Kesibukan dalam melakukan kerja mungkin menjadi salah satu punca kamu menahan kencingkan?
Tak elok sebenarnya tau menahan kencing ni, apatah lagi jika ia dalam tempoh yang lama, kerana ia mampu memberi kesan buruk pada kesihatan.
Pembuangan air kecil (kencing) adalah salah satu proses yang menunjukkan sistem penghadaman kita bekerja secara normal. Sisa-sisa penghadaman yang sudah selesai dibersihkan oleh tubuh akan keluar melalui air kencing. Jika kita kerap menahan kencing, ia akan menjejaskan proses pembuangan kekotoran akan meningkatkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saluran pembuangan air kecil.
PUNCA PENYAKIT BATU KARANG?
Untuk pengetahuan umum, Batu Karang berpunca daripada kekurangan air dalam tubuh dan bukanlah kerana selalu menahan kencing. Ia akan menyebabkan batu-batu halus terbentuk dalam saluran air kencing (dari sekitar buah pinggang hingga ke bahagian pundi) dan amat menyakitkan. Dalam keadaan lain, sejarah keluarga serta pengambilan makanan seperti daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, supplemen kalsium dan supplemen vitamin C berlebihan juga boleh menjadi faktor Batu Karang.
TABIAT MENAHAN KENCING
Menahan kecing sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika boleh sila elakan. Ini kerana, ia mampu memberi efek jangka masa panjang termasuklah jangkitan kuman pada pundi dan buah pinggang.
Tonton Video Penerangan Jika Seseorang Sering Menahan Kencing Terlalu Lama
Ads
Menahan kencing juga akan membuatkan otot pundi lemah dan apabila ia sudah ditahan terlalu lama, air kencing itu akan kekal berada di dalam perut membuatkan seseorang tidak lawas kencing dan sukar membuang air kecil (urinary retention) lalu menjadikan perut tidak selesa.
Ads
RISIKO SUKAR MENGAWAL KENCING BILA SEMAKIN BERUMUR
Dalam keadaan jika semasa muda seseorang itu suka menahan kecing, apabila tua kelak individu itu akan mudah terkencing ketika batuk, bersin, melompat dan ketika melakukan pelbagai aktiviti harian yang lain.
PUNDI KENCING BOLEH MELETUP
Dalam sebuah kes yang pernah terjadi kepada seorang tokoh astronomi ternama abad ke-16 bernama Tycho Brahe. Beliau maut selepas menahan kencing terlalu lama.
Ads
Menurut cerita saksi, pada mulanya Tycho cuba menahan kencing ketika sedang berlangsungnya majlis makan malam kerana takut melanggar etika majlis formal jika beliau ke tandas. Sebaik tiba di rumahnya, beliau cuba membuang air tetapi tidak boleh. Beberapa jam selepas itu, dia mati dan pundi kencingnya disahkan sudah meletup.
JANGKITAN KUMAN PUNCA KEROSAKAN FUNGSI PUNDI & BUAH PINGGANG
Tabiat menahan kencing akan meningkatkan risiko tubuh untuk terdedah dengan kuman yang bakal menyerang pundi serta fungsi buah pinggang dipanggil UTI (Urinary Tract Infection).
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk mengurangkan berat badan sebenarnya bukanlah seperti yang disangkakan. Ada yang mengatakan untuk menurunkan berat badan memerlukan tenaga yang tinggi dan push your limit. Ada juga yang mengatakan, makan sihat sahaja cukup untuk menurunkan berat badan.
Jus buah-buahan
Setiap pagi anda pasti terpedaya dengan mulakan hari dengan jus buah-buahan. Jus buah-buahan yang dikatakan kaya dengan fiber ini menjadi pilihan yang lebih baik kerana anda mendapat manfaat serat penstabilan gula-gula. Menurut satu kajian yang diketuai oleh penyelidik Sekolah Kesihatan Harvard, makan lebih banyak buah-buahan, terutama blueberries, anggur, dan epal, boleh membantu mengurangkan risiko diabetes jenis 2. Sebaliknya, penggunaan jus buah yang lebih tinggi meningkatkan risiko diabetes jenis 2. Jadi jika anda ingin makan bersih dan menurunkan berat badan, parit jerami itu dan ambil epal sebaliknya.
Salad Dressing
Walaupun ia rendah lemak, namun ia mempunyai kandungan gula yang berlebihan. Sebagai contoh, satu hidangan dua sudu hidangan Wishbone’s Thousand Island Dressing mengandungi empat gram gula. Untuk alternatif yang sihat, sediakan sendiri di rumah dengan cuka apel, minyak zaitun extra-virgin, garam, lada, dan bawang putih cincang.
Yogurt
Jangan mudah terpedaya dengan minuman dan makanan yogurt yang kononnya baik untuk anda menurunkan berat badan. Jika anda seorang yang ingin menikmati yogurt sebagai snek, digalakkan untuk anda mengambil greek yogurt untuk makanan tambahan. Satu kajian dalam jurnal Appetite membandingkan kesan ketagihan yogurts tinggi, sederhana dan rendah protein pada wanita 24 hingga 28 tahun dan mendapati bahawa greek yogurt mempunyai kesan yang paling besar. Ringkasnya, mereka yang makan greek yogurt boleh membuatkan anda berasa kurang lapar sepanjang hari dan lebih sihat untuknya. Sekiranya anda ingin menambah rasa, serat, dan tekstur kepada greek yogurt anda, masukkan beberapa buah serat, chia dan kacang.
Bar Granola
Ada antara anda mengambil bar grannola sebagai makanan snek harian anda tatkala lapar. Tahukah anda, bar granola ini mempunyai lemak yang tinggis serta kandungan gula yang melampau. Untuk mencari bar yang lebih sihat, mereka yang tidak mempunyai lebih daripada lima gram lemak tepu dan 15 gram gula (idealnya, anda mahu melekat pada 10 gram), mempunyai sekurang-kurangnya 20 gram karbohidrat, 10-15 gram protein, dan serat lima hingga 10 gram.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekarang ni tengah viral virus HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease), jadi ini adalah langkah – langkah pencegahan jangkitan virus HFMD yang boleh jadi rujukan ibu bapa. Boleh dapatkan senarai barangan di bawah di farmasi pilihan anda:
1. Dettol Anti-Bacterial Wet Wipes (Value Pack) – Mudah di bawa dan lebih jimat
2. Orang Utan Anti-Bacterial/Outdoor Cleaning Water – Sesuai untuk spray alatan dan barang permainan kanak-kanak
3. Gengigel / Aftamed spray – spray jika terdapat tanda-tanda ulser dalam mulut dan segera bawa jumpa doktor.
4. Safercare Plus – Hand sanitizer yang boleh di gunakan untuk seisi rumah dan lebih jimat.
5. Euky Bear Hand Sanitiser – Mudah untuk di bawa jika ada aktiviti luar.
6. Essential Soothing/Cooling Lotion – Untuk mengurangkan rasa gatal.
Jadi sebagai ibu bapa perlu lebih peka untuk mengamalkan kebersihan anak-anak dan kawasan sekitar. .
CARA VIRUS MEREBAK
Virus FMD dikenali sebagai picorna, banyak terdapat di dalam cecair daripada lepuh yang dijangkiti, air liur, udara dan najis. Pada kemuncak penyakit, virus didapati di dalam darah dan seluruh bahagian badan haiwan berkenaan.
Walaupun manusia tidak boleh dijangkiti tetapi boleh merebakkan virus ini kepada haiwan lain menerusi rambut, pakaian dan lumpur pada kenderaan yang digunakan di ladang ternakan.
PERBEZAAN HFMD DAN FMD
*FMD
* Virus – picorna
* Simptom
– Demam
– Lepuh atau ulser di mulut dan kaki
– Penurunan pengeluaran susu
– Berat badan menurun
– Hilang selera makan
– Bibir bergetar.
* Cara merebak
– Melalui udara
– Air liur
– Air mani
– Najis
*HFMD
* Virus
– Coxsackiedan enterovirus
* Simptom
– Demam
– Sakit tekak
– Ulser tekak, mulut dan lidah,
– Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin
– Sakit kepala
– Hilang selera makan.
* Cara merebak
– Sentuhan
– Udara
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama.
Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya.
Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit.
Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini.
Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.
Rawatan
Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas.
Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama.
Rawatan kudis buta termasuklah menyapu krim atau losyen seperti :
A. Permethrin 5%
Cara menggunakannya
Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Penggunaan berus kecil boleh membantu menyapu loyen ini.
Bersihkan selepas 24 jam.
Permethrin sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
** Tidak boleh digunakan terhadap bayi berusia kurang dari 2 bulan.
Langkah berjaga-jaga
Elakkan ubat dari terkena mata.
Jangan disapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia 2 bulan hingga 2 tahun.
B. Losyen Malathion 0.5%
Cara menggunakannya
Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Pengunaan berus kecil boleh membantu.
Bersihkan selepas 24 jam.
Malathion sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
Langkah berjaga-jaga
Penggunaan serentak Malathion dengan krim lain.
Elakkan ubat dari terkena mata.
Jangan sapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia kurang dari 6 bulan.
C. Gamma benzene hexachloride (or lindane)
Cara menggunakannya
Sapukan satu lapisan nipis losyen dan urut supaya losyen menyerap dengan baik ke seluruh badan iaitu dari leher hingga jari kaki. Biarkan selama 8 hingga 24 jam.
Mandi dan bersihkan ubat selepas jangkamasa tersebut.
Kontraindikasi
Wanita mengandung dan bayi pramatang
Wanita yang menyusukan anak
Pesakit dengan sejarah penyakit epilepsy (sawan)
Pesakit dengan berat badan yang rendah
Langkah berjaga-jaga
Penggunaan serentak Lindane dengan krim lain
Elakkan ubat dari terkena mata atau lapisan mukosa
Jangan sapu ke atas kulit yang terlelas
Jangan sapu losyen selepas mandi air panas yang bersabun
D. Benzyl Benzoate lotion (EBB)
Cara menggunakannya
Mandi dengan air suam sebelum mula menyapu ubat supaya penyerapan lebih baik dengan liang roma yang terbuka.
Sapu ubat ke seluruh badan kecuali muka dan celah kelangkang.
Biarkan selama 24 jam dan bersihkan badan.
Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
Perhatian Khusus
Kegatalan
Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu
Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan.
Pencegahan
Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit ini sangat penting untuk mengawalnya daripada merebak.
Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan.
Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.
sumber: myhealth.gov.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.