Sensitiviti, saiz, serta kekuatan tegang zakar, semuanya berkaitan dengan kesihatan tubuh lelaki secara keseluruhan.
1. Zakar Mengecut Apabila Suhu Terlalu Sejuk Atau Terlalu Panas
Pengeluaran sperma akan berkembang subur pada suhu di bawah suhu normal badan. Ketika lelaki kesejukan, zakarnya akan mengecut. Menurut Harvard Health Publications, ini terjadi kerana saluran darah pada zakar tertutup kerana suhu sejuk, tetapi masih akan kembali ke saiz biasa ketika ada aliran darah.
Suhu terlalu sejuk atau terlalu panas berbanding suhu normal tubuh, boleh memberi kesan negatif pada sperma dan pengeluaran testosteron. Lelaki disyorkan menjaga kawasan genitalnya sedikit lebih sejuk daripada suhu badan, mengelakkan seluar ketat dan berendam terlalu lama dalam kolam air panas, agar sperma tetap sihat.
Ads
2. Penggunaan Alkohol dan Ketegangan Zakar
Mengambil terlalu banyak alkohol bukan hanya merosakkan hati, malah untuk kesihatan zakar juga. Keupayaan zakar untuk tegang sepenuhnya boleh terhalang jika mengambil alkohol terlalu banyak. Alkohol menyebabkan penyahhidratan di mana ia menyebabkan jumlah darah berkurang dan meningkatkan angiotensin, iaitu hormon yang berkaitan dengan mati pucuk.
3. Merokok dan Arteri Zakar
Merokok akan menyebabkan saluran darah jantung tersumbat, termasuk saluran darah pada zakar. Akibatnya, zakar akan gagal untuk tegang sepenuhnya. Bahan kimia beracun dalam asap rokok juga akan merosakkan tisu-tisu sensitif pada zakar, yang akan menyebabkan masalah mati pucuk
4. Penurunan sensitiviti zakar
Penurunan sensitiviti zakar munasabah berlaku kerana pertambahan usia, walaupun berapa banyak sensitiviti yang hilang tidak ditakrifkan. Menurut jabatan psikologi di University of Texas di Austin, penurunan libido berkaitan usia biasanya dikaitkan dengan penurunan tahap testosteron dan perubahan sensitiviti reseptor androgen. Sensitiviti mulai menurun pada usia 25 tahun dan penurunan paling tajam kelihatan pada lelaki antara usia 65 dan 75 tahun.
Ads
5. Ereksi pagi petanda zakar sihat
Jika lelaki masih mengalami nocturnal penile tumescence atau tegang pagi, ertinya zakarnya masih cergas. Otot zakar harus menerima oksigen melalui aliran darah yang menyebabkannya membesar dan menjadi tegang. Jika lelaki tidak mengalami tegang seperti biasa, rangkaian zakar boleh menjadi kurang anjal dan mengecut, yang boleh membuat zakar memendek 1 hingga 2 cm.
6. Vasektomi tak menghentikan pengeluaran air mani
Lelaki boleh memilih vasektomi untuk mencegah pelepasan sperma ketika ia berejakulasi untuk menghilangkan risiko kehamilan, atau kerana alasan peribadi lain. Selepas prosedur pembedahan, jumlah sperma secara berperingkat mulai menurun. 2 sehingga 3 bulan kemudian sperma tidak lagi hadir dalam air mani, menurut Medline Plus. Namun prosedur tersebut tidak menghentikan pengeluaran air mani. Ertinya, lelaki tetap boleh ejakulasi air mani tapi tanpa adanya sperma.
Ads
7. Zakar adalah rumah bagi bakteria
Kulit zakar adalah persekitaran yang ideal bagi bakteria untuk berkembang biak, tetapi jumlahnya bergantung pada sama ada lelaki tersebut bersunat atau tidak. Satu kajian dalam jurnal American Society for Microbiology, mencari lebih sedikit bakteria pada zakar lelaki yang disunat, berbanding dengan sampel yang diambil ketika mereka belum bersunat.
Bersunat mengubah ekologi bakteria dari zakar, yang mungkin menjelaskan mengapa memotong kulup atau sunat mengurangkan risiko jangkitan HIV.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Takut dengan kenyataan baki simpanan yang ada hanya cukup-cukup untuk menghadapi sampai akhir bulan atau lebih menakutkan lagi yang tiada baki langsung walau untuk perbelanjaan harian diri sendiri.
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang berkongsi situasi begini, mungkin tips-tips yang bakal kami kongsikan dapat membantu anda untuk kembali membina kewangan anda selepas musim-musim perayaan ini.
Baru-baru ini admin terbaca satu posting saudara Amir Syahir tentang isu ini, rasanya tip ini sangat bagus dan berguna untuk kita semua..
1. Turunkan Taraf Hidup
Kalau dulu, setiap dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Lepas ni kurangkanlah. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, biarlah selepas menyimpan dan bayar hutang.
Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak.
.
2. Tahan Nafsu Berbelanja
Walaupun tak ada duit, tapi nak juga membeli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai. Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.
.
3. Simpan Sebelum Berbelanja
Bila kau simpan wang dalam akaun bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan 10% gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Nak buat ASB Financing pun elok juga. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank kau. Sebagai force saving. Jadi, selebihnya kau berbelanja lah.
.
