Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ungkapan itu sesuai menggambarkan selebriti Alif Satar yang banyak memiliki persamaan dari ayahnya, terutamanya dari segi kecergasan.
Disebabkan sama-sama mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas, tidak hairanlah mengapa Alif Satar dan ayahnya lebih kelihatan seperti pasangan adik beradik berbanding anak beranak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu berkongsi gambar dia menghadiahkan seutas jam tangan sukan untuk ayahnya sempena hari bapa.
Memiliki tubuh yang masih cergas di usia lanjut membuatkan ayahnya tampil awet muda sehingga ramai menyangka beliau adalah abang kepada Alif.
“Kalau aku keluar jalan pergi mana-mana dengan daddy, bila aku introduce dekat orang “this is my dad”, their respond would be “eh, ingatkan abang!”,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hati siapa tidak berbunga-bunga apabila menerima reaksi sebegitu dari orang ramai, ayah Alif juga tidak terkecuali dari merasai perkara itu.
Selain memiliki tubuh yang masih tegap dan gaya rambut seperti seorang bintang rock, ayahnya juga turut memiliki jiwa sepeti orang muda, tambah Alif.
Pencetus fenomena Geng Subuh Macam Jumaat itu juga turut berharap dia mampu kekal sihat dan kuat di usia lanjut seperti ayahnya itu.
Dalam pada itu, Alif turut berkongsi bagaimana dia dan ayahnya turut berkongsi minat yang sama dalam seni dan juga sukan.
Dalam bidang sukan, mereka berdua sama-sama meminati sukan tenis.
Alif juga sempat berseloroh memberitahu bahawa ayahnya merupakan seorang kidal.
Kecenderungan ayahnya menggunakan tangan kiri, termasuklah ketika bermain tenis, menjadikan otot lengan kiri ayahnya kelihatan lebih sasa berbanding kanan mirip bintang tenis dari Sepanyol, Rafael Nadal.
Hari Bapa disambut setiap tahun pada 16 Jun. Meskipun kita dituntut untuk menghargai ayah hingga ke hujung usia kita, ambillah tarikh ini sebagai satu kesempatan untuk meluangkan masa bersama ayah kita.
Sumber: Instagram Alif Satar
BACA: Mengapa Lelaki Suka Pendam Perasaan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.