkala anda mesti risau dengan penampilan wajah yang penuh dengan masalah kuit seperti jerawat dan blackhead.

Untuk blackhead ia sebenarnya dialami oleh semua orang. Ia berlaku kerana tahap kebersihan diri yang mungkin sedikit diabaikan. Dalam kehidupan seharian kit aterdedah dengan pelbagai kotoran seperti habuk, peluh dan juga asap.

Selain dari itu, faktor pemakanan juga memainkan peranan penting. Sejauh mana pun anda menjaga penampilan diri, masalah ini tidak akan pernah selesai dan jauh dari wajah anda.

BACA: Elok Pakai Untuk Elak Jeragat, Lelaki Ini Kongsi 9 Jenis Sunblock Terbaik Yang Terdapat Di Pasaraya.

Apa itu Blackhead?

Blackheads merupakan adik-beradik kepada jerawat dan, seperti semua jerawat, disebabkan oleh liang yang tersumbat. Apabila sel kulit mati atau serpihan lain masuk ke liang, mereka bercampur dengan minyak dan menyebabkan sumbatan terhasil.

Walau bagaimanapun, tidak seperti whiteheads oh-so-poppable, di mana ia hanya tersumbat pada permukaan kulit, jerawat ini lebih gelap apabila kulit liang kulit terbuka. Apabila minyak sebum bercampur dengan udara, ia akan menjadi hitam.

Tempat yang kerap terhasil adala pada hidung, dagu dan dahi dimana seluruh manusia di muka bumi ini dapat melihat dengan baik. Tetapi kerana badan mempunyai lebih daripada lima juta liang, mereka boleh muncul di tempat lain juga, seperti di punggung dan dada anda.

Cara Mencegah Blackhead

Seperti semua jenis jerawat, ia terhasil pada wajah anda dua minggu sebelum ia besar di wajah anda. Untuk mengelakkan bintik hitam, anda harus menggunakan pembersih harian yang lembut dengan asid alpha dan beta hydroxy (iaitu asid salisilik). Lampu LED biru juga bagus untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, dan tidak kering seperti produk topikal lain.

Jangan terlepas pandang peranan krim pelembap yang dapat membantu kulit anda. Walaupun ia tidak begitu membantu, namun pelembap sebenarnya boleh mmembantu mengawal kelenjar sebaceous anda yang mengeluarkan minyak, menyebabkan lebih banyak jerawat dan bintik hitam.

Cara Buang Blackhead Di Rumah

Ini mungkin akan menyukarkan anda, kerana jika tersilap langkah, ia akan memburukkan lagi wajah anda dan kesan itu akan menjadi parut selama-lamanya. Terutama sekali jika anda menggunakan kuku, jangan main-main dengan perkara ini.

Kaedah di rumah yang paling berkesan untuk membuang bintik hitam melibatkan penggunaan mencuci muka, jalur pori, pengelupasan dan mask muka untuk membasmi anasir-anasir negatif dalam liang-liang anda.

Pakar kulit mencadangkan anda mengambil pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti asid salicylic atau sulfur untuk membendung pengeluaran sebum dan memerangi bakteria yang menyebabkan jerawat.

Asid hydroxy Alpha berfungsi untuk mengelupas dan menghilangkan sel-sel kulit mati untuk mengelakkannya daripada  liang-liang tersumbat pada masa akan datang dan sulfur koloid dan tanah liat kaolin berfungsi untuk mengurangkan parut dan menyerap minyak.

Sekiranya anda mahu menghapuskan bintik hitam dengan kaedah memicit, paastikan anda basuh tangan anda terlebih dahulu. Gunakan alat kulit yang bersih dan menggunakan tekanan yang sama ke kawasan tersebut. Setelah selesai gunakan astringen, ke kawasan tersebut untuk menghentikan penyebaran bakteria.

Published by
Farizul Izwany