4. Pendapatan Sampingan
Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online, ambil upah jadi runner atau Grabcar. Berhenti mengeluh tapi berpeluhlah cari pendapatan sampingan.
.
5. Buat Bajet & Ikut
Rangka bajet, tulis dan patuhinya. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting.
6. Jangan Membazir
Jauhkan diri daripada sifat membazir. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Baju, kasut yang elok lagi tak perlu beli baru. Guna sampai habis, pakai sampai rosak.
.
7. Bawa Bekal Ke Tempat Kerja
Paling senang, bawa bekal ke pejabat. Sarapan tu dekat rumah atau dekat pejabat je. Tapayana makan kat kedai makan. Buat sendiri air milo pastu cicah roti. Simple. Makan kat rumah je untuk sebulan dua ni. Tak payah makan kat luar.
Di harap berkongsian dari lelaki ini sedikit sebanyak dapat bantu korang semua yang tengah pokai dek sakan beraya hari tu.
Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan
Tidur bukan keutamaan
Kebanyakan orang meremehkan waktu tidur mereka dan lebih memilih melakukan kegiatan lain seperti bermain permainan video, melepak dengan kawan-kawan di luar atau menonton cerita lewat malam daripada tidur mengikut waktunya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur cenderung akan mengambil lebih banyak kalori dibandingkan orang yang cukup tidur kerana mempunyai masa yang ada dengan makan, bukan berehat atau tidur. Jika anda sudah terbiasa dengan kurang tidur, berkemungkinan besar anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori sehingga membuatkan anda lebih cepat gemuk.
Kualiti tidur rendah
Jika anda merupakan orang yang jenis tepat pada waktunya, tetapi mudah terbangun pada tengah malam ataupun tidur yang mudah terganggu, itu bermakna anda mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Kualiti tidur yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana mudah merasa tertekan. Kualiti tidur seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal kecemasan, stres dan seumpamanya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, seelok-eloknya lakukan sedikit senaman atau meditasi. Matikan segala objek elektronik atau letak dalam mod silent agar tidur anda tidak terganggu dengan bunyinya.
Makan sebelum tidur
Makan sebelum masuk tidur adalah tabiat yang tidak elok. Kesannya anda akan mengambil lebih makanan berat dan berkalori tinggi dengan berharap dapat tidur lebih lama dan nyenyak. Tabiat ini boleh diubah jika anda masih berasa lapar sebelum tidur dengan mengambil minuman segelas susu atau malt coklat dan beberapa biji kurma atau kismis. Makanan ini tidak mengenyangkan tetapi mampu menahan perut anda dari terus lapar. Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berpudina bagi mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam.
Bangun lewat
Adakah anda seorang yang suka tidur lewat atau kerap menukar kepada mod snooze tiap kali alarm telefon berbunyi? Sebaiknya ubah tabiat itu dengan terus bangun dan jangan sambung tidur. Tidur lewat akan membuatkan anda akan bangun lewat pada keesokannya harinya dan ini akan membuatkan anda berada dalam keadaan lapar dua kali ganda dari biasa. Tidak hairan jika ada kemungkinannya anda akan makan dengan banyak. Tabiat ini jika tidak diubah lama-kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, tidurlah di awal waktu dan ini akan membuatkan anda bangun pagi lebih awal.
Jadi, waktu sarapan anda lebih teratur dan berpada-pada. Atasinya dengan segera bangun jika terjaga dengan bunyi alarm walaupun masih terasa mengantuk dan buat sedikit regangan dan senaman ringan. Hirup udara pagi yang segar mampu membuatkan anda terasa lebih cergas untuk memulakan hari baru.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jerawat bukan satu benda dan perkara yang pelik kan. Jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk. Yang teruk tu bahaya sebab ia boleh membabitkan emosi bila kita rasa kurang berkeyakinan dan malu.
Oleh itu, jangan risau lagi kerana anda boleh cuba petua berkesan menggunakan timun dan kunyit ini untuk kecutkan jerawat tanpa meninggalkan parut!
PETUA BERKESAN KECUTKAN JERAWAT TANPA PARUT
Ni percubaan pertama aku mengunakan kunyit dan timun. Aku share pengalaman aku yea. Tujuan aku pakai mask ni. Sebenarnya nak kecutkan jerawat kat atas kening ni dan aku campur dengan timun untuk haluskan kulit aku dan kecilkan pori pori. Timun tu juga bertindak untuk mengawal minyak yang bertakung kat muka aku ni. Haha
Perbezaan selepas aku pakai mask kunyit timun ni. Muka nampak lebih fresh. Kulit rasa lembut. Jerawat atas kening dah mula tunjuk kesan nak mengecut. Kulit aku jenis berminyak. Aku pakai pagi. Alhamdulillah sampai malam kulit aku mantain ja tak berminyak. Sampai malam kulit mantain lembut dan lembab. Mungkin sebab aku buh timun tu. Pori pun nampak lebih halus.
Kunyit tu hampa buh 1 sudu kecik. Sudu kfc tu. Pakai jangan lama sangat. Nanti muka jadi kuning. Pakai dalam 5 minit dan terus cuci guna air bersih.
1. Parutkan timun
2. Campur bersama kunyit
3. Gaulkan sehingga sebati
4. Inilah hasilnya. Boleh letak di wajah anda.
Posted by Nauf Safuan on Tuesday, 20 February 2018