Apa itu Tech Neck? Pasti anda tertanya-tanya bukan mengapa ia di panggil Tech Neck? Tech Neck adalah masalah kesakitan dan kecederaan tengkuk akibat menggunakan technologi seperti gadget.
Bayangkan sekiranya ada kampit beras dengan berat 27 kg diletakkan di atas tengkuk anda sepanjang hari. Pasti tekanan di leher dapat dirasai bukan? Itulah yang berlaku sekiranya anda tunduk melihat gadget sepanjang hari.
Dalam posisi menegak, tengkuk boleh menampung berat kepala (4.5-5.4kg). Apabila anda tunduk ke bawah, beban berat ini akan meningkat sehingga 2 kali ganda!
Semakin anda tunduk, dengan dagu rapat menyentuh ke dada, semakin tinggi beban berat yang tengkuk perlu tanggung.
Antara Gejalanya ialah sakit atau lenguh tengkuk, bahu serta akan mengakibatkan anda sakit kepala. Silap hari bulan akan mengakibatkan sesak nafas serta lenguh dan kebas tangan.
Baca: Senaman Jari & Tangan Selepas Lama Menggunakan Telefon Pintar
Sekiranya berterusan, masalah yang lebih serius menanti. Tulang tengkuk akan alami radang dan mula haus. Saraf tunjang boleh terhimpit dan saraf di tangan boleh rosak.
Antara yang boleh ada lakukan sekiranya anda ada gejala-gelaja seperti di atas adalah berhenti tengok phone seketika, berikan otot anda berehat dengan baring tegak selama beberapa minit atau buatkan senaman leher dan bahu untuk menjalankan darah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kenali Mesin Senaman Otot Belakang Di Gim & Cara Menggunakannya
Isi Kandungan
ToggleOtot belakang yang mantap mampu memperbaiki bentuk tubuh anda agar kelihatan lebih tegap dan maskulin. Jika anda melangkah ke gim, terdapat pelbagai mesin senaman dengan bermacam variasi untuk anda melatih otot belakang. Menerusi video di Youtube Maskulin, pempengaruh kecergasan Aiman Radzi memberikan panduan untuk menggunakan mesin di gim bagi melatih otot berkenaan.
Lat Pulldown
Jika anda pernah ke beberapa gim, anda boleh melihat pelbagai variasi mesin senaman lat pulldown. Sesetengah pemegangnya berbentuk memanjang (long bar), dan ada juga yang berbentuk V (V-bar). Menurut Aiman, pemegang berbentuk V memberi lebih tekanan pada bahagian bawah belakang badan.
Dalam senaman ini, anda perlu meletakkan tenaga menarik mesin berkenaan pada bahagian siku, bukannya bisep. Selain itu, pastikan anda duduk dengan postur yang betul dan selesa. Jangan membongkok, pastikan sentiasa mendada. Pastikan juga bahagian tulang belikat anda mengepak sehingga seakan-akan mengepit tulang belakang anda.
Tarik pemegang hingga ke paras dada dengan laju, dan lepaskan semula secara perlahan-lahan untuk memaksimakan tekanan. Senaman ini dicadangkan untuk dilakukan sebanyak 15 repitisi untuk tiga hingga empat set, menggunakan bebanan bersesuaian dengan kemampuan anda.
Seated Cable Row
Mesin senaman ini juga boleh menggunakan pemegang jenis long bar ataupun V-bar. Untuk memberi tumpuan kepada otot trapezius (otot berbentuk segitiga di tengah bahagian atas belakang), pemegang jenis long-bar adalah lebih sesuai.
Pastikan duduk dalam keadaan yang selesa dengan postur yang betul, iaitu mendada. Ketika menarik, pemegang boleh ditarik sama ada ke paras perut, paras dada atau paras leher. Ketiga-tiganya tidak salah, namun akan memberikan tekanan yang berbeza pada bahagian trapezius.
Paras yang paling selesa ialah pada paras perut. Pastikan anda meletakkan tenaga di bahagian siku ketika menarik bebanan. Senaman ini dicadangkan untuk dilakukan sebanyak 15 repitisi untuk tiga hingga empat set, menggunakan bebanan bersesuaian dengan kemampuan anda.
Bagaimanapun, pastikan anda mengenal pasti kemampuan diri anda agar dapat melakukan senaman dengan berkesan dan selamat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Minuman Penghapus Jerawat
Tahukah anda, terdapat langkah semula jadi yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat dalam tempoh sehari iaitu dengan meminum minuman beberapa jenis minuman.
Berikut kami senaraikan empat minuman yang mujarab untuk menghilangkan jerawat dalam tempoh yang sigkat:
1. Cuka Epal
Cuka epal sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat. Kebiasaannya cuka epal akan digunakan sebagai toner wajah, tetapi tahukah anda bahawa cuka ini amat berkesan bagi mengeringkan jerawat. Lebih mengejutkan, tempoh yang diambil untuk mengecutkan jerawat tersebut hanyalah dalam masa satu hari, dan bergantung kepada jenis kulit.
2. Jus Timun
Kebiasaannya kita sering menggunakan timun untuk diletakkan pada bahagian mata bagi menghilangkan lingkaran gelap. Selain itu, timun juga mengandungi vitamin C yang dipercayai berkesan untuk menghilangkan jerawat. Selain membantu menghilangkan jerawat, jus timun juga boleh membantu menyegarkan badan.
3. Teh Hijau
Tahukah anda, selain membantu dalam mengurangkan berat badan dan membuang toksin, teh hijau juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan baik untuk kulit. Antara kebaikan teh hijau ini juga adalah untuk menghilangkan jerawat di wajah.
