Ulser Mulut ialah sejenis luka dalam mulut yang sangat sakit dan akan mengambil beberapa hari untuk sembuh. Ia juga dikenali sebagai ‘mata ikan’ bagi sesetengah negeri.
Tabiat tergigit dinding mulut disusuli dengan pengambilan makanan pedas dan masam boleh memberi kesan kepada bahagian tercedera mendapat komplikasi ulser di mulut.
Ia diburukkan lagi dengan tabiat kurang minum air serta bahagian dalam mulut kering menyebabkan ulser lambat sembuh.
Antara yang menjadi faktor utama dari terkena ulser mulut adalah luka akibat gosok gigi ataupun tergigit saat mengunyah sesatu yang kenyal.
Mulut sensitif pada makanan berasid seperti strawberi, nanas dan limau. Penggunaan braces juga menjadi antara penyebab mulut terdedah dari terkena ulser kerana permukaan dawai yang mencucuk hingga membuatkan mulut anda terluka denga nagak teruk.
Kurangnya vitamin B12, Folate dan Zat besi juga menjadi faktor daripada terkena risiko seperti ini. Malah, jangkitan bakteria, virus atau kulat juga memaikan perenanan.
Sekiranya anda ada ulser, untuk mengurangkan dan membuatkan mulut anda terasa lebih selesa adalah dengan berkumur dengan menggunakan air garam.
Dengan meletakkan susu di tempat ulser juga akan menyembuhkan. Kerana susus mempunyai magnesium dan diperlukan ataupun anda boleh dapatkan ubatan jenis gel dan sapu di bahagian berkenaan. Malah, meletakkan ais di kawasan ulser juga akan melegakan kesakitan.
Namun, Ulser mulut yang tidak sembuh melebihi 2 minggu perlu pemeriksaan lanjut oleh pakar. Ia mungkin kanser.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI