Walaupun terpaksa ditangguhkan setahun dan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton akibat pandemik Covid-9 yang melanda duia, Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun kini sedang berlangsung dengan jayanya.
Ketiadaan penonton di dalam sebarang stadium atau arena tidak sedikit pun mengurangkan minat penonton untuk menyaksikan aksi atlet-atlet terbaik dari seluruh dunia untuk berentap menjadi yang terbaik.
Selain persainagn sengit serta semangat kesukanan yang tinggi dipamerkan perhatian kepada sesetengah atlet juga tidak kurang menarik. Selain pemain handalan dalam ranking tertinggi di dunia, atlet yang memiliki personaliti menarik dan mempunyai paras rupa yang cantik juga tidak terlepas menjadi buah mulut peminat.
Pada Sukan Olimpik kali ini, pemain bola tampar dari negara Turki bernama Zehra Gunes telah berjaya mencuri perhatian ramai pihak dengan kecantikan luar biasanya. Bukan hanya kemahiran dan skilnya yang jadi perhatian, penonton yang menyaksikannya di kaca TV rata-rata terpesona dengan paras rupanya.
Malah dilaporkan sebelum ini Zehra pernah tersenarai sebagai salah seorang atlet tercantik dalam sukan bola tampar dunia.
Zehra yang kini berusia 22 tahun dianggap bagaikan Ratu Cantik yang beraksi di atas gelanggang, apatah dirinya yang hadir dengan ketinggian 1.97 meter. Bagaikan tahu kamera sentiasa bersedia merakam aksinya, Zehra tidak pernah lokek memberikan senyuman ketika beraksi.
Selaku pemain bola tampar profesional, Zehra bermain untuk VakiBank Sports Club, sebuah kelab di Istanbul. Sebelum berangkat ke Olimpik, Zehra turut membantu pasukannya menjadi naib juara Turkish Super Cup.
Kemunculannya di Sukan Oimpik juga membuatkan ramai peminat sukan bola tampar berpusu-pusu mengikutinya di laman media sosial Instagram, @Zehragns18. Dia juga dilihat sebagai seorang yang sangat pandai berfesyen.
Berikut merupakan beberapa fakta menarik tentang pemain bola tampar tercantik di Olimpik.
1. Beliau merupakan pemain bola tampar mewakili pasukan Turki.
2. Dilahirkan di Kartal, Turki pada 7 Julai 1999.
3. Mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
4. Beraksi di arena sukan bola tampar pada tahun 2011 di bawah kelab Vafifbank Istanbul dan telah beberapa kali tukar kelab bola tampar.
5. Pernah menerima beberapa anugerah penghargaan antaranya The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, Vestel Venus Sultans League pada tahun 2017.
Ini termasuklah anugerah bagi pasukan iaitu FIVB Women’s Club World Championship ‘Best Middle Blocker’ dan pingat perlawanan peringkat kebangsaan.
Baca juga Patutlah atlet Olimpik Tokyo 2020 dilarang gigit pingat. Ini sebabnya…
6. Ditawarkan menjadi anggota bola tampar Turki pada Januari 2017 dan diserap masuk pada bulan Mac 2018.
7. Selain itu, penyandang posisi pemain tengah yang dikenali ‘middle blocker’ Turki itu juga sentiasa ceria, komited dan mudah tersenyum.