4. Air Lemon
Selain bertindak untuk mengurangkan masalah perut buncit, air lemon juga amat berkesan untuk menghilangkan jerawat pada muka. Dengan mengamalkan air ini setiap hari, kulit anda pasti akan menjadi lebih bersih tanpa sebarang masalah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Marah Bila Kawan Tegur Kulit Anda Terlalu Berminyak, Cuba 6 Cara Mudah Ini
Isi Kandungan
Toggle1. Katakan ‘YA’ Kepada Pencuci Muka
Kalau anda jenis yang liat untuk membersihkan muka. Anda perlu ubah tabiat buruk anda itu.
Kajian menunjukkan cara terbaik untuk mengawal minyak berlebihan adalah dengan membersih dan memastikan wajah bersih pada setiap masa. Penting untuk membersihkan muka 2-3 kali sehari untuk mencegah liang tersumbat, jerawat dan sebagainya.
Carilah pembersih muka yang bebas minyak. Sabun berubat juga berguna untuk membersihkan kulit berminyak. Bagaimanapun, jangan membersihkan muka dengan kasar kerana ini akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak.
Carilah produk yang mengandungi satu atau lebih bahan-bahan ini:
Salicylic Acid, Tea tree oil, Neem, Turmeric dan madu.
2. Skrub Bagus Untuk Kulit Berminyak
Adalah penting untuk memastikan kulit berminyak mengelupas sebanyak satu atau dua kali seminggu. Ini merupakan salah satu tips penting. Sebum berlebihan mengakibatkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit sekaligus menyebabkannya berjerawat, bintik hitam atau putih dan kulit menjadi kusam.
Untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati ini dan dalam masa yang sama memperbaharui permukaan kulit anda, menyental muka dengan skrub perlu dijadikan sebahagian rutin dalam penjagaan kulit. Sekali lagi diingatkan, kita perlu menyental wajah dengan lembut dan bukan dengan cara yang keras.
3. Belai Wajah Dengan Topeng Muka Secara Mingguan
Selepas menggunakan skrub, ia perlu disusuli pula dengan penggunaan topeng muka (face mask). Topeng muka ini perlu dibuat secara mingguan bagi kesan yang optimum.
Kita boleh mendapatkan topeng muka yang mengandungi tanah liat seperti kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.
Kita juga boleh buat sendiri topeng muka menggunakan bahan semulajadi berikut seperti:
- PISANG – Pisang boleh digunakan sebagai mask kerana ia kaya dengan Vitamin A, B dan E yang bagus untuk awet muda. Lenyekkan pisang lalu sapukan secara lembut pada wajah dan leher selama lebih kurang 20 minit dan kemudian bilas bersih-bersih. Mudahkan?
- LEMON – Vitamin C yang terkandung dalam lemon boleh membantu kulit menjadi lebih cerah dan mengurangkan parut jerawat. Ambil kulit lemon kemudian hancurkan nipis-nipis. Seterusnya, tambahkan madu. Sapukan ke muka dan leher kita.
- EPAL – Epal banyak antioksidan yang dapat mencegah sel-sel kulit dari rosak. Jangan tak tahu, epal juga kaya dengan elastin dan kolagen. Nutrisi tersebut membuatkan kulit kekal muda. Epal dikisar dan kemudiannya dicampurkan bersama madu dan air mawar. Bila disapu ke kulit muka, dalam beberapa minggu kulit akan semakin cerah dan awet muda.
- BETIK – Seperti epal yang kaya dengan antioksidan bagi mengekalkan keremajaan kulit. Terdapat bahan istimewa dalam betik yang membantu membuang sel-sel kulit mati dan membuat kulit semakin cerah. Betik ditumbuk lumat dan sapukan saja pada kulit kita.
4. Toner Tanpa Alkohol Setiap Hari Adalah Jawapannya!
Seterusnya adalah amat mudah iaitu menggunakan toner tanpa alkohol untuk membersihkan kulit muka secara konsisten pada tiap-tiap hari.
Ia dapat membantu dalam menghilangkan minyak yang berlebihan sekaligus membuang kotoran degil dari kulit kita. Pastikan jenama toner yang digunakan adalah bebas alkohol untuk kesan yang terbaik mengawal sebum dan tidak merosakkan kulit.
5. Pelembab Jangan Pula Diabaikan
Kepercayaan yang popular di luar sana bahawa kulit berminyak tidak memerlukan pelembap. Namun begitu, ia sebenarnya adalah sebaliknya.
Kulit berminyak memerlukan pelembap dan hidrasi kerana pengelupasan kulit akan menyebabkan kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengganti minyak yang telah dibuang.
Namun, kita mesti pastikan pelembap muka yang digunakan mestilah berasaskan air dan bebas minyak.
6. Jangan Takut Dengan Krim Pelindung Matahari!
Ramai lelaki yang mempunyai masalah kulit berminyak tidak mahu atau takut untuk memakai krim pelindung matahari kerana berasa bimbang wajah kelihatan berminyak dan tidak menarik.
Akhirnya, timbul masalah lain seperti berjeragat, berjerawat, pigmentasi dan lain-lain akibat daripada kesan pancaran matahari ke atas kulit. Pilihlah krim pelindung sinaran matahari yang berasaskan gel agar kulit muka anda dapat dilindungi dari sinar ultra ungu.
Tinggalkan makanan manis dan makanan ringan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membuang toksin.
Jangan lupa untuk makan sekurang-kurangnya sebiji buah-buahan setiap hari dan sayur-sayuran hijau dalam diet kita. Semua ini akan membantu untuk mengawal pengeluaran minyak oleh kulit supaya tidak berlebihan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI