Badan Sado Di Brotherhood Gym Milik Papagomo

Share

DEKORASI MASKULIN

 

Sangat kondusif, rata-rata pengunjung yang datang ke sini pasti teruja dengan stail dekorasi yang disampaikan. Memilih warna merah garang sebagai warna utama, gimnasium yang terletak di Uptown Danau Kota ini juga nampak gah dengan hasilan kreatif dari lakaran grafiti benar-benar menghidupkan mood untuk terus beraksi lasak di sini. Lengkap dengan sejumlah alatan senaman berkualiti yang diimport dari luar negara, Brootherhood Gym ini layak dilabel sebagai pusat sehenti kecergasan terbaik yang wajib anda kunjungi sendiri. Di sini juga turut empunyai fasiliti seperti sauna, surau serta menjual serbuk minuman protein yang memudahkan lagi urusan pengunjung.

“Faktor gaya hidup yang berubah menyebabkan ramai orang menjadikan aktiviti bersenam di gimnasium sebagai keperluan untuk mengekalkan kesihatan di samping untuk menjaga penampilan. Tujuan setiap individu datang ke gimnasium juga berbeza-beza. Dahulu, golongan lelaki lebih ramai ke gimnasium untuk melakukan senaman latihan beban (weight training), kini mereka lebih menumpukan untuk kekal aktif dan menguruskan badan.”

“Sambutan yang diterima setakat tiga bulan kami beroperasi ini amat menggalakkan kerana gimnasium adalah lokasi terbaik dan selamat untuk melakukan senaman. Ruangannya lebih selesa dan tertutup di samping menyediakan perkhidmatan menyeluruh serta waktu operasi yang panjang. Kebanyakan pengunjung gimnasium saya adalah mereka yang aktif dalam dunia sukan bina badan, di sini kami mempunyai jurulatih terlatih dalam bidang tersebut.”

“Kami juga menawarkan khidmat latihan senaman yang efektif, ruang suasana yang selesa, ada langkah-langkah keselamatan barang-barang pengguna dan semua pengunjung. Kini gimnasium ini hanya akan dibuka kepada ahli yang berdaftar sahaja, kerana kami mahukan pengguna kami merasai rasa eksklusif dan dihargai apabila sertai kami di Brotherhood Gym,”jelas pemiliknya Sir Azri.

 

 

Published by
Kim Rahim