Azizulhasni Awang Kongsi Kisah Hampir ‘Ditendang’ Kerana Sokong Gaza

Share

Seluruh dunia kini mengecam keras tindakan dan jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap bumi Palestin terutamanya di Gaza yang berlaku sekarang.

Ini bukanlah kali pertama malah kekejaman daserangan tak berperikemanusiaan ini telah berlarutan selama berdekad lamanya. Lebih malang lagi kebanyakan yang menjadi mangsa ialah golongan orang tua dan juga kanak-kanak. Terbaru, serangan terhadap sebuah hospital telah mengakibatkan ratusan nyawa tidak bersalah telah terkorban.

Selain orang awam individu-individu berpengaruh seperti pemimpin, artis, selebriti dan juga ahli sukan profesional mula menyuarakan sokongan mereka terhadap Palestin dan mengecam jenayah perang yang dilakukan rejim Zionis.

Foto: Getty Images

Namun malangnya suara-suara ini kebanyakannya disekat tertutamanya di negara-negara luar seperti di Eropah. Jaguh dan legenda lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang berkongsi sebuah kissah bagaimana dia hampir disingkirkan dari kejohanan dan perkampungan suka ketika menyertai pertandingan besar di Eropah.

“Pada Julai 2014, saya hampir di tendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.

Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej Save Gaza di atas glove yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia,” jelas beliau melalui satu perkongsian di Facebook kendaliannya.

Foto: Getty Images

Menurutnya lagi, ketika kejohanan itu berlangsung, Gaza berdepan serangan yang cukup dahsyat dan dibom tentera rejim tersebut. Pada serangan itu juga menyaksikan ramai mangsa menjadi korban termasuklah wanita, kanak-kanak dan juga bayi.

“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan. Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza.

“Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia. Namun, apabila giliran mereka semuanya boleh pula. Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai freedom of speech dan juga humanitarian support,” tambannya lagi.

Azizulhasni terus menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat dunia amnya untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.

Teruskan memberi sokongan anda dari apa jua bentuk dan cara. Semoga Palestin akan bebas!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim