Badan Mudah Letih? Tidak Bermaya? Ubah Tabiat Kamu Untuk Lebih Cergas!

Share

Pernah tak anda rasa badan letih sangat meskipun baru sahaja bangun dari tidur? Sedangkan anda masuk bilik awal malam tadi dan tidur dengan lena.

Akibatnya, seharian anda rasa kurang bermaya dan tidak dapat fokus pada satu kerja pun. Moody pulak tu!

 

Selain kurang tidur, apakah yang menyebabkan badan cepat letih?

1. Kurang minum air
Bila badan kurang air, darah menjadi pekat menyebabkan perjalanannya ke seluruh badan menjadi lambat, dalam masa yang sama, jantung juga berdegup lambat seperti biasa menjejaskan pengaliran oksigen dan nutrisi ke otot serta organ badan. Itu yang menyebabkan badan letih dan lesu kerana kurang oksigen dan nutrisi yang diperlukan.

2. Tidak ambil/lewat sarapan
Waktu pagi memang sibuk kerana banyak yang perlu diuruskan sebelum bergerak ke tempat kerja hingga tidak sempat hendak makan sarapan pagi. Sebenarnya anda perlu makan selepas sejam bangun tidur. Apabila tiada makanan dalam badan, maka menjadi punca badan letih dan mengantuk kerana kekurangan tenaga.

3. Kurang pengambilan zat besi
Amalkan makan kacang, telur, tofu, sayur-sayuran hijau gelap, kacang lepa dan makanan tinggi vitamin C.

4. Banyak makan ‘junk food’
Kerap makan junk food dan processed food antara faktor utama badan mudah letih kerana kandungan gula dan garam yang tinggi mengurangkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

5. Terlalu banyak berfikir
Anda memandang satu isu atau tugasan sebagai satu bebanan yang berat sehingga terlalu memikirkannya. Akibatnya mental anda cepat terasa penat dan mengganggu badan secara keseluruhan. Senaraikan perkara yang penting dan cuba utamakan perkara mengikut keutamaan supaya fikiran tidak terbeban.

6.Anda mahu jadi ‘perfectionist’

Apabila anda ingin menjadi dan kelihatan seorang perfectionist, anda cenderung melakukan sendiri dari sekecil-kecil perkara hingga semuanya demi mencapai result kerja yang diingini. Hasilnya, anda letih dari segi emosi dan tenaga.

7. Meja berselerak
Kajian dari Universiti Princeton mendapati meja kerja yang berselerak sebenarnya membuatkan anda tidak dapat fokus dengan sebaiknya. Selain itu, ia juga mengehadkan kemampuan otak untuk berfikir. Ini semua membuatkan badan cepat letih kerana banyak gangguan di sekeliling anda.

8. Memikirkan hal pejabat meskipun sedang bercuti
Anda sering memikirkan hal berkaitan dengan pejabat meskipun anda sedang bercuti di rumah. Pada waktu cuti, anda sepatutnya merehatkan minda dan badan bukannya setiap jam, check e-mel pejabat dan menyelesaikan masalah berbangkit dari rumah.

9. Leka layari internet sebelum tidur
Mata sudah mengantuk dan sambil berbaring, anda pun melayari internet di handphone

. Diam tak diam, rupanya sudah dua jam anda sibuk membaca e-mel dan FB. Secara tak langsung, anda masuk tidur melampaui waktu yang sepatutnya.

10. Minum minuman berkafein sepanjang hari
Paling banyak anda boleh minum pun adalah antara satu hingga tiga cawan satu hari. Jika melebihi daripada itu, boleh menjejaskan putaran waktu tidur dan jaga anda. Pastikan juga anda minum kopi enam jam sebelum waktu tidur kerana anda mungkin tidak boleh tidur.

 

 

sumber: lelakisihat.com

Published by
webadmin