Cermin mata boleh diibaratkan sebagai ‘nyawa kedua’ bagi yang rabun jauh atau dekat. Kalau hilang atau rosak, tentu boleh buat anda tak tentu arah. Ditambah lagi kalau anda ada anak kecil. Jika terlepas ke tangan anak-anak, silap-silap boleh rosak atau patah.

Bagi memastikan cermin mata anda tahan lama, ikuti perkongsian Optometris bernama Hanun Nadiah Rozi tentang kepentingan menjaga cermin mata.

Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.

Kalau Tak Nak Cermin Mata Mudah Bercalar, Buat 5 Tip Berguna Yang Optometris Ini Kongsi!

Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.

Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.

IKLAN

Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?

Saya kongsikan tips ya.

+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.

+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.

IKLAN

+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.

+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.

+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak ‘aim’ potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.

IKLAN

Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.

Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. ?

P/s : Perkenalkan ‘nyawa kedua’ saya. Faham-faham sajalah kalau power tinggi ni. Hilang arah kalau tiada cermin mata.

Hanun Nadiah Rozi
Optometris

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI