Tidak ramai yang tahu bahawa jenama pakaian tradisional terkenal, Bulan Bintang, diasaskan oleh seorang individu muda yang penuh visi, Azzim Zahid Azmi atau lebih dikenali sebagai Meri.
Kejayaannya dalam industri fesyen bukan sekadar kebetulan tetapi hasil daripada kerja keras, kreativiti, dan strategi pemasaran yang berani.
Foto : MalaysiaGazette
Bermula dengan Impian dan Keberanian
Lahir pada 29 Januari 1997 di Teluk Intan, Perak, Meri dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan pendidikan dan nilai kerja keras.
Beliau merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk Azim, seorang pesara kerajaan, dan Datin, seorang bekas pengetua sekolah.
Minatnya dalam perniagaan mula berkembang sejak di bangku sekolah apabila beliau menjual baju T sebagai langkah pertama dalam dunia keusahawanan.
Asas Penubuhan Bulan Bintang
Pada tahun 2016, dengan pengalaman yang diperoleh daripada perniagaan kecil-kecilan, Meri memulakan jenama Bulan Bintang dengan fokus utama pada pakaian tradisional Melayu, terutamanya baju Melayu.
Tidak sekadar mengekalkan elemen tradisional, beliau berjaya memberi sentuhan moden dan minimalis yang menarik perhatian anak muda serta golongan dewasa.
Ads
Jenama ini bermula dengan koleksi kurta dan memanfaatkan populariti personaliti media sosial, Luqman Podolski, sebagai model utama.
Langkah ini menjadi titik tolak kepada pengaruh besar Bulan Bintang dalam pasaran fesyen tanah air.
Foto : Iluminasi
Strategi Pemasaran Kreatif dan Teknologi
Kejayaan Bulan Bintang bukan sahaja terletak pada reka bentuk pakaian yang eksklusif tetapi juga strategi pemasaran yang inovatif.
Meri dan pasukannya menggunakan pendekatan unik dengan menghasilkan iklan serta kempen promosi yang kreatif setiap kali menjelang musim perayaan.
Ads
Pada tahun 2023, Bulan Bintang mencipta sejarah dengan penganjuran pertunjukan fesyen ‘Takes The Sky’ yang menggunakan 350 unit dron, sekaligus memecahkan rekod Malaysia Book of Records.
Dengan bajet sebanyak RM2 juta, pertunjukan ini bukan sahaja mengukuhkan jenama Bulan Bintang, tetapi juga menunjukkan kebolehan Meri dalam membawa fesyen Melayu ke tahap yang lebih tinggi.
Perjalanan Meri membangunkan Bulan Bintang membuktikan bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah, tetapi melalui usaha gigih dan inovasi berterusan.
Dari seorang remaja yang menjual baju T, kini beliau mampu bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sebagai duta jenama.
Dengan gabungan strategi digital, pemasaran moden, dan keberanian untuk mencipta sesuatu yang baru, Bulan Bintang kini menjadi antara jenama pakaian Melayu paling berprestij di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menunaikan nafkah adalah kewajipan yang mesti dipenuhi oleh suami kepada isteri. Walaupun jumlahnya mungkin tidak banyak, yang utama adalah kesanggupan suami untuk memenuhi tanggungjawab terhadap isteri dengan sempurna.
Pemberian nafkah itu wajib buat isteri. Walaupun nilainya sedikit tetapi apa yang penting dapat melunaskan tanggungjawab kepada isteri.
Jangan nanti rezeki asyik tak cukup disebabkan berhutang nafkah dengan isteri.
Benda paling suami terlepas pandang. HUTANG NAFKAH. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut. Tanya isteri anda, tanya dari hati ke hati. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati. Kedua sebab nak elakkan pergaduhan. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.
Isteri memang jenis tak berkira, tapi jangan ambil kesempatan.
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga. Bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU. Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2.
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
G-Dragon, nama yang tak asing dalam industri Korea Selatan.
Bermula sebagai penyanyi rap, penulis lagu, anggota kumpulan Bigbang seterusnya usahawan fesyen, G-Dragon kini menambah satu lagi jawatan ke dalam profil kerjayanya sebagai pensyarah.
G-Dragon jadi pensyarah
G-Dragon Jadi Profesor, Sumbang Kepakaran Bidang Pendidikan Korea Selatan
Pemilik nama Kwon Jiyong itu dilantik sebagai profesor jemputan di Korea Advanced Institute of Science & Technology atau dikenali sebagai KAIST. Ia merupakan salah satu universiti penyelidikan kebangsaan paling berprestij dan ketiga terbaik di Korea Selatan.
Menurut perjanjian yang ditandatangani oleh KAIST dan agensi Galaxy Corporation, penyanyi itu ditempatkan di bawah jabatan kejuruteraan mekanikal. Tempoh perkhidmatannya adalah selama dua tahun dari 4 Jun 2024 hingga 6 Jun 2026.
@tsrmakerz G-Dragon has become a special professor at KAIST. #GD will teach undergraduate and graduate students in the Department of Mechanical Engineering, giving lectures on leadership until June 2026. #GDRAGON is also set to give a speech at today’s event at KAIST, “Innovate Korea 2024.” 🫡🫡🫡 #kwonjiyong#gd#KAIST♬ Bloody Mary – Instrumental – Lucidity
G-Dragon akan menggunakan teknologi terkini KAIST dalam industri K-budaya untuk meningkatkan daya tarikan antarabangsa. Selain mengajar subjek kepimpinan buat pelajar sarjana muda, dia juga bertanggungjawab menganjurkan acara kebudayaan dan membawa pengalaman artistik untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Pada masa sama, penyanyi itu dilantik sebagai duta global dalam usaha mempromosikan KAIST di persada antarabangsa.
Rasa Teruja & Penghormatan Besar
Dalam acara Innovate Korea 2024 pada 5 Jun, G-Dragon, idola fesyen dan profesor jemputan di KAIST, meluahkan penghargaan menerusi rancangan bual bicara bersama Presiden KAIST. Beliau menganggap pelantikan ini sebagai penghormatan besar dan mengharapkan sinergi antara kepakaran sains dan hiburan akan membawa kejayaan besar seperti Bigbang.
Acara tersebut membincangkan teknologi masa hadapan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan K-pop. Ini bukan kali pertama KAIST bekerjasama dengan nama besar dalam hiburan; sebelum ini, Lee Soo Man dan Jo Sumi juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di KAIST.
Terbaik G-Dragon!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PENYANYI rap terkenal Altimet, membuat pendedahan tentang pendapatan seorang wakil rakyat dan Undangan Negeri (ADUN) di Malaysia.
Menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Fizie Roslan, Altimet atau nama sebenarnya Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad memaklumkan gaji yang diterimanya mencecah sebanyak RM16,000 sebulan.
Antara elaun yang disenaraikan termasuk elaun kehadiran sidang Dewan Rakyat, elaun kawasan, dan beberapa elaun lain yang berkaitan dengan tugas rasmi.
@dolspodcast Gaji wakil rakyat adalah sebanyak?? Layan Episod 38, 9 MALAM INI di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Podcast ini dibawakan khas untuk anda oleh Pop Motif Interior Pte Ltd A HDB licensed contractor 📞 8755-6538 IG: @popmotif.sg Fb: popmotif 💻 www.popmotif.sg Pop Motif Interior Pte Ltd Deserve To Be Noticed. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @Pop Motif Official @altimet #DolsPodcast♬ original sound – Dol’s Podcast
Beliau turut menegaskan bahawa jumlah bersih ini masih bergantung kepada potongan-potongan tertentu seperti cukai pendapatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000.
Dan tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk ‘top 3’ gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi.
Selain itu, pelantun lagu ‘Amboi’ juga mendedahkan seseorang yang bergelar wakil rakyat itu juga mendapat kemudahan untuk membuat pinjaman serta diberikan elaun tambahan.
Macam kakitangan kerajaan yang lain juga, kami ada kemudahan untuk buat pinjaman bagi membeli rumah dan kereta.
Dan sebahagian daripada elaun yang kami terima ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan itu (driver) wajib digunakan.
Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan jangan sampai tak ada ‘driver’ kalau tak bos akan tanya nanti.
Sekadar info, Altimet sekarang ini menjawat jawatan sebagai ADUN di Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.