Sindrom ‘Chicken Leg’
Pernahkah anda melihat individu di gimnasium mahupun sekitar mempunyai tubuh mantap, dada bidang namun kaki yang sedikit kecil? Apabila terlalu taasub dengan bentuk tubuh, kadang kala senaman membentuk kaki dilupakan hingga memperlihatkan ketidakseimbangan badan. Ini di antara latihan beban membentuk kaki terbaik untuk anda.
1.Squats
Gerakan squats ini dikatakan raja pada latihan membentuk kaki. Kamu perlu mencangkung dan berdiri semula dengan meletakkan beban pada bahu. Lakukan dalam 4 hingga 6 set setiap gerakan. Tidak perlu beban keterlaluan kerana ia mungkin mencederakan lutut anda.
2.Lying Leg Curls
Ramai yang mengabaikan latihan hamstrings, pastikan anda berikan tumpuan dan mulakan ia dengan memanaskan badan. Lakukan senaman ini sekurangnya sebanyak 3 set iaitu dengan 8 hingga 15 kali gerakan.
3.Leg Press
Hanya perlu meletakkan badan anda selari di tempat duduk yang tersedia, masukkan beban mengikut kesesuaian dan lakukan gerakan kaki melunjur ke hadapan. Lakukan 3 set gerakan untuk setiap sesi latihan.
Perut Buncit Tak Cool
Obesiti bukan lagi fenomena baru di negara ini, usah segan bila perut mula menerjah ke hadapan. Ada yang mengatakan buncit itu biasa buat lelaki, namun ia perlu dijauhi kerana pelbagai kisah sangsi mungkin terjadi. Patuhi beberapa saranan ringkas ini, buat lelaki yang sentiasa mengimpikan perut cantik dan seksi.
1.Pentingkan kualiti daripada kuantiti
Tidak perlu beria-ia dengan sit up setiap hari, mencukupi hanya 1 hingga 2 sesi dalam seminggu untuk satu latihan. Teknik yang betul dan berkualiti adalah lebih baik.
2.Fokus pada otot tertentu
Harus fokus pada sesuatu bahagian setiap hari, jangan lakukan pelbagai gerakan dalam satu sesi.
3.Pernafasan
Hembuskan nafas pada ‘exertion’ iaitu sewaktu melakukan crunch. Ini membolehkan anda menguruskan otot dengan sebaik mungkin.
- Jaga Pemakanan
Penjagaan pemakanan yang seimbang sangat penting buat mereka yang mendambakan perut cantik, elakkan menu berminyak dan garam tinggi. Banyakkan pengambilan air serta diet seimbang.
5.Jangan Lupa Latihan Kardiovaskular
Latihan kardio sangat efektif untuk membakar kalori berlebihan, diet sahaja tidak mencukupi untuk mengejar impian tersebut!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI