Bukan senang nak miliki badan idaman. Kalau tak disertakan dengan diet dan senaman yang konsisten, mana mungkin badan anda boleh cantik, tegap dan mantap. Tidak perlu berhabis duit dengan ambil pelbagai produk, cara ini juga boleh membantu anda miliki badan cantik.
Cara yang disertakan ini pastinya menjimatkan. Jika konsisten mengamalkannya, pasti misi anda mendapatkan badan yang cantik akan tercapai. Ini 10 cara yang boleh anda ikuti.
Minum air mencukupi
Minum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan anda secara semula jadi. Oleh itu, sebelum anda ambil makanan berat, minumlah air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, perut anda akan brada kenyang lantas mengelakkan anda daripada makan dengan kuantiti yang banyak.
Kurangkan makanan bergaram
Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menggalakkan penakungan air dalam badan. Apabila anda mengurangkan mengambil garam, ini sekali gus menyebabkan badan tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Ads
Katakan tidak kepada minuman berkarbonat
Penulis yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan jika diambil selalu. Malah minuman manis seperti ini boleh mengganggu pelan diet anda.
Teknik pemakanan di sini merujuk kepada teknik anda mengunyah makanan. Semasa makan, kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan yang kecil sebelum menetelan agar ia mudah dihadam kelak. Malah cara ini juga membuatkan perut anda kenyang.
Gunakan pinggan makanan yang kecil dan rata
Elakkan menggunakan piring yang cekung dan berdiameter besar. Dengan memilih pinggan yang kecil dan rata, secara tidak langsung anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit serta mengelakkan anda mengambil makanan secara berlebihan.
Ads
Jangan percaya dengan pelbagai mitos diet
Dalam amalan mendapatkan badan yang cantik dan mantap, kerap kita dengar pelbagai mitos diet. Antaranya, elak makan sarapan kalau nak kurus, jangan minum air masak nanti perut kembung dan banyak lagi. Sedangkan, mitos-mitos diet itu sebenarnya salah dan tidak sepatutnya anda ikuti.
Paling terbaik, amalkan pelan diet yang sempurna dengan mengambil sarapan pagi sihat sebagaimana yang disarankan. Malah banyak minum air juga sangat penting dalam proses untuk miliki badan cantik dan mantap.
Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh anda ingin menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan untuk turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, tingkatkan kepada 1-2 kg bagi mencapai berat badan impian. Dengan adanya sasaran ini akan memudahkan rancangan diet anda.
Jangan timbang berat badan setiap hari
Alasannya? Jika anda berbuat demikian, ia boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Anda dicadangakan untuk menimbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Buat catatan atau diari diet sebagai rekod
Untuk tips ini, disarankan agar anda memiliki sebuah buku catatan atau diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu merekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak yang anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk bergelar seorang pemain ragbi yang berkaliber & hebat seperti Sonny Bill Williams, anda kena pastikan badan sentiasa cergas & fit.
Ini kerana dalam satu perlawanan ragbi melibatkan perlawanan yang berlangsung selama 80 minit dan dibahagikan sebanyak 2 separuh masa dengan pembahagian 40 minit untuk separuh masa pertama dan kedua serta rehat selama 10 minit.
Sukan ini dianggap ‘Full body Contact’ kerana pemain akan membawa bola dari tempat asal ke tempat lawan. Ia juga melibatkan rempuhan atau tackle, Scrum dan sepakan bola.
MASKULIN sempat mengintai apakah pelan diet & senaman yang diamalkan oleh pemain ragbi legenda New Zealand, Sonny Bill William.
Pelan diet: Lemak
Menurut dalam satu temubual yang disiarkan oleh Daily Telegraph Australia, dia menyatakan bahawa makanan dietnya bermula dengan pengambilan lemak seperti minyak kelapa, kekacang dan Avokado.
Ia diambil sebagai bentuk pemulihan selepas berlatih serta bermain dalam setiap perlawanan.
Pelan diet: Protein
Selepas itu, untuk menguatkan otot di badan dia memakan dada ayam dan ikan Salmon serta daging lembu bebas lemak.
Selain itu, dia juga mengambil sayuran seperti brokoli serta sangat gemar Ubi Manis.
Pelan senaman
Untuk senaman pula dia sering melakukan workout seperti Bench press dengan berat yang berbeza.
Ini untuk menguatkan otot dada dan bahu yang memudahkan dia untuk melakukan tackling yang sempurna tanpa mencederakan bahu dan dadanya.
Push-ups
Untuk menguatkan otot biceps & triceps pula, dia banyak membuat senaman push-ups atau bangkit tubi.
Larian secara memecut
Akhir sekali, untuk memastikan pasukan anda mencatatkan jumlah ‘try’ yang banyak, larian anda mestilah mantap dan laju. Laju bukan laju biasa, anda kena ada tenaga yang mencukupi untuk melakukan pecutan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ya, setiap orang mempunyai tabiat makan yang berbeza-beza. Ada yang suka makan tanpa diganggu dan ada juga kena makan sambil berteman. Walau apa jua ‘teknik’ makan yang anda suka namun terdapat beberapa tabiat yang perlu anda elak.
Dan tabiat-tabiat makan ini sebenarnya memberikan kesan buruk kepada diri anda. Tiada kesan buruk yang paling menakutkan melainkan masalah kegemukan!
Jadi benarkan tabiat makan boleh menjadi punca berlakunya kegemukan?
PENYEBAB & KESILAPAN
Menurut pendapat daripada pakar perubatan ia berlaku disebabkan oleh pemakanan yang tak dikawal dan mengamalkan gaya hidup tanpa mempedulikan kesihatan.
Ia kini menjadi salah satu musuh utama lelaki. Apatah lagi kita kini dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan yang boleh menggemukkan.
Anda boleh mula dengan mengurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan anda terutamanya makan malam namun janganlah anda buang ia terus dari diet harian anda.
Jika anda belajar untuk mengikut peraturan secara perlahan-lahan, kemungkinan besar anda akan mendapat otot yang anda ingini dan perut yang kempis sepanjang hidup anda jika diamalkan dengan betul.
Berikut adalah beberapa kesilapan yang anda kerap lakukan yang meyebabkan masalah kegemukan pada anda.
Meninggalkan Waktu Makan
Tidak makan apa-apa boleh menyebabkan anda merosakkan sepenuhnya kebolehan tubuh anda untuk mengawal selera makan anda.
Oleh itu jika anda meninggalkan sarapan atau sebarang waktu makan yang penting, otak anda akan kekurangan tenaga untuk mengatakan tidak kepada godaan makanyang tidak dapat dielakkan.
Makan Terlalu Cepat
Anda tidak seharusnya menolak keinginan anda untuk makan, tapi anda harus mengamalkan mengambil makanan secara perlahan-lahan.
Benarkan masa untuk tubuh anda benar-benar menikmati dan menghadam agar anda tidak makan dalam keadaan perut penuh.
Makan Banyak Hujung Minggu
Jika anda kerap berparti dan mengikuti majlis makan pada hujung minggu anda tentu akan mengalami masalah pada hari yang berikutnya.
Asid palmitik selalunya akan boleh didapati dalam lemak tepu yang terkandung dalam setiap hidangan hujung minggu anda dan ia seterusnya boleh menyebabkan keinginan anda untuk makan bertambah pada hari yang berikutnya.
Makan Snek Masin
Sodium boleh menyebabkan terlebih makan tanpa kita sedari. Dan ia juga begitu cepat untuk bertambah.
Namun anda boleh mengurangkan ketagihan kepada snek yang masin setelah beberapa lama mengamalkan diet kurang garam.
Meminum Berkarbonat & Alkohol
Minuman berkarbonat dan alkohol boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dengan cara yang lebih mendadak. Cuba anda kira berapa banyak minuman keras yang telah anda ambil dan anda akan lebih terperanjat dengan hasilnya.
Selain dari membekalkan tiada kalori langsung, minuman keras membantutkan keinginan anda yang menyebabkan selera makan anda bertambah dengan mendadak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Urologi adalah cabang perubatan yang mengkhususkan diri dalam aspek perubatan dan pembedahan saluran kencing wanita dan lelaki serta sistem pembiakan lelaki. Ahli Urologi biasanya menumpukan pada mana-mana 7 subspesies ini:
Calculi untuk batu di saluran kencing
Urologi wanita untuk gangguan kelonggaran pelvic outlet dan inkontinensia urin
Kemandulan lelaki
Urologi pediatrik
Pemindahan buah pinggang
Onkologi Urologi, yang berkaitan dengan kanser
Penyakit yang mendapat perhatian Ahli Urologi adalah:
Infeksi saluran kencing berulang
UTI atau jangkitan saluran kencing, seperti namanya, adalah jangkitan saluran kencing. Ia disebabkan oleh bakteria dan boleh dikelaskan kepada 2 jenis, bergantung kepada sama ada ia berlaku dalam pundi kencing atau uretra. Jangkitan pundi kencing kebiasaannya disebabkan oleh Escherichia coli (E. coli), bakteria yang tidak berbahaya yang boleh ditemui di usus kecil. Jangkitan uretra sering disebabkan oleh jangkitan seksual seperti herpes dan gonorea. Gejala UTI termasukpedih ketika kencing, kencing berdarah atau gelap, kencing kerap, dan sakit buah pinggang.
Incontinence (kawalan terhadap kecing)
Kehilangan kawalan ke atas pundi kencing adalah masalah biasa dan memalukan. Kadang-kadang, incontinence hanya melibatkan air kecing yang tekeluar sedikit ketika bersin atau batuk. Terdapat juga masa-masa apabila ia sangat teruk yang memerlukan anda ke tandas setiap masa. Jangan teragak-agak untuk berjumpa ahli urologi jika kehidupan seharian anda terganggu oleh Incontinence.
Sindrom Pundi Kencing
Juga dikenali sebagai cystitis interstisial (IC), sindrom pundi kencing yang menyakitkan adalah masalah kencing kronik yang menyebabkan rasa sakit dan tekanan di bawah perut. Kes-kes yang berbeza dari setiap pesakit, dan simptom boleh berubah setiap hari, atau mingguan, bulanan, bahkan secara tahunan. Pada masa yang paling teruk, keadaan ini akan membuatkan pesakit ke bilik mandi di mana saja dari 40 hingga 60 kali sehari. Bagi wanita, keadaan kadang-kadang disertai dengan sakit pada vulva, vagina, atau di belakang vagina, sementara lelaki mengalami kesakitan pada buah zakar , skrotum, atau kawasan di belakang skrotum.
Pembesaran Prostat
Pembesaran prostat atau hiperplasia prostat (BPH) adalah masalah prostat biasa untuk lebih daripada separuh lelaki yang berusia lebih 60 tahun. Pembesaran bukan kanser ini berlaku apabila sel prostat perlahan-lahan melipat kali ganda dan menyekat uretra yang mana air mani dan air kencing keluar dari badan secara tak terkawal. Tanda-tanda prostat anda membesar termasuk pengaliran air kencing yang tidak henti-henti, kesukaran memulakan kencing, merasakan pundi kencing masih tidak habis walaupun telah selesai kencing, dan aliran kencing yang lemah atau perlahan.
Batu karang
Batu ginjal, juga dikenali sebagai lithiasis renal dan nephrolithiasis, adalah batu mineral kecil dan garam yang terbentuk di dalam buah pinggang. Mana-mana bahagian saluran kencing boleh menderita dengan kehadiran batu ginjal, dan mebyebabkan kencing menjadi satu perkara yang sangat sukar dan menyakitkan. Kes-kes yang tidak begitu kronik hanya memerlukan pesakit untuk minum banyak air dan ubat tahan sakit. Walau bagaimanapun, batu di dalam saluran ini boleh menyebabkan komplikasi dan memerlukan pembedahan untuk disingkirkan. Batu ginjal biasanya akan membuatkan seseorang menghadapi air kencing yang berbau kotor atau berbau busuk, demam dan menggigil, kesakitan ketika membuang air kecil dan kesakitan teruk di bahagian belakang dan belakang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.