Nama Azeem Fahmi terus menjadi sebutan dalam arena pecut Malaysia apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam tempoh kurang sebulan.
Kejayaan luar biasa ini membuktikan bahawa pelari muda ini berada di landasan tepat untuk mencipta kejayaan lebih besar di pentas antarabangsa.
Dalam perlumbaan akhir Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC di Bryan-College Station, Texas, awal pagi semalam, Azeem yang mewakili Universiti Auburn mencatat masa luar biasa 6.56 saat (s).
Foto: X @AuburnTFXC
Catatan ini bukan sahaja membolehkannya memperbaharui rekod kebangsaan, malah meletakkannya sebagai pemenang pingat gangsa di kejohanan berprestij itu.
Peluang Ke Pentas NCAA
Azeem yang kini berusia 20 tahun, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang pelari Arkansas, Jordan Anthony (6.54s) dan rakan sepasukannya dari Auburn, Israel Okon (6.55s).
Kejayaan ini menambah lagi senarai pencapaiannya selepas mencatat 6.60s dalam Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Universiti Clemson, Amerika Syarikat (AS) pada 14 Februari lalu.
Ads
Prestasi luar biasa yang ditampilkan Azeem ini membuka peluang lebih luas untuknya bersaing di Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), yang dijadualkan berlangsung pada 14 Mac depan di Virginia, AS.
Namun, penyertaannya masih bergantung kepada kedudukannya dalam senarai 16 terbaik NCAA yang dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.
Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan Azeem untuk terus melakar kejayaan di peringkat tertinggi.
Ads
“Sekali lagi, ini adalah satu perkembangan yang sangat baik untuk Azeem apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 60m sebanyak dua kali.
“Kini, kami sedang menunggu pengesahan sama ada Azeem berjaya berada dalam kelompok 16 terbaik NCAA untuk layak ke Kejohanan NCAA pada 14 dan 15 Mac ini. Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi,” katanya.
Kejayaan Azeem ini bukan sahaja membanggakan negara tetapi turut menjadi inspirasi kepada atlet muda lain yang ingin mencipta nama di pentas dunia. Kejayaannya adalah bukti bahawa dengan kerja keras, disiplin, dan semangat juang tinggi, tiada yang mustahil dalam dunia sukan.
Semoga Azeem Fahmi terus melakar kejayaan di masa akan datang dan mengharumkan nama negara di persada sukan olahraga di peringkat paling tinggi.
Sumber: Astro Arena dan Kosmo!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kemunculan model kelahiran Malaysia, Ridzman Zidaine untuk kembali berjalan di pentas peragaan Minggu Fesyen Milan mencuri tumpuan pemerhati fesyen tanah air.
Mengikut laporan, Ridzman Zidaine sekali lagi diberi peluang catwalk untuk jenama mewah terkenal Emporio Armani di Milan Fashion Week beberapa hari lepas.
Malah, pemuda ini juga dipilih jadi Model Louis Vuitton beberapa minggu lepas…
Memulakan Kerjaya Di Usia 19 Tahun
Pada usia 19 tahun, Ridzman memulakan kerjaya sebagai seorang model menerusi agensi TopBoi Citizen di Malaysia yang diasaskan oleh jurufoto terkenal, Ridduan Ismail aka TTFGA (Tukang Tangkap Foto Gembira Anda).
Ya! Nama Ridzman dipetik daripada nama bekas pemain bola sepak Perancis & an overall legend, Zinedine Zidane. FOTO: Instagram @ridzmanzidaine
Setelah disunting oleh agensi itu, model ini terus melakukan kemunculan debut di Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan seterusnya melakar kerjaya sebagai seorang model sepanjang dua tahun selepas itu.
Sambung Pengajian Di London
Tidak lama kemudian apabila Ridzman memutuskan untuk menyambung pengajian di London, dia menempah peluang untuk beraksi di acara Minggu Fesyen London dan Minggu Fesyen Paris pula pada tahun lalu.
Di sana, dia diwakili oleh agensi Next Models Managment yang juga menghimpunkan model terkenal seperti Ana Beatriz Barros, Imogen Waterhouse, Alexa Chung dan Kit Butler.
Suasana minggu fesyen di Eropah pastinya mempunyai perbezaan jelas dengan minggu fesyen Kuala Lumpur terutamanya dari segi penjagaan masa yang amat ketat dan tentunya.
Sebab itulah, korang melihat pertunjukan fesyen di sana dilangsungkan di lokasi berlainan mengikut hala tuju koleksi mereka pada musim itu. It is all about the money..
Berikan Yang Terbaik
Kata Ridzman, tugasnya sebagai seorang model tidak jauh berbeza sama di lapangan fesyen Malaysia mahupun antarabangsa di mana dia masih akan memberikan yang terbaik semasa berjalan di pentas peragaan mengikut idea sesebuah jenama.
“Saya teruja dan gembira dengan kerjaya yang saya punyai sekarang. Dan dengan sokongan media dari tanah air yang melaporkan mengenai debut saya dahulu di Eropah, ia tentunya membuatkan saya terharu,” katanya.
Ridzman di pertunjukan fesyen Joe Chia sempena S/S 2023 sempena Mercedes-Benz Fashion Week. FOTO: Instagram @ridzmanzidaine
Trust the process
Apabila diminta untuk berkongsi sedikit tip bagi seorang model tempatan melangkah ke peringkat antarabangsa, jelasnya,
“Agak janggal juga bagi saya untuk memberikan nasihat kepada model-model tanah air memandangkan saya juga masih baharu dalam industri ini.
“Cuma apa yang boleh saya katakan adalah jadi sahaja diri sendiri dan usah gentar untuk keluar dari zon selesa. Trust the process dan sentiasa bersabar kerana impian sememangnya boleh terlaksana,” simpul Ridzman.
G-Dragon, nama yang tak asing dalam industri Korea Selatan.
Bermula sebagai penyanyi rap, penulis lagu, anggota kumpulan Bigbang seterusnya usahawan fesyen, G-Dragon kini menambah satu lagi jawatan ke dalam profil kerjayanya sebagai pensyarah.
G-Dragon jadi pensyarah
G-Dragon Jadi Profesor, Sumbang Kepakaran Bidang Pendidikan Korea Selatan
Pemilik nama Kwon Jiyong itu dilantik sebagai profesor jemputan di Korea Advanced Institute of Science & Technology atau dikenali sebagai KAIST. Ia merupakan salah satu universiti penyelidikan kebangsaan paling berprestij dan ketiga terbaik di Korea Selatan.
Menurut perjanjian yang ditandatangani oleh KAIST dan agensi Galaxy Corporation, penyanyi itu ditempatkan di bawah jabatan kejuruteraan mekanikal. Tempoh perkhidmatannya adalah selama dua tahun dari 4 Jun 2024 hingga 6 Jun 2026.
@tsrmakerz G-Dragon has become a special professor at KAIST. #GD will teach undergraduate and graduate students in the Department of Mechanical Engineering, giving lectures on leadership until June 2026. #GDRAGON is also set to give a speech at today’s event at KAIST, “Innovate Korea 2024.” 🫡🫡🫡 #kwonjiyong#gd#KAIST♬ Bloody Mary – Instrumental – Lucidity
G-Dragon akan menggunakan teknologi terkini KAIST dalam industri K-budaya untuk meningkatkan daya tarikan antarabangsa. Selain mengajar subjek kepimpinan buat pelajar sarjana muda, dia juga bertanggungjawab menganjurkan acara kebudayaan dan membawa pengalaman artistik untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Pada masa sama, penyanyi itu dilantik sebagai duta global dalam usaha mempromosikan KAIST di persada antarabangsa.
Rasa Teruja & Penghormatan Besar
Dalam acara Innovate Korea 2024 pada 5 Jun, G-Dragon, idola fesyen dan profesor jemputan di KAIST, meluahkan penghargaan menerusi rancangan bual bicara bersama Presiden KAIST. Beliau menganggap pelantikan ini sebagai penghormatan besar dan mengharapkan sinergi antara kepakaran sains dan hiburan akan membawa kejayaan besar seperti Bigbang.
Acara tersebut membincangkan teknologi masa hadapan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan K-pop. Ini bukan kali pertama KAIST bekerjasama dengan nama besar dalam hiburan; sebelum ini, Lee Soo Man dan Jo Sumi juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di KAIST.
Terbaik G-Dragon!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bijak menaik taraf kehidupan, penyanyi Black Hanifah terjun ke bidang perniagaan.
Tidak dilahirkan dalam keluarga kaya dan mewah menyebabkan pelantun lagu Teman Pengganti ini berusaha keras meraih kesenangan hidup sehinggalah berjaya mengumpul beberapa aset demi masa depan. Tahniah!
Black kembali menjadi bualan apabila dia membuka sebuah villa peranginan di Pulau Langkawi, Kedah yang dikenali sebagai Rindu D’Villa. Khabar gembira itu dikongsikan Black sendiri di Instagram miliknya sebelum ini dengan menunjukkan setiap perkembangan pembinaan villa berkenaan.
Villa sempena nama puteri kesayangan
Lebih manis, dia menamakan villa itu sempena nama puteri kesayangan iaitu RIndu Dayyana. Rindu D’Villa dibina berkonsepkan Bali yang terletak di Cow Hill, Kedawang, Langkawi mengambil masa kira-kira tiga bulan.
Jelas pemilik nama Hanifah Md Hanafiah ini, Rindu D’Villa dibina Black sendiri dan dibantu empat pekerja yang dibawa dari Kuala Lumpur.
Dia yang kini berusia 36 tahun berkata Rindu D’Villa sudah bersedia menerima kunjungan tetamu dan tempahan sudah mula dibuka pada bulan Mac.
Pelaburan Masa Depan
Difahamkan, Black juga tidak menolak kemungkinan bakal menambah villa di sekitar lokasi tersebut pada masa depan kerana menganggap ia satu pelaburan yang baik untuk masa depan keluarga.
Saban tahun, pasti ada aset baru yang dimiliki anak seni ini. Januari tahun lalu misalnya, Black berkongsi proses ubah suai kediaman dua tingkat miliknya yang serba moden dan eksklusif.
Kredit Instagram @black.hanifahKredit Instagram @black.hanifahKredit Instagram @black.hanifah
Pada tahun 2019, dia dilaporkan menghadiahkan ibu bapanya banglo dan tiga chalet iaitu D’Sawah Chalet di Kupang, Baling, Kedah yang harganya dianggarkan mencecah RM200,000!
Black menjelaskan kediaman itu dibina atas tanah milik bapanya selepas mereka berhasrat menetap di kampung.