
Jaguh berbasikal trek negara dikenali The Pocket Rocketman berusia 36 tahun itu meluahkan kesyukuran atas kurniaan pingat Darjah Kebesaran berkenaan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu menerusi hantarannya di laman sosial.
Memetik laporan Berita Harian, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu diterimanya dalam satu majlis sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-62 yang berlangsung di Istana Syarqiyyah.
“Merafak sembah dan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sultan Negeri Terengganu Darul Iman di atas pengurniaan pingat Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Tiupan Semangat Berjuang Di Sukan Olimpik Paris 2024
“Pengurniaan ini akan patik jadikan sebagai tiupan semangat buat diri patik untuk berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Patik sungguh terharu di atas pengurniaan ini dan berasa sungguh bertuah menjadi anak jati negeri Terengganu Darul Iman.
“Patik sekalian juga mendoakan agar KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan. Daulat Tuanku!” tulis Azizulhasni dalam hantaran di laman media sosialnya hari ini.
Azizulhasni sebelum ini turut dikurniakan darjah kebesaran yang sama ketika beliau sedang dalam persiapan akhir menggalas misi Malaysia memburu kilauan pingat emas sulung negara di Tokyo 2020 pada Julai 2021.
Azizulhasni bakal membuat penampilan kelima di Paris nanti sejak membuat penampilan sulungnya di pentas Olimpik di London 2012.
Sumber: Berita Harian
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jika Penuhi Kriteria Dua Kategori Ini, Anda Layak Mohon i-Sinar KWSP

Sepanjang tempoh minggu lalu ramai yang memperkatakan tentang program i-Sinar, skim pengeluaran wang pencarum Kumpulan Wang Sipanan Pekerja (KWSP) seperti dibentangkan di belanjawan lalu. Petang semalam, KWSP telah mengumumkan secara terperinci mengenai siapa yang layak dan apakah kriteria yang perlu dipenuhi. Jika layak seramai lapan juta ahlinya dijangka menikmati skim ini.
Dalam kenyataan medianya semalam KWSP memaklumkan bahawa terdapat dua kategori pencarum yang layak memohon.
KATEGORI 1
Bagi kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Bagi pemohon kategori berkenaan mereka boleh mula membuat permohonan secara dalam talian bermula 21 Disember dengan pembayaran kepada ahli yang layak akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.
Kriteria bagi kategori 1
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
- Ahli masih bekerja tapi berdepan pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020
Cara Permohonan
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020
BACA: Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu Permohonan i-Sinar KWSP
KATEGORI 2
Manakala bagi kategori 2 pula ia adalah untuk ahli yang masih lagi bekerja tetapi mengalmi pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas. Ini termasuklah pengurangan gaji, elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020. Dan pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti menerusi dokumen yang diberikan.
Bagi proses pengesahan, KWSP memerlukan beberapa dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa
- Dan jika ahli tidak dapat mengemukan dokumen di atas, sebarang dokumen seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan boleh diberi pertimbangan.
Bagi kategori 2, permohonan boleh dilakukan menerusi laman sesawang sama bermula pada 11 Januari 2021. Status permohonan akan dimaklumkan dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dilakukan. Pembayaran pula akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya.
JUMLAH KELAYAKAN
Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan akaun satu ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
- Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
- Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada akaun satu.
Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.
Semoga perkongsian ini boleh melancarkan permohonan. Jika layak mohonlah untuk meringankan beban dan dugaan ekonomi melanda anda.
Jangan lupa ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini dan menarik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Perut Berlipat Tanda Ada Kolesterol Jahat

KOLESTEROL JAHAT VS. KOLESTEROL BAIK
Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
BAGAIMANA KOLESTEROL BERFUNGSI?
- Lemak Dihantar ke Organ Hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan. - Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!)untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah. - Sebahagian LDLs Terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap pada dinding salur darah seperti sampah-sarap yang terperangkap sepanjang salur longkang, maka ini akan menyebabkan salur darah menjadi kecil dan sempit. - HDLs Menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan. - Jika Anda Makan Banyak Lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku.
TAHAP KOLESTEROL ADALAH APA YANG ANDA AMALKAN
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.
- Makanan Yang Anda Beli
- beli banyak makanan proses dan makanan segera
- beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan keju
- beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.
- Apa Yang Anda Makan
- makan banyak makanan goreng
- suka makanan berkrim dan dicurah sos
- makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat
- Cara Hidup Anda
- telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
- tidak bersenam secara berkala
- suka merokok
INI 8 CARA UNTUK KAWAL TAHAL KOLESTEROL DALAM BADAN ANDA
- Lebihkan buah dan sayuran
Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolesterol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolesterol ke dalam darah.
- Diet makanan omega 3
Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.
- Mengubah menu makanan
Sebaik-baiknya kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu. Kurangkan juga pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut di samping gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
Ubahlah dengan menggantikannya kepada semangkuk oat kerana ia memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolesterol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.
- Elak lemak tepu
Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolesterol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolesterol ‘jahat’.
- Lebihkan makanan fiber
Kita memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembarangan.
- Ubah gaya masakan
Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol. Jika sebelum ini corak penyediaan makanan anda lebih banyak menggunakan sumber-sumber berminyak atau lemak tidak tepu, ubah kepada yang lebih menyihatkan seperti mengurangkan penggunaan minyak dan seumpamanya.
- Tingkatkan senaman
Aktiviti fizikal seperti olahraga dan senaman sangat baik untuk kesihatan tubuh. Ia bukan sahaja membantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, malahan juga membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan rasa keinginan atau ketagihan untuk merokok. Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total. Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
- Kawal makan di luar
Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:
- Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
- Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
- Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Betul Ke? Buat-Buat Bercinta, Penonton Mula Naik Mual

Sudahlah berlakon dalam drama tv/filem, ada pula barisan artis yang bawa drama tu ke dunia realiti. Terutamanya cinta lokasi. Rata-rata pasangan selebriti yang berlakon bersama mesti ada gossip tentang mereka, hubungan secara rahsia dan paling kurang ada yang menjadikan itu sebagai bahan untuk menaikkan nama mereka. Jadi cinta lokasi ini hanyalah drama semata ataupun realiti? Jom tengok barisan artis yang pernah digosipkan tentang cinta lokasi.
Fazura & Shaheizy Sam
Masih ingat lagi filem Manisnya Cinta di Cappadoccia? Siapa sangka babak percintaan romantik di antara kedua pelakon ini bukan hanya wujud dalam lakonan, malah ia di bawa terus ke realiti. Nah! Bila ditanya masing-masing diam seribu bahasa. Bibit percintaan terjalin di saat mereka berdua menjalani pengambaraan file ini. Lama-kelamaan menjadi lebih serius.
Namun, teka-teki itu terjawab menerusi program realiti Facing Up to Fazura! apabila Fazura mengeluarkan pengakuan dimana dia memang ada hubungan serius bersama Shaheizy Sam. Apa yang peliknya, selepas itu, Saheizy Sam pula membuat pengakuan, dia tidak pernah menjalin hubungan bersama Fazura, jauh sekali untuk menjadi kekasih.
Jadi siapa yang betul? Masih berteka-teki mengenai persoalan itu.
Fattah Amin dan Neelofa
Drama Suri Hari Mr.Pilot menjadi fenomena besar apabila gosip diantara pelakon Neelofa dan Fattah Amin semakin meluas. Peminat bukan hanya mahu menonton lakonan mereka di dalam drama ini malah, peminat juga begitu obses mengenai hubungan mereka selepas tamatnya drama itu. Ternyata, rata-rata netizen kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.
Pengakuan yang dibuat oleh mereka di sebuah majlis hiburan memberi impak besar kepada peminat untuk ingin tahu tahap serius percintaan mereka. Namun permainan teka-teki masih berlanjutan sampaikan ada yang menganggap ini semua hanyalah sekadar drama semata-mata untuk menaikan rating penonton drama Suri Hati Mr.Pilot.
Akhirnya, dikatakan mereka putus dengan alasan yang masih samar namun kelihatan masing-masing memendam rasa. Apatah lagi bila Neelofa lihat Fattah bersama Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella? Makan hati mungkin?
Redza Rosli & Ayda Jebat
Apabila Ayda Jebat mengeluarkan statement “doakan saya & Redza”, peminat mereka menjadi tak tentu arah untuk mengetahui tahap serius hubungan cinta mereka berdua. Menerusi drama Ku Kirim Cinta, kemesraan mereka berdua jelas terlihat apabila masing-masing seakan selesa bersama.
Gambar-gamabr yang dimuat naik dalam akaun Instagram juga menguatkan lagi tentang hubungan percintaan mereka. Menurut Ayda, mereka tidak mempunyai sebarang pelan yang serius buat mereka. Namun, jika itu jodohnya, dia terima dengan seadanya.
Wah! Jawapan yang selalu kita dengar bila artis itu sedang bercinta. Betul? Apa-apapun kami mendoakan perkara baik untuk mereka berdua. Jangan berhenti sekerat jalan sudah ya.
Amyra Rosli & Ammar Baharin
Disebabkan selalu bergandingan bersama seperti dalam drama Dalam Dakapan Bidadari, Kristal Maya, Kalimah Jiwa, Suamiku Encik Sotong dan terbaharu, dan Cik Bunga Encik Sombong, akhirnya kontroversi yang tercetus diantara mereka berdua ini berkakhir dengan kebaikan.
Siapa sangka pelakon yang sama cantik, sama padan ini mengakhiri gosip mereka hingga ke jinjang pelamin? Selalu menolak soalan tentang mereka berdua, terutamanya Ammar yang sentiasa dengan jawapan,
“Saya dan Amyra hanyalah kawan baik, tidak lebih dari itu”
Senyap-senyap dah tengok lokasi perkahwinan ya. Tahniah untuk mereka berdua. Supaya artis lain yang hangat dengan gosip cinta lokasi ini berakhir seperti mereka.
Azrel Ismail & Ruhainies
Pernah digandingkan bersama menerusi drama Menantu Ting Tong, bibit percintaan mereka mula terjalin dan meninggalkan tanda Tanya kepada seluruh netizen.
Bila ditanya kepada dua-dua belah pihak, semuanya mengambil jalan untuk tidak menjelaskan apa-apa. Cover line ya?
Hinggalah Azrel Ismail membuat pengakuan di mana dia sayangkan Ruhainies dalam satu akhbar tempatan. Menurut Ruhainies, dia bukan berniat untuk berahsia, namun lebih manis jikalau pihak lelaki yang mengakui dahulu.
Jadi apakah status mereka hingga ke hari ini? Ataukah sekadar drama ataupun benar-benar bercinta? Kami doakan hanya yang terbaik untuk mereka.